Salam. Alhamdulillah, terima kasih admin sebab post cerita aku yang pertama tu. Ramai yang marah sebab post pendek sangat. Sebenarnya aku rasa macam dah taip panjang giler tapi bila admin dah publish, eh pendek je. Hahaa. So kali ni aku post panjang ye. Jangan korang bising panjang sangat pulak.
Untuk yang mengharap supaya cerita ni tak banyak part, sorry, cerita ni memang akan ada lagi sambungan. Sebab family aku still dalam proses berubat. So selagi tak habis berubat, insyaAllah aku akan share apa yang jadi.
1st time adik aku berubat, Pak L bawak kami pergi rumah sorang ustaz ni. Aku panggil ustaz Khir je la. Ustaz khir ni muda sangat lagi, sebaya adik aku. Tapi dia ada kekurangan sikit dan Allah gantikan kekurangan dia tu dengan kelebihan boleh rawat orang. Masa kami pergi tu lepas Asar bulan puasa. Pak L, Tok, mak, kakak and adik aku yang pergi. Aku dan ayah aku tak ikut.
Bila sampai rumah ustaz Khir, ustaz Khir tanya nak berubat sebab apa. Adik aku pun bagitau yang dia tak boleh tidur malam.
‘Pernah kena gangguan apa-apa ke?’
Adik aku cakap takde.
Then kakak aku mencelah ‘Dia ni pernah kena histeria ustaz’
‘Bila tu?’
‘2 tahun lepas masa duduk rumah sewa’
‘Start tak boleh tidur bila?’
‘2 tahun lepas’. (Korang ingat ni tau, kitorang assume 2 tahun)
So ustaz ni rasa mungkin ada jin yang menyorok dalam badan adik aku. Dia pun start mulakan rawatan. Dia suruh adik aku duduk bersila depan dia dan dia baca Ayat Ruqyah sambil pegang kepala adik aku.
Tiba-tiba tangan adik aku start bergerak. Bergerak macam orang gelisah tapi kasar. Ustaz tu tanya, ‘kau siapa? Kenapa kau masuk dalam badan budak ni?’
Adik aku tak jawab. Tangan dia je bergerak-gerak sambil tutup mata.
Ustaz tu ambil satu kayu macam rotan. Tok aku cakap ranting pokok bidara. Pokok bidara kan jin tak suka. Dia cucuk-cucuk badan adik aku untuk tengak benda tu duduk kat mana. Ustaz tu pun baca lagi ayat-ayat Al-Quran, adik aku dah start meraung. Meraung menjerit-jerit. Mak aku dah start risau. Yang lain pun mula cuak dah. Dengan tengok adik aku meraung macam apa je. Tiba-tiba adik aku pengsan. Terbaring depan ustaz tu. Mak ustaz tu pun dah kelam kabut ambil bantal dan kain untuk selimutkan adik aku yang terlentang depan ustaz tu.
Ustaz Khir baca ayat-ayat lagi kat telinga adik aku. Adik aku sedar then menangis, menangis yang sayu. Dah macam orang merengek sebab sakit perut.
‘Kenapa kau masuk dalam badan dia?’
Adik aku start gelak.
‘Kau nak keluar ke tak?’
Adik aku gelak lagi.
Ustaz tu baca ayat lagi, adik aku meraung. Dan benda keep repeating selama 2 jam. Serious cakap, 2 jam ustaz tu usaha seksa adik aku, pukul tapak kaki guna rotan, marah, tanya, maki, semua tak jalan. Benda tu taknak keluar dan tak nak jawab langsung. Dia just meraung pastu gelak sorang-sorang.
Masa tengah2 rawatan tu, Pak L sempat balik kejap pegi panggil ayah aku kat rumah Tok. Pak L nak ayah aku tengok sendiri ( ayah aku kan tak percaya benda2 mistik ni ) tapi tak sempat ayah aku sampai, Ustaz khir dah berhenti berubat adik aku sebab dah nak berbuka puasa. So dia dah bagi adik aku yang asal sedar balik dan buat air penawar untuk minum. Air tu untuk bagi benda dalam badan adik aku lemah supaya senang nak keluar.
Ustaz Khir cakap, selalunya benda yang dah lama duduk dalam badan ni susah nak keluar sebab dia dah sebati dengan diri. So mungkin akan take time untuk dia keluar. Ustaz khir pun tak boleh seksa lama2 sangat sebab takut badan adik aku tak tahan.
………………………………………………………………………………
Sebelum balik tu, tiba-tiba kakak aku bagitau Ustaz Khir. Masa ustaz khir baca Ayat Ruqyah tu, dia pejam mata. Pastu tiba-tiba dia rasa pening. Dia pun tak tahu kenapa.
Ustaz Khir pun try baca Ruqyah kat kakak aku pulak. Bila ustaz Khir baca je, tiba-tiba kakak aku sendawa. Sendawa yang teruk macam angin dalam badan tak lepas. Ustaz Khir pun baca ayat lagi dan cucuk2 badan kakak aku dengan rotan dia untuk tengok ada tak benda yang menumpang. Kakak aku start rasa nak muntah. Tapi duk uwekk uwekk tak boleh keluar.
Disebabkan masa tak sempat, Ustaz Khir just bagi air penawar dulu then nanti datang balik. So selesailah rawatan pertama yang macam tak ada hasil lagi. Balik tu adik aku punya masalah tak boleh tidur sama je, tak ok jugak. Family aku pun dah start buat assumption macam2 dah. Orang hantar la, saka la, benda suka la, dari kampung la, macam-macam.
………………………………………………………………………………
Rawatan kedua, kami pergi lepas raya. Masa raya kan semua family berkumpul, so ramai la yang nak ikut. Daripada 1 kereta yang pergi masa 1st treatment hari tu, kali ni 2 kereta pergi. Dan kali ni ayah aku ikut sekali. Kami sampai rumah Ustaz Khir jam 9 malam dan terus mulakan rawatan. Dia tanya adik aku ada perubahan tak lepas rawatan pertama. Tak ada perubahan.
Dia pun mulakan dengan Ayat Ruqiyah. Adik aku start tangan bergerak-gerak balik. Korang bayangkan kalau dua2 tangan korang kena ikat dengan tali dan korang nak lepaskan diri dari tali tu. Macam tu la gaya adik aku, tapi tak ada tali pun kat tangan dia.
Bismillah hillazi La ya durru maasmihi, syaiunfil ardi walafissamai, wahuwal aliyul azim
‘Kau nak keluar ke tak nak?’ Ustaz Khir start tanya.
‘Kau nak keluar ke tak nak ni?’
‘Ke kau nak melawan?’
‘Kau nak melawan dengan ayat al-quran? Kau nak melawan dengan mukjizat Allah Taala? Sekuat mana pun kamu tetap kamu akan kalah. Kamu hanya makhluk yang daif, makhluk yang lemah. Saya nasihatkan kamu keluarlah dengan cara baik.’
Ustaz Khir start cucuk badan adik aku guna rotan, tapi adik aku tepis. Sampai tercampak rotan ustaz khir. Ustaz Khir dah start hilang sabar.
‘Kau nak melawan ke dengan aku?’
‘Kau nak tunjuk hebat dengan aku?’
Ustaz Khir start baca ayat kursi. Baru 1 ayat adik aku dah tutup telinga. Ustaz Khir baca lagi, adik aku start meraung.
‘Aku tanya kamu ni, kamu jawab dengan baik. Kenapa kamu ganggu orang ni?’
‘Kenapa kamu masuk dalam badan orang ni?’
Ustaz Khir pegang belakang adik aku, lagi kuat adik aku meraung.
‘Kenapa kamu ganggu dia? Kenapa kamu masuk dalam tubuh perempuan ni?’
‘Dia tak mahu kamu duduk dalam badan dia, kamu buat zalim kat dia. Dia nak kamu keluar dari badan dia.’
Tiba-tiba adik aku gelak. Hihihihiii. Seram weh, tengah nangis tetiba gelak menyeringai.
Ustaz Khir baca ayat kursi lagi. Tiba-tiba adik aku pengsan. Terus tertidur macam tu je. Ustaz khir panggil-panggil nama adik aku nak bagi dia sedar balik. Lama dia panggil, adik aku tak sedar-sedar jugak.
Ustaz Khir start baca ayat kursi balik. Adik aku menangis, sambil baring tu dia menangis-nangis. Sambil Ustaz Khir baca ayat kursi, dia pegang adik aku tapi adik aku tepis. Then bergelut la Ustaz Khir dengan adik aku. Ustaz Khir pegang tangan adik aku dua2 belah dengan sebelah tangan dia, sebelah lagi tangan dia tunjuk muka adik aku sambil baca-baca ayat. Adik aku meronta taknak bagi tangan Ustaz Khir tunjuk muka dia.
Proses ni sangat lama. Aku dah kesian kat Ustaz Khir sebab benda dalam badan adik aku tu memang degil gila. Asyik meraung, gelak pastu pura-pura pengsan. Bila dia pengsan je, Ustaz Khir panggil nama adik aku balik nak bagi dia sedar. Bila dia tak sedar, Ustaz Khir baca ayat, dia meraung balik. Bila Ustaz Khir pegang tangan adik aku, dia meronta-ronta sepak-sepak Ustaz Khir.
‘Kau nak tunjuk samseng dengan aku? Kau nak melawan lagi?’
‘Kau ingat kalau kau melawan macam ni selesai masalah?’
‘Kau keluar dari badan budak ni masalah selesai. Aku mintak kau keluar je dari badan budak ni dengan cara baik.’
Ustaz Khir baca-baca lagi ayat sambil pegang dua2 tangan adik aku.
‘Kau ni jin yang mana? Kau suka kat budak ni ke apa? Kau jin keturunan ke? Bagitau saya.’
‘Kau boleh cakap ke tak? Jawab soalan saya ni.’
Tiba-tiba adik aku duduk mengadap dinding macam orang merajuk. Aku tak tahu nak gelak ke tak. Jin merajuk? Hahahaaa.
Ustaz Khir baca lagi, adik aku bangun terhuyung hayang macam orang mabuk todi. Pastu duduk balik, pastu pengsan. Bila dah lama tu, dia dah start lemah. Bila ustaz pegang sikit je dia meraung kuat kuat. At last baru dia cakap SAKIT!!
Tapi dia still tak nak mengalah dan lagi kuat meronta. Masa ni ayah dengan pakcik2 aku dah tolong pegang adik aku sebab dia meronta kuat sangat. Sorang pegang kaki, 2 orang pegang tangan. Ustaz Khir baca ayat-ayat lagi sampai dia buat-buat pengsan balik.
Bila dia bangun, dia melawan balik. Tapi masa ni aku rasa dia dah penat. Ustaz khir pun tanya balik.
‘Kau nak melawan aku? Kau jawab soalan aku! Kau ni Islam ke kafir?’
KAFIR!! ( Finally, akhirnya dia jawab )
‘Berapa banyak dalam badan ni?’
TAK TAHU!!
‘Kenapa kau masuk dalam badan dia ni? Kamu suka kat orang ni ke?’
YA. AKU SUKA KAT DIA!!
‘Berapa lama dah kamu duduk dalam badan dia?’
LAPAN TAHUN!! (Masa ni lagi semua orang terkejut. Kitorang expect 2 tahun je.)
‘Kau nak keluar ke tak nak?’
TAK NAK!!
‘Kenapa tak nak keluar?’
AKU SUKA KAT DIA! ( Demn!! Satu persoalan dah terjawab.)
‘Kamu tak boleh suka kat dia. Dia manusia, kamu jin. Kamu dah diciptakan Allah, ada pasangan kamu sendiri di alam kamu. Kamu tak boleh suka kat dia. Tak boleh suka kat mana-mana manusia kat alam ni. Kamu keluar la dari badan dia. Kamu dah zalim pada tubuh badan dia. Kamu dah sakitkan dia. Tahu tak tu salah? Tahu tak?’ (Ustaz Khir cuba slowtalk dengan jin tu.)
TAHU.
‘Saya mintak baik-baik kamu keluar dari badan dia. Kamu masuk Islam. Pastu kamu keluar dari badan dia. Kamu pergi cari jin lain kat alam kamu.’
TAK NAK
‘Kenapa kamu tak nak? Kenapa suka duduk dalam badan dia?’
DIA BAIK.
‘Kamu keluar je la. Kamu taknak kena seksa kan? Kamu keluar dari badan dia selesai semua masalah.’
AKU SAYANG DIA.
‘Tak boleh! Kamu tak boleh suka kat dia. Kamu tak boleh suka pada manusia. ‘
TAK NAKKK.. (adik aku dah start menangis macam orang putus cinta)
‘Kamu nak kena seksa lagi ke? Kamu keluarlah baik baik. Keluar dalam keadaan masuk Islam dan mengucap syahadah. Nak ke kena seksa lagi? Sakit tak kena seksa?’
AKU SAYANG DIA. AKU CINTAKAN DIA
‘Tak boleh. Ini salah. Kamu nak ke kena balasan kat akhirat nanti? Kamu zalim dengan dia. Banyak Jin lain yang kamu boleh suka. Kamu dah bawak penyakit dalam badan dia. Kamu bawak penyakit apa, bagitau saya?’
TAK TAHU.
‘Tipu! Kamu bagitau saya kamu bawak penyakit apa dalam badan dia?’ (Ustaz Khir picit kaki adik aku)
BANYAK!!
‘Apa dia?’
MENGAH!! ( Ya. Dalam family aku adik aku sorang je yang ada asma. )
‘Lagi penyakit apa lagi kamu bagi dia? Kat otak dia kamu buat apa?’
GILA!!!! (Ya Allah, masa ni semua orang dah terkejut sangat.)
‘Oo sebab tu kamu buat dia sampai tak boleh belajar. Sayang apa benda macam tu? Kamu keluar dari badan dia kalau tak saya seksa lagi. Kamu jangan sampai saya hilang sabaq. Karang saya tampar kamu ni. Kamu sanggup nak kena seksa sebab sayang kat dia?’
‘ Dia datang kat sini jumpa saya sebab dia tak nak dekat kamu. Dia nak belajar. Dia taknak kamu duduk dalam badan dia. Kamu kacau dia sampai dia tak boleh belajar, dia tak nak kat kamu.’
TAK!! DIA SAYANG SAYA
Dia tak sayang kat kamu, sebab tu dia datang jumpa saya. Kamu je yang perasan. Saya nasihatkan kamu keluar dari badan dia.
SAYA TAK NAK KELUAR. SAYA SAYANG KAT DIA. DIA BAIK.
Tak boleh. Dia nak belajar. Kamu ganggu dia sampai dia tak boleh nak belajar.
Kau pergi la cari jin lain kat alam kamu tu. Kau masuk Islam, pastu kamu cari jin lain.
TAK NAK. SAYA SAYANG DIA. DIA CANTIK.
Kenapa nak kat dia jugak? Kamu hensem ke tak ni?
TAK (Haha. Jin pun mengaku tak hensem.)
Kalau kamu masuk Islam, saya doa kat Allah supaya kamu jadi hensem nak?
TAK NAK. NAK KAT DIA JUGA!
Kalau kamu nak kat dia kamu kena seksa la dengan saya.
Ustaz Khir terus baca ayat sampai adik aku pengsan balik. Tiba-tiba dia bangun laju-laju pergi duduk mengadap dinding. Merajuk lagi. Hahaa. Kami kat belakang duk tergelak-gelak dah. Ayah dengan kakak aku pergi provoke dia.
‘Dah la tak hensem, pastu merajuk.’
DIAMLAH!
Haha. Dia jawab pulak tu. Then ayah aku tanya dia. Kamu datang dari mana?
KAMPUNG. KAMPUNG XXX (Dia sebut nama kampung kami yang dulu.)
Kau kaum apa? Asli ke Melayu?
MELAYU.
Kau Islam ke Kafir?
KAFIR
Kau tipulah. Mana ada Melayu Kafir. Kalau Melayu mesti Islam.
AKU MELAYU KAFIR!!
Adik aku start menangis balik. Then Ustaz Khir pun pergi pujuk dia elok-elok. Dia pujuk jin tu untuk masuk Islam. Mula-mula dia taknak sebab dia cakap dia tak tahu mana nak pergi kalau dia keluar dari badan adik aku. Dia ada adik aku sorang je dalam hidup dia. Ustaz Khir cakap kau pergi la mana-mana masjid, banyak jin Islam kat sana yang dia boleh berkawan.
Lama-lama tu bila jin tu pun dah tak tahan kena seksa, Dia pun mengucap dua kalimah syahadah dan masuk Islam. Ustaz Khir suruh dia bersumpah takkan masuk ke dalam mana-mana manusia lagi dan keluar ikut mulut. Habis je dia bersumpah, adik aku pengsan balik.
Ustaz Khir kejut adik aku panggil nama adik aku balik. Adik aku pun bangun, then mak aku bagi dia minum air. So kitorang pun ingat semua dah selesai. Tapi lepas je dia minum air, dia ajak mak aku balik. Menangis-nangis ajak mak aku balik. So kami tahu la benda tu ada lagi.
Pastu tiba-tiba dia uwek uwek nak muntah. Ustaz khir baca ayat-ayat sikit dan bagi adik aku muntah keluarkan jin tu serta penyakit yang dia bawak sekali.
Alhamdulillah. Masa ni semua dah lega. Ustaz khir rawat kakak aku pulak.
Fuhhhhh!! Panjang kan? Aku pun tak larat dah nak menaip. Aku berhenti sampai sini dulu ye. Kalau ada yang nak marah2 sebab cerita kena pause lagi. Korang tak payah baca la, pegi download cerita korea yang takde iklan sana!
Kepada yang sudi tunggu sambungan cerita ni, terima kasih. Sambungan cerita ni nanti lagi banyak benda yang terungkai. Banyak lagi jin lain dalam badan adik aku rupanya. Dan badan kakak aku jugak. Sebab tu confession ni diberi tajuk Peninggalan Keturunan. Stay tuned!!
– NN
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit