1. Tular di Twitter baru-baru ni apabila seorang pemuda mengeluarkan topik dengan menyindir majikan-majikan yang dok demand freshie supaya bawa segala tok nenek dokumen ketika Interview tapi mereka sendiri gagal sediakan informasi gaji yang di tawar.
2. Seperti di jangka kaum-kaum ‘kakak’ dan ‘abang’ yang kononnya sudah cukup berpengalaman datang menyekolahkan brader tersebut. Serpeti biasa mereka mengeluarkan ayat basi mereka.
“Baru nak kerja banyak songeh pulak”
“Belum kerja dah tak boleh tahan, dah kerja macam mana?”
Lalu freshie dijadikan bahan ejekan mereka. Habis di downgradekan credibility graduan baru ini. Pada pandangan mereka, hanya pekerja sahaja yang perlu melakukan perubahan. Mengkritik majikan itu adalah taboo. Sedangkan di Malaysia ni, taraf majikan pun masih belum tinggi. Masih banyak majikan yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang sepatutnya. Untuk Negara dan Industri kita berubah menjadi lebih baik it need 2 tango. Majikan harus bersedia juga untuk mengubah mentaliti mereka.
Ini juga termasuk ‘abang’ ‘Kakak’ yang otai sangat tu.
Janganlah kerap menyalahkan graduan apabila mereka demand gaji kerana hakikatnya graduan kita di bayar rendah. Apa ke logik lulusan degree di bayar gaji sekadar RM 1,500? Jangan lah keluarkan ayat ‘aku dulu start gaji SPM je’ sebagai justifikasi mentality anda yang telah di brainwash kerajaan terdahulu.
3. Pada aku fresh grab mahupun job seeker tidak harus takut menyatakan hak mereka. Contoh, mereka harus mendapatkan penjelasan secukupnya tentang kerja tersebut termasuk gaji. Salah satunya ialah dengan minta letter offer once dah dapat tawaran.
Akak2 otai mesti akan cakap ‘banyak songeh pulak budak baru ini’ tapi hakikatnya dah memang itu cara kerja yang betul. Ini boleh mengelakkan kau di tipu dsbgnya. Aku pernah melalui pengalaman menjalani Interview. Ketika interview, employer tidak menjelaskan secara jelas posisi aku, dan kemudian apabila selepas 2 kali interview mereka telefon memberitahu aku dapat kerja tersebut. Rupanya, sekadar posisi Site Supervisor (walaupun gaji degree), sesuatu yang berbeza dengan jawatan aku inginkan.
4. Majikan juga harus letak range gaji yang mereka mahukan. Setiap orang ada harga masing-masing termasuk freshie. Ini boleh jimatkan masa semua pihak. Kau bayangkan dah terang dalam resume letak gaji expected RM2.5k, bila dah panggil Interview cakap mampu offer Rm1.5k sahaja. Tak ke membazir masa? Malah mendatangkan kos pula kepada job seeker tersebut.
5. Pada pandangan aku, mentaliti kita kena berubah seiring dengan perubahan kerajaan. Kita dah lama di brainwash kerajaan lama supaya fresh grad sentiasa takut untuk melawan hak mereka terutama bab gaji. Fresh grad di jadikan kambing hitam, kononnya terlalu manja meminta gaji sampai 6k. Mereka ni ingat freshie ni bodoh sangat kot. Kalau dia minta gaji tinggi pun, tak perlu lah akak bawang melompat terus, selidik resume mereka dahulu. Jika taraf akademi dia selayaknya, kenapa harus mempersoalkan?
6. Aku perasan juga, akak2 bawang ni juga kerap TERLALU MENGANGUNGKAN PERKARA-PERKARA KECIL KETIKA INTERVIEW. Antaranya contoh seperti Tak pakai tie lah. Tak guna cover letter lah. Tak ucap selamat pagi lah. Sebagai punca graduan gagal peroleh kerja. Hakikatnya, yang paling penting ialah proses ketika interview itu. Sejauh mana graduan boleh convince employer supaya memberi peluang. Yang penting adalah komunikasi.
‘Ha, macam mana nak dapat kerja, kalau interview pun cakap tergagap-gagap’
Sabar kakak..topik ni dah banyak kali timbul dekat linked in. Apa kau expect dari freshie? Dia boleh bersembang panjang lebar? Pengalaman peribadi aku, majikan yang bagus, dia sendiri akan cool down kan pekerja dengan more chill conversation sampai tahap aku sendiri selesa untuk bercakap. Nah, ini adalah contoh majikan yang bagus, bukan terus mengejek seperti akak bawang.
By the way, di Linked In juga aku Nampak, mostly user bersetuju bahawa sama sekali tidak menjadikan kegagalan freshie berkomunikasi dengan baik sebagai alasan reject mereka. Kerana hakikatnya mereka masih kosong, dan TUGAS MEMBENTUK MEREKA itu datang dari majikan. Bagaimana kau nak tahu full potensi dia dengan sekadar interview 15 minit tersebut?
Kesimpulannya, marilah kita berubah kepada budaya yang lebih positif. Bukan sahaja job seeker yang harus berubah, majikan juga harus berubah sama. Dengan cara tu je kita boleh improve kualiti kerja kita dan menyumbang kepada Malaysia BARU yang lebih baik.
– Dan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit