Bismillah.
Assalamualaikum. Bertemu kembali kita. Izinkan saya berceloteh sedikit. Ucapan terima kasih kepada IIUM andai sudi kongsikan celoteh saya ini.
Kali ini aku bukan nak cakap soal cinta tapi IKHTILAT. Bila bercakap soal cinta semua suka, tapi bila bercakap soal ikhtilat, ramai pula yang suka membantah kerana tidak setuju.
Cinta ? Tak pernah salah. Tak pernah. Asalkan ikhtilat dijaga. Persoalannya, adakah ikhtilat mampu dijaga ketika bercinta?
Tidak! Aku yakin ramai yang tak mampu nak jaga ikhtilat ketika bercinta. Tak kiralah yang jenis sosial ke, berkopiah bertudung labuh hatta berpurdah sekalipun, bila dah bercinta sangat susah nak jaga ikhtilat. Lagi-lagi gejala ‘bercinta sampai nikah’ ni.
Jangan menidakkan kata-kata aku sebab ini fakta. Dah banyak berlaku depan mata kita. Bila bercinta, kau pasti akan berjalan berdua. Perkara wajib dah tu. Lepastu, pergi makan bersama pulak sampai berkongsi straw atau sudu. Allahuakbar.
Haa tang ni aku nak peringatkan, berkongsi sudu, garfu, pinggan mahupun straw dgn ajnabi hukumnya HARAM. Aku ulang, HARAM kecuali dia mahram atau suami korang.
Selain tu, perkara lain yang pasangan bercinta buat ialah whatsapp dan on the phone (otp) setiap hari. Dan saat itu syaitan akan mencucuk nafsu kita. “Ana rindu enti, enti rindu ana?” Hahaha macam macam panggilan weh. Geli pun ada. Hmm
Satu langkah syaitan nak hanyutkan kita dengan situasi mungkin berlaku babak tak sengaja, yang si lelaki “Eh sorry terpegang..”
Lalu si makwe pulak jawab “Takpe², tak sengaja kan..”. Macam² ragam yg sebenarnya kita sendiri tak sedar kita dah tersasar Allahuakbar.
Hakikatnya bila tengah bercinta, orang tegur kesalahan kita pun kita buat pekak je. Kita takmo terima teguran orang sebab kita rasa kita tak buat maksiat pun. Betul ke betul ? Cuba tenung balik apa kesilapan yang kita buat. Istighfar banyak banyak sahabat. Kita ni sebenarnya tersasar dah tapi nak buat camne, bila hati dikuasi nafsu makanya kita tak nampak pun.
Biasanya lah kan, kita cuma akan sedar bila kita dah putus cinta dan kiciwa. Time tu kita baru nyesal dan sebagainya. InsyaAllah ada yang insaf dan bertaubat, alhamdulillah tanda Allah masih sayang ke kita.
Tapi ada juga sebaliknya. Maksiat tu bukan setakat berzina atas katil je, maksiat mata hidung mulut telinga smua boleh jadi zina. Nauzubillahi min zaalik.
Nasihat aku, nak bercinta, bernikahlah. Time tu takkan ada rasa serba salah pada diri dan keluarga atau takut kena tangkap basah dan sebagainya malah insyaAllah dapat pahala lagi. Bukan aku cakap tapi dalam Al-Quran dah sebut
“Laa Taqrabuzzina”. Jangan kamu mendekati zina.
Don’t put your love to ajnabi higher than your love to Allah and Rasulullah. Janjilah pada diri sendiri. Kita berazam nak berubah. Kita hidup di akhir zaman ni akan penuh dengan fitnah² dan maksiat depan mata.
Yang tengah bercinta, aku doakan semoga Allah memberi kau hidayah. Yang masih proses Move On, semoga Allah keluarkan kau daripada kesulitan dan masalah hati. Kepada yang sedang berhijrah, qowiy Lillahi Ta’ala. Moga Allah Ta’ala sentiasa memimpin kita ke jalan redhaNya. Aameen. May Allah bless antum
Semoga memberi iktibar
– Kak Meyja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit