Reply: Aku Ingin Jadi Perempuan Solehah

Assalamualaikum.
Ini reply kepada confession berkenaan ” aku ingin jadi perempuan solehah”.

Aku juga seorang perempuan.
Aku ada ibu ,ada ayah dan ada keluarga.

Aku juga pernah ada kawan yg buat onani .Diorang baik. Tp Iman maybe x seteguh tembok cina. Start with sex groming lah , start dngn couple2 lah.

Dik , Allah ciptakan manusia ada akal dan nafsu. Akal bezakan kita dengan haiwan. Dalam diri anak2 Adam memang ada nafsu .Tetapi kawal lah nafsu .kuatkan rohani.

Baik lelaki atau perempuan.
Masing2 jaga diri.
Tunduk kan pandangan , ada rasa malu dan takut lah pada api neraka , pada Allah Pencipta kita.

Sebab tu Allah larang kita sebagai hamba buat maksiat. Sebab first try never enough. Nafsu ni dik makin dilayan makin tak puas .Cuma iman , rasa syukur ,rasa takut pada Allah dapat memasak nafsu.

Dik , dalam Al -quran pun Allah dah cakap. Jangan dekati zina .Dan tiada langsung Dalil atau hadis cakap couple tu halai. ” Rajin2 baca maksud Al -quran ya dik .

COUPLE tu HARAM dik ,
Allah .Couple tu bila mna lelaki dan perempuan mempunyai hubungan tanpa sebarang ikatan.
Lepas tu bangga siap update semua sosial media konnonnya dah sah COUPLE.
Allah.

Dik , bertaubat lah sebelum ajal Tiba. Azab Allah perit dik.
Sungguh bila dah mula couple , Maka mula lah sweet talk ( ayat manis ) , bagi hadiah lah , sweet2 Call ,bervideo bagai. Allah. Semua tu dosa DIK. Bayangkan adik couple pastu tiba2 meninggal. Apa adik nak cakap pada Allah??? Dan Pasangan adik menangis ,bersedih berbulan2. Sedangkan hubungan belum HALAI.

Jika pasangan adik tiba2 Allah jemput , bersangka baik lah dengan Allah. Allah tak nak hubungan couple korang jadi lebih parah. Allah sayang korang. Jadi Allah jemput partner korang sebab nak selamat kan korang .Tengok betapa sayang nya Allah pada korang.

Walaupun adik dah bertunang sekalipun , ia tak menghalaikan apa2 bentuk hubungan adik dengan pasangan. Ya. Ada yg bila dh bertunang jadikan tiket untuk bersentuhan , bermesej lucah , atau hantar video yg x sepatutnya.
Dik , bertunang tu secara ringkas nya hanyalah macam nak bagitau orang lain yg adik dah disunting. Bukan bermakna suami isteri. Tak dik.

Dik , Couple tu haram. Apa yg adik dan pasangan adik buat sepanjang ikatan couple tetap haram dan berdosa. Kalau adik tak couple adik boleh elak Zina. Sbb couple ni mndekatkan adik dengan Zina.
Zina hati ,zina tangan , Zina lah !

Berzina ni adik ialah melakukan hubungan seks tanpa ijab dan kabul. Ringkasnya macam adik tak kahwin Tp adik buat seks dngn Pasangan adik. Banyak risiko ni dik.

Bayangkan adik couple. Kononnya Islamic love la .Dari mesej2 biasa sehinggalah masuk bab seks , bab kahwin , bab berapa orang anak .

Lepas tu dari mesej , berjumpa , berpeluk , bercium dan kemudian seks ringan2 .Akhir sekali Berzina.
Sebab tu bahaya COUPLE .syaitan ni dik sangat mainkan peranan untuk rosakkan anak2 Adam.

Dik , banyak penyakit kelamin punca beginilah dik .Adik baru couple dengan dia. Tp adik x tau dia pernah tidur dengan siapa sebelum ini .Allah .

Walau apa pun alasan adik , couple tu tetap HARAM. Cinta Islamic ke cinta monyet ke atau cinta suci ke ia tetap HARAM dik. Haiwan khinzir dik tak makan konnonnya sbb haram .
Tp couple ? Jadi apa beza ?

Kalau adik tetap couple. Tp adik solat ,sedekah , puasa ,buat baik.
Adik rasa OK ke ? Masih tak rasa berdosa ? Jadi apa beza adik dengan tangki yg penuh air tapi bocor sana sini ?Apa beza adik dengan orang yg puasa Tp x solat ?

Dik lelaki dan perempuan berdua2 an pun boleh timbul fitnah. Apatah lagi bila adik berpegang2 atau bersentuhan .

.Allah. Tak malu ke adik ? Malu dik. Kita ni baik perempuan atau lelaki kena Wajib rasa malu. Malu itu sebahagian dari IMAN. Tanamkan rasa malu dalam diri adik.

Jika adik masih bersekolah ,dan masih study cukuplah sekadar minat dalam diam. Cukuplah sekadar jadi peminat dlm diam. Tak perlu declare.Banyak kan berdoa pada Allah si pemilik hati. Berdoa pada Allah.

Dik ,Islam ajar lepas berkenan ,pergi masuk merisik lepas itu jika empuya badan belum disunting jadi berkahwin lah. Tp jika empuya badan dah brpunya dan menolak cari lah lain .

Dik , Kahwin ni bukan kerana Nafsu semata2. Banyak tanggungjawab dik. Sebab tu Ada yg tak kahwin lagi walaupun dah umur 30 dan ke atas. Dari mata kasar , kahwin ni macam pandu kapal berlayar. Kena ada ilmu ,ada bimbingan agama ,kekuatan mental. Ya. Boleh belajar. Tp saya nak tekan kan. Kahwin bukan sebab nak puaskan nafsu sahaja.

Bila adik kahwin , bukan sahaja adik dan pasangan yg trlibat. Tetapi kedua2 belah pihak keluarga. Adik sebagai perempuan kena tahu apa tanggungjawab adik sebagai isteri , sebagai ibu. Lelaki pula apa tanggungjawab sebagai suami , sebagai bapa.
Suami kena beri nafkah zahir dan Batin. Ilmu kena ada dik.

Adik tak kahwin lagi. Jadi adik tak tau bagaimana alam Perkahwinan ni dik. Ada pasang surut , ada sejuk panas .Ada Kala makan tak cukup , ada Kala bill banyak kena bayar , ada Kala bergaduh suami isteri .Ada Kala mentua buat hal. Ada kala anak2 sakit demam. Ada kala sewa rumah tak trbayar , anak2 ke sekolah tak cukup duit. Ada kala baju sendiri pun masih pakai 2,3 tahun lepas. Kahwin ni bukan macam cerita korea sweet2 24 jam , peluk cium pipi.

Perempuan ni dik kena pandai pilih suami. Silap pilih merana lah si isteri. Dan percaya lah dik , adik couple dengan partner adik 10 tahun sekalipun belum tntu adik dan dia saling mengenali .

Dik , nafsu nih buat lah apa sekalipun ,berilah apa sekalipun. Tak kan pernah puas. Maka , rajin2 kan diri berpuasa sunat dan brsedekah .Pastikan adik tak bersendirian .Jangan duduk dalam bilik seorang diri .Banyak kan bergaul dengan ahli keluarga dan adik beradik. .Mohon keampunan ,kekuatan pada Allah dik.

Nyawa kita ni Allah yg pegang. Bila2 masa sahaja Allah boleh panggil kita. Bila2 masa sahaja tiada hari esok. Bila adik buat maksiat ka buat dosa ka atau onani. Segera lah insaf .Tanamkan rasa takut , rasa mnyesal. Allah terima taubat hamba2 Nya dik.Jangan putus DOA.

Dik lelaki ni bila kita tawarkan dengan nafsu. Dia kalah dik .Tp kalau kita tawarkan dia dengan ilmu dia Hormat kita dik. Jadi , kalau adik berkawan dengan lelaki tak usahlah timbul kan soal seks ka soal nafsu ka .Tak payah .Mengarut ja nanti dik.

Contoh. Adik kawan dngn lelaki A dan adik berchatting tentang seks la apa la , dan lelaki A tertarik pada adik sebab seks. Dan dari tak reti apa2 terus jadi itu ini. Allah.
Dan lelaki B , si perempuan kawan Tp jaga adab. Jaga batas. Cakap benda penting. Dan si perempuan ni utamakan ilmu , agama. Bab2 penting ja. Maka ,lelaki B akan hormat atau menaruh hati sebab ini. Jadi kita nak kan yang mana ?

Lelaki ni dik. Kalau dia bernafsu ,dia tengok mata kita saja dah boleh bayangkan macam2. Allah .
Nak kawan. Kawan lah cara baik.
Tp kalau boleh jika tiada urusan penting tak payah la.Janganlah guna kan agama untuk menghalaikan hubungan adik.

Jangan ajak orang buat jahat dik. Adik masturbate , adik jadikan lelaki tu ketagih sebab adik. Berdosa adik. Adik kena ajar dia betul kan balik silap adik. Mohon lah pada Allah.

Saya ada seorang kawan , dia buat onani. Tp dia tak pernah ajak orang atau pamerkan .saya tau pun sbb saya pernah nampak. Dan itu kali terakhir. Tp dia baik dan pendiam .Saya cuma selalu nasihat kan dia.

Masyarakat dan orang sekeliling Jangan lah pandang serong. Daripada korang membawang , baik korang Bantu , ajak dan tarik dia dari buat benda2 tu. Bukan nya lagi sisih kan.

Dik , couple ka tunang ka itu tak meng HALAIKAN apa2 hubungan tau dik .HARAM tetap HARAM .kecuali beberapa situasi kalau dalam keadaan darurat .macam adik pengsan ke dan partner adik tolong angkat kan sebab cuma dia saja yg kebetulan ada di tempat itu.

Dik , daripada adik peluk sentuh2 pasangan adik .Baik korang adik peluk mak ayah adik sementara Mereka masih hidup. Berbakti pada mereka. Utamakan mereka .Baju adik pun mak beli. Aduh.

Kalau adik dah betul2 nak kahwin sangat. Beritahu la keluarga .Percepatkan lah perkahwinan walaupun serba ringkas.

Kalau adik dah berkenan pada sesiapa , apa salah minta orang tengah Tanya kan pada Empunya badan atau bawak la mak ayah datang merisik si bunga,si lebah adik. Cuma Jangan terlalu berharap hasilnya diterima.

Ingatlah walau ke ufuk barat atau selatan sekalipun jika memang berjodoh pasti bertemu jua.

Cinta ni indah kalau bersandarkan agama. Dan ikut sunnah Nabi .

Nak jadi perempuan solehah ni dik , mulakan dengan tanam rasa malu , takut pada Allah dan dekat kan lah diri pada Allah. Hidayah tu milik Allah. Allah boleh bagi kepada sesiapa sahaja Hidayah dan petunjuk Nya.

Dan berubah lah kerana Allah .Bukan sebab sesiapa. Ni tak baru couple dah berubah konnonnya dapat Hidayah .What ?Nak berubah ni dik kena betul2 istiqomah .Bukan nya bila dh clash , balik ke sikap asal. Nope.

Sambil single2 ni belajar lah .macam2 boleh belajar.
Belajar agama , ilmu munakahat , ilmu faraid ,hibah. Ilmu Mandi jenazah. Atau pergila join mana2 kemahiran.

Saya juga manusia tak sempurna .
Saya nasihat ini bukan untuk adik saja .Tp untuk diri saya sendiri. Yg mana yg baik ambil sbgai pengajaran .yg buruk itu dari saya dan buang lah jauh2.

– Cik bunga duri.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *