Terima kasih Admin andai confession ini disiarkan.
Aku Maya, dan kisah yg bakal aku kongsikan ini tak lain tak bukan hanyalah utk memberikan pengajaran pada pasangan yg sedang bercinta khususnya dan pada semua golongan amnya. Ambil lah iktibar yg ada dan yg buruk itu tentulah datangnya dari kesilapan aku sendiri.
Aku dan X (ex-boyfriend) tidak dilahirkan dlm keluarga bermasalah. Kami diberikan ilmu bekalan dunia akhirat yg cukup oleh ibu bapa dan guru yg pernah mendidik. Tapi sayang, kami sendiri memilih langkah yg salah, sehingga terjerumus dlm perkara yg dibenci agama iaitu zina. Sungguh, iman dan ilmu itu berbeza; ilmu dapat diwariskan tetapi iman tidak. Dan aku, aku tersasar dan tak beramal dengan ilmu yg aku ada walaupun aku tahu dgn ilmu itu lah yg dapat meningkatkan iman.
Berat utk aku ucapkan perkara ini, sbb hal ni memberikan impak yg amat besar dalam hidup aku sendiri. Awalnya, aku bercinta dgn X sejak di tingkatan 4. Kemudian kami menyambung pelajaran di IPT yg berbeza. Jujur aku katakan, sepanjang hubungan kami, lebih drpd tiga kali si X ni ‘kantoi’ ada perempuan lain di belakang aku. Tapi tiap kali kantoi tu X akan tinggalkan diorang, and balik pada aku atas alasan dia hanya serius dgn aku.
Aku pulak bertahan atas dasar sayang. Tambahan hubungan kami dah lama dan kerana aku dan X sudah terlanjur, aku tetap teruskan hubungan. Aku sayang X ni, dan X ni memang pandai mengayat. 5-6 tahun bercinta memang susah senang aku dgn dia je. So X ni takla jahat sangat, cuma ada masalah dgn perempuan je. Yelah orang ada rupa kan. Tapi aku yakin aku pun takla hodoh sangat. Tapi ternyata, X memang lelaki yg tak setia. Ya, salah aku sendiri sbb buta yg teramat masa bercinta. Aku tetap menerima dan memaafkan X kerana takut X akan tinggalkan aku. To be noted here, kesilapan aku yg paling besar; terlanjur.
Hubungan kami berjalan mcm biasa tapi lama-kelamaan, hubungan kami mcm makin hambar. Entahlah, X makin jarang hubungi aku. Long distance tu satu hal la, tapi bila contact pun asyik nak marah je sampai mencarut-carut siap panggil aku pelacur. Ehhh kalau ikutkan pelacur tu kalau melacur dapat duit tau aku terlanjur bukan dapat apa! X hina aku macam-macam dan yg paling aku terkesan, dia hina aku sbb takde dara. Dalam hati aku menggelegak, bukan ke dia yg buat aku takde dara? Bodoh piang tak boleh bawak bincang dah. Kalau dah benci tu, memang semua lah nampak buruk kan. Sekecil-kecil hal pun boleh buat gaduh la senang cerita.
Kemuncaknya, X tak mintak break pun tau tau je ehhh dah putus, ehh dah tak kenal aku? Oh dia bagitahu kawan-kawan dia yg aku ni hanyalah ex dia yg paling psycho taknak move on. Aku macam ehh apa ni? Sbb aku taknak kehilangan dia, last resort aku ajak berbincang cara baik. So dia pun jujur dgn aku, dia dah jatuh cinta pandang pertama pada Y. Padanlah asyik menghilang. Every weekend pun tak pernah nak jumpa aku dan bila aku selidik rupanya tiap minggu bermalam di rumah keluarga Y.
Allah je tahu mcm mana hancurnya hati aku masatu. Ya, aku tak baik sbb terlanjur. Tapi aku tetap ada hati, ada perasaan kecewa teramat bila lelaki yg aku sayang perlakukan aku mcm sampah. X lelaki pertama yg ajar aku bercinta dan buat perkara terkutuk tu. Jujur, aku naif sangat masa aku kenal X. Aku tak pernah ada lelaki lain selain X. Sepanjang hubungan pun X tak izinkan aku berkawan dgn lelaki lain dan akhirnya aku jadi terlalu bergantung dgn dia. Bila dah jadi mcm ni, aku memang jadi lost. Aku dah la sayang dia betul-betul nak buat laki yg dia boleh buat main?? Pernah aku terfikir nak bagitahu parents X, tp aku batalkan sbb nanti parents aku pun akan tahu and benda ni akan jadi complicated, and belum tentu pun X nak kahwin dgn aku sbb aku tak pregnant pun. Tapi masatu aku hilang arah, aku punya bodoh pegi bagitahu abang X hal ni kekonon dia boleh tolong sbb dia baik je dgn aku. Mula-mula abang X ok je nasihat baik-baik tapi lepastu end up dia pun suruh aku move on and block aku HA HA HA. Seolah dunia aku berkecai, dan yg paling aku fikir masa tu, maruah aku.
Dah terlambat pun kan. Maruah dah tergadai. Aku cuma mintak dia bertanggungjawab atas kesilapan yg kami dah lakukan, kahwini aku sbb dia dah sentuh aku. Masa tu otak 22 tahun aku ni fikir ikut logik aku je, aku fikir kalau dia kahwin dgn aku sekejap pun takpe, lepastu kena cerai pun aku rela sbb kalau dah kahwin pastu cerai dah sah-sah orang tahu aku janda kalau aku kahwin lain lepastu kan. Tapi kalau tak kahwin dgn sesiapa pastu tetibe je takde dara, tak ke orang lagi fikir negatif? So aku mintak X stay dgn aku, kahwin and lepas tu nak kahwin lain ke, cerai ke, hal nombor 2. Yg priority sekarang, kena tanggungjawab atas aku. Itu jela alasan aku haha. Alasan mudah yg X bagi, aku terlalu baik dan dia bukanlah lelaki yg terbaik utk aku. Dahtu aku tanya la nak aku jadi jahat mcm mana lagi baru sama layak dgn dia? X cuma jawab, nanti-nanti mesti ada lelaki baik yg boleh terima aku seadanya dan sanggup terima aku. Jodoh tak boleh dipaksa katanya. Pada aku, alasan hanyalah alasan! He asked me to move on. Aku ada jgk tanya direct dgn Y, rupanya dia tahu je X dgn aku tapi dia pun taknak lepaskan X sbb dia dah makin sayang dgn X. Dia tak kisah pun hal X terlanjur sbb katanya dia pernah dirogol oleh pak sedara dia so bila X muncul, dia happy sbb X boleh terima dia seadanya. Akhirnya Y pulak yg mintak aku pergi drpd hidup diorang end up X dan Y tukar no phone. Media sosial semua kena block. Double sedih la aku kan, tergantung mcm tu je. Nangis air mata darah pun, aku dah tak dipeduli.
Dear readers. Ya aku pun turut bersalah dlm hal ni. Banyak salahnya. Sekarang pun aku rasa seolah aku sedang berhadapan dgn hukuman di dunia. Sejak peristiwa tu aku kemurungan. Aku menangis tak henti, ponteng class, pernah ada cubaan utk bunuh diri tp alhamdulillah tak mati. Bila tak mati tu baru aku sedar Allah bagi peluang utk aku tebus semua salah aku. Aku try sibukkan hidup aku sbb bila aku teringat, aku jadi lemah balik. Entahlah, perasaan ni turun naik. Aku teruskan hidup sbb aku takde pilihan lain pun selain utk move on.
Aku tak cari kawan utk meluahkan, sbb aku malu dgn apa yg aku dah buat. Aku pendam semua sendiri sampai ke hari ni. Satu hal lagi sbb aku tak percayakan sesiapa dah, especially lepas peristiwa aku bagitahu abang X tu. Haha yela aku pun bengong pegi cerita kat dia buatpe kan, dah tentu dia sokong adik dia. Tapi tula, aku cari dia pun sbb aku rasa dia je boleh tolong rupanya aku tersilap. So nasihat aku, senangnya tak payah la cerita aib sendiri pada orang lain, boleh jadi orang yg mendengar takkan sikit pun rasa kesian kat kita sbb dia tak rasa apa yg kita rasa. Aku cerita kat sini pun takdela nak mintak korang kesian kat aku, cuma nak bagitahu, aku tak mintak hidup aku jadi teruk mcm ni walaupun aku yg mula cari penyakit dulu. Kesilapan aku sbb aku sayang sangat-sangat sampai dah terlanjur. Kalau setakat putus cinta tu apelah sangat kan takde la sedih sangat.
Tapi jujurnya aku terkilan. Mudahnya manusia melupakan janji. Bila teringat, aku selalu jugak persoalkan pada Allah, kenapa aku tengok dia bahagia je walaupun lepas aniaya hidup orang? Boleh ye bergelak ketawa tidur pun lena je sedangkan ada insan lain yg tengah menangis meratap sedih sbb hal ni. Kenapa mcm tu ye? Sedangkan aku? Aku masih terseksa, aku dah tak happy mcm dulu bila teringat jijiknya diri aku ni, aku dah tak boleh terima mana-mana lelaki sbb aku rasa aku tak layak dah utk sesiapa. Pendek cerita, the loss semua aku lah yg tanggung. Dia tak rugi apa-apa pun.
Orang kata kalau kita maafkan orang lain, kita akan jadi lebih tenang. Tapi kenapa, kenapa dan kenapa aku rasa walau berpuluh kali pun aku cuba ikhlaskan hati ni utk redha, tetap jugak aku rasa semua ni tak adil? Bila aku tengok hidup dia, aku rasa mcm aku je yg tanggung sorang-sorang deritanya sedangkan dia okay je? Allah, ampunkan aku sbb ada perasaan mcm ni :’(
Akhir kata, pandai la jaga diri tu kalau bercinta. Jangan serah segala, walaupun kau percaya lelaki tu la yg bakal jadi suami kau, walaupun lelaki tu lahir dlm keluarga kuat agama ke, dihormati ke. Sbb yg kuat agama tu mak bapak dia, bukan dia. Then, kalau hubungan tu dah jadi toxic, tak payah la pertahankan sangat. Ni kalau jadi mcm aku, sebelum bercinta tak pernah mencarut dah bercinta perangai mcm acik syaitan tu, belek la balik diri tu.
Girls, sayangi maruah diri jgn jadi macam aku. Effect dia, serious tak best hidup bila dah jadi macam ni. Nak buat apa pun rasa mcm kau tu tak berguna. Sumpah rasa dah hilang confident. Self-esteem apatah lagi dah ranap aku rasa. Yg lelaki, jgn ambil kesempatan atas kelemahan perempuan. Belajar la erti tanggungjawab. Or senang kata, jauhi je zina. Ada hikmah kenapa Allah larang benda ni.
Aku berdosa. Aku tahu ramai yg akan kecam orang mcm aku, tapi ketahuilah, orang mcm aku pun ade je yg betul-betul nak berubah. Takde siapa yg nak hidup dia end up macam ni. Orang mcm aku, hanya berharap pada sebuah harapan; utk teruskan hidup walaupun kisah silam asyik menghantui. Kalau kalian ada kenal orang mcm aku ni, bagilah support utk dia teruskan hidup, mesti dia struggle tu utk fight dgn perasaan sendiri. Ya, sesungguhnya aku menyesal. Mohon doakan jugak aku ikhlas maafkan dia. Aku sekarang masih lagi dlm fasa ‘healing’, so doakan aku berubah utk jadi lebih baik- Maya
– Maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit