Apa Salah Aku?

Assalamualaikum..

Terima kasih admin sebab sudi post confession aku. Maaf post ini panjang tapi jalan cerita nya berkaitan. Tujuan aku tulis confession ini agar dapat pandangan ataupun nasihat daripada sesiapa yg membacanya. Nama aku is of course bukan nama sebenar. Kisah ini berlaku semasa aku di tahun akhir pengajian. Dan aku rasakan ade kaitan dengan ape yg berlaku 3 tahun lepas.

3 tahun lepas aku tamat belajar di sebuah ipta dan aku ade berkenaan dengan seorang senior aku,kami berkawan baik dan rapat sejak aku bertemu dengannya dalam sebuah reunion kecil pada bulan mac,walaupun pada awalnya aku agak berat hati utk menerima perkenalan yang tiba-tiba tp aku nampak usaha dia untuk cuba ambil hati aku. Dia banyak berkongsi masalah dia jauh dari family dan kadang kala terlalu busy dengan kerja sampi tiada masa untuk rehat kadang kala die sunyi. Sepanjang aku berkawan dengan dia aku banyak luangkan masa cuma melalui telefon dan whatapp. Kadang- kadang dia akan datang ke bandar atas urusan kerja dan untuk jumpa aku. Kami berkawan lama dan die ade jugak menyatakan yg dia amat menyayangi aku. Di pendekkan cerita suatu hari ibunya meminta dia utk pulang ke kampung. Katanya kakaknya sedang menyiapkan persiapan utk bertunang, dan aku Agak terkejut. Rupa-rupanya selama kami berkawan die tidak pernah menceritakan tentang aku pada keluarganya. Ibu dan kakaknya yg mengaturkan semuanya tanpa pengetahuan dia. Aku percaya katanya kerana selama ini die memang jujur padaku. Malam tuu die mesej aku katanya majlis dah selesai dan die pun selamat jadi tunangan orang.

3hari aku senyap dan kami tidak berhubung, saat itu hati aku dah hancur dan aku nekad untuk lupakan die tapi suatu hari die call aku menyatakan dia tak boleh nak teruskan dgn pertunangan tuu, die sayangkan aku dan meminta aku utk memahami dan bersabar. Katanya die akan usaha utk perbaiki semuanya, sekali lagi aku percaya kerna memang aku betoi-betoi sayangkan dia. Kami teruskan berhubung seperti biasa, walaupun aku tahu skrg die tunang orang aku tetap bersama die,katanya aku lebih memahami berbanding tunangnya,lama kami berhubung dan aku tidak lagi bertanya pasal tunangannya sebab katanya mereka bergaduh dan tak sefahaman.

Dekat dua bulan jugak die bertunang dan dua bulan jugak aku masih berhubung dengan dia, suatu hari die menyatakan utk datang ke rumah beraya memandang sudah di penghujung raya, aku begitu gembira kerana ini pertama kali die ingin bertemu keluargaku.Aku masakkan makanan kegemaran die dan selepas makan-makan kami duduk di beranda rumah berbual-bual dan die tetap menyatakan die amat menyayangiku dan meminta aku terus bersabar. Sewaktu berbual aku lihat telefonnya sentiasa berkedip-kedip seolah-olah ade mesej masuk tp aku abaikan saja, Agak lama jugak aku berkira-kira untuk ambil telefon tuu memandangkan telefon di letakkan xjauh dari tangan aku, sewaktu dia leka makan kuih aku terus mengambil telefon dan bukak whatsapp nye.

Mukanye berubah, aku berlari masuk stor di bhg belakang dan terus kunci pintu. Saat di dalam stor aku dengar die terus mengetuk pintu dan memanggilku untuk keluar. Aku biarkan saja, tangan aku ligat membuka satu persatu mesejnya. Aku bukak mesej tunangannya memandangkan aku taw nama tunangnya, rupanya entah bila die sudah berbaik dgn tunangannya dan mereka begitu mesra dalam mesej dengan panggilan “bie” “sayang” “rindu”dan stp mesej tidak menunjukkan yg mereka bergaduh seperti mana die ceritakan padaku dahulu. Malah ade mesej mereka sedang merancang utk buat persiapan kahwin. Hatiku hancur bercampur marah, kenapa die perlu menipuku selama ini?

Setelah aku baca semua mesej aku bukak pintu dan pulangkan telefonnye balik,aku minta die explain padaku. Die senyap mukanya berubah dan bersiap2 untuk pulang, lalu aku panggil ibuku dan keluarga di bilik atas, setelah bersalam aku hantarnye ke kereta sekali lagi aku minta die explain. Die senyap dan terus menyatakan die sayang aku. Kemudian die berlalu pergi. Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi berhubung dengannya, die pulak senyap tanpa menjelaskan ape-ape. Jujur untuk aku katakan hati aku benar-benar hancur dan merasakan selama ini die mempermainkan cinta da sayang aku padanya. Aku mengadu pada kawan baikku die banyak berikan aku nasihat dan kata-kata semangat, katanya aku perlu lepaskan dan lupakan dia kerna skrg die memang milik orang milik tunangannya. Setelah beberapa minggu aku stalk fb die dan jumpa fb tunangnye, di situ aku temukan no hp tunangnye, aku whatapp tunangnye, menyatakan siapa aku, tunangnya tidak terkejut kerna die sudah mengetahuinya dan die menyatakan padaku mereka memang sudah bertahun-tahun kenal, dan tunangnya minta utk aku fikirkan balik apekah benar lelaki yg aku syg tuu benar-benarkan sygkan aku, tunangnya minta aku maafkan dia (lelaki itu),

katanya dalam hal ini aku dan tunangnya (lelaki itu) dua-dua salah, tp die tetap mahu teruskan perancangan perkahwinan mereka wlpn die tahu tntg perhubungan aku dgn tunangnya. Sungguh aku berasa sgt malu, dan menyesal, aku juga berasa amat bersalah kerana selama ini aku tak sedar yg aku meneruskan cinta dengan tunangan org. Selepas dari itu, aku terus hantar mesej padanya(lelaki itu) menyatakan aku mohon maaf dan ingin undur diri, aku juga tidak mahu die berhubung denganku lg, die tidak membalas msj aku wlpn aku berharap die terus terang dan explain pasal ape yg terjadi. Aku terus block die di whatapp dan semua sosial media termasuk fb instagram dan twitter.

Aku teruskan hidup seperti biasa walaupun Agak sukar bagiku, hati aku benar-benar terluka. Ibuku perasan tentang perubahan sikapku dari ceria ke arah lebih menyendiri dan bersedih. Tapi aku tidak menceritakan pada ibuku, aku berkongsi masalah ini hanya dengan beberapa orang kawan baik ku untuk mendapatkan nasihat dan kata-kata semangat dari mereka. Masuk bulan november sudah 3 bulan aku tidak mendengar ape-ape berita mengenai dia (lelaki itu) dan serba sedikit aku boleh move on dari kesedihan itu, suatu hari aku dapat tawarab sambung belajar di sebuah kolej di selatan,setelah berbincang dgn keluarga dan dptkan nasihat kwn-kwn aku mengambil keputusan utk terima tawaran tersebut. Memandang demi masa depan dan aku harap dengan keluar jauh dari tempat tinggal aku bole melupakan semua kesedihan yang aku alami. Bulan januari aku lapor diri di kolej yg baru. Seperti biasa ade program orientasi utk kemasukan pelajar baru dan aku berjaya harungi semua itu, beberapa bulan di kolej aku byk terima friend request dari kolej yg sama ada yg satu batch dengan aku, ade jugak yg senior.

Aku terima saje memandangkan mereka satu kolej dgn aku. Suatu hari aku ade terima inbox dari seorang lelaki, die senior aku seperti biasa ayat-ayat lelaki yg ingin berkenalan, aku sekadar menjawab salamnya dan jawab acuh tak acuh saja pertanyaannya. Lama kelamaan die tidak lagi inbox aku dan aku seperti biasa teruskan kehidupan di kolej. Seperti waktu mula-mula masuk aku tekad untuk tidak lagi bercinta atau jatuh cinta dengan sesiapa, aku tidak mahu perkara yg sama terjadi dan aku ingin lupakan kisah aku yg dulu, aku pernah ternampak di fb kwn aku post gambar Dia (lelaki itu) sudah pun selamat mendirikan rumahtangga dgn tunangnya yg dahulu. Dan tatkala itu aku berasa amat marah dan kesal dgn sikapnye yg tidak mahu jujur dan berterus terang dgn aku,lalu aku tekad utk lupakan ape yg terjadi dan sibukkan diri aku dengan kehidupan di kolej. Alhamdulillah kini aku sudah sampai ke tahun akhir.

Bulan mei lepas di pertengahan Ramadan tiba-tiba senior yg pernah inbox aku waktu aku first year dulu inbox aku semula. Aku namakan dengan nama nash (bukan nama sebenar). dia inbox sekadar ingin bertanya bila tarikh aku start cuti semester, die sudah di semester akhir jadinya die menyatakan die lambat cuti seminggu dari aku. Kami berbual kosong memandangkan die sudah ingin menamatkan pengajian, aku bertanya serba sedikit utk kenal dirinya, seharian kami berbalas inbox die menyatakan untuk bertemu dengan ku memandangkan die sudah pun habis belajar dan esokknya aku sudah ingin pulang utk cuti semester. Aku berkira-kira samada utk bertemu atau tidak kerana selama di kolej ni pun aku tidak mempunyai kawan lelaki. Jadinya aku bertanya pada semua kawan baikku meminta pandangan, ade yg menasihati aku supaya berhati-hati dan mungkin sudah sampai masa utk aku bukak pintu hati dan tak salah utk aku beri peluang pada org lain. Jadi aku mengambil keputusan bertemu dengannya malam itu dengan syarat cuma setengah jam saja. Walaupun aku amat takut tetapi aku beranikan diri jugak, kami bertemu dan berbual kosong sekadar mengetahui perancangannya setelah habis belajar.

Esoknya kami berhubung melalui whatapp berkawan dan menyembang seperti kawan biasa. Aku pun sudah pulang bercuti, tiap-tiap hari kami whatapp bercerita itu dan ini,semakin hari semakin rapat. Die memang seorang yg baik dan caring. Walaupun aku baru kenai die aku merasakan die seorang yg baik, aku juga ade bertanya pada kawan-kawan yg mengenalinya mereka menyatakan ape salahnya aku berkawan dengan nya. Jadi aku teruskan berkawan sampai suatu hari die menyatakan die sayang aku, aku berasa ragu-ragu. Lama aku berfikir dan aku tak mahu di kecewakan lagi, jadi aku teruskan berkawan dan sedikit sebanyak aku mula beri peluang padanya untuk jadi orang yg penting dalam hidup aku. Bg aku masih ade lg lelaki yg baik dan tak salah aku beri peluang padanya. Aku mula sayangkan die memandangkan sikapnya juga menyenangkan aku. Dan die juga berjanji takkan tinggalkan aku dan utk terus support aku utk habiskan satu semester yg terakhir. Banyak nasihat die bagi pd aku.

Nash seorang yg minat bersukan dan aku tahu masa lapangnya banyak di habiskan bersama sukan seperti bola dan futsal, aku faham kadang kala die tak sempat chat aku dan kadang kala die lambat reply chat, tapi setiap pagi die tak pernah lupa utk wish aku. Suatu hari aku tak terima chat wish dari die, aku pelik rupanya die tak sihat memandang musim bola mungkin dia tak cukup rehat dan tidur, jadi aku biarkan saja die rehat dan aq harap die cepat sembuh. Lama kelamaan die semakin senyap dan jarang text aku. Aku pelik dan makin pelik namun aku tak bertanya padanya ya mungkin die sibuk dengan bola, aku tahu minatnya dan aku tak mahu halang minatnya. Kekadang aku mesej dan die hanya reply sekadarnya dan ade jugak die sekadar seen sahaja. Sudah seminggu aku mulakan semester yang baru namun tiada lg chat darinya. Aku merasakan sesuatu, aku cuba berfikiran positif mungkin musim bola die busy bersama bola takpe aku faham. Suatu hari aku serabut sangat aku mesej die menyatakan semua rasa yg terbuku di hati. Aku minta die nyatakan ape yg terjadi buatkan dirinya tiba-tiba senyap. Namun die sekadar seen sahaja.

Tiada reply ape pun. Aku makin tak mengerti kenapa secara tiba-tiba? Die seen semua story aku di whatapp or instagram tapi die xpernah nak reply mesej aku. Berkali-kali jugak aku tanya dan aku ade mencuba utk call die tak pernah nak angkat. Aku buntu, aku tak tahu untuk buat ape lagi. Terkadang aku berasa amat sedih dan kecewa bila mana aku fikirkan balik ape yg terjadi harini sama seperti 3 tahun lepas. Dan pada aku, jikalau die inginkan perpisahan sekalipun, aku mohon die jujur dan sekiranya ingin berpisah aku inginkan perpisahan secara baik dan tidak menyakitkan. Jauh di sudut hati ya aku memang sayangkan nash seperti mana die menyatakan die juga menyayangiku. Tapi aku juga berasa sgt sedih dan kecewa, mungkin bg aku amat susah untuk bangkit balik dari kekecewaan.

Aku masih berharap suatu hari die berterus terang dengan aku dan aku sendiri tak pasti apekah aku terus berusaha mendapatkan kepastian darinya atau aku lupakan saja dirinya. Mungkin tak mudah bagiku untuk hadapi semua ini. Sesungguhnya pergi tanpa menyatakan ape-ape alasan itu lebih sakit.. Apakah salah aku?

Terima kasih sebab sudi membaca coretan aku, Doakan aku.

– Is

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *