Kerana Magic Al-Malik

Alhamdulillah…
Sedikit pengenalan. Aku baru lepas tamat belajar di universiti utara dengan course yang dikatakan susah mendapat pekerjaan dan banyak persaingan. Aku nak share sikit beberapa ‘magic’ aka keajaiban yang pernah berlaku dalam hidup aku sepanjang aku belajar sehingga sekarang.

‘Magic’ tahun pertama,
Aku bukan dari family yang kuat agama. Tapi aku suka mencari agama. Aku sentiasa ingin ubah diri ke arah baik. Tapi tiap kali aku berubah tiap kali tu aku jatuh tersungkur. Beratnya istiqamah.

‘Magic’ tahun kedua,
Aku betul betul tekad. Untuk pengetahuan, aku tak pernah solat malam sebelum ni. Tahun kedua ni aku tekad untuk bangun tahajud setiap jam 3pagi. Masa ni memang aku betul nak taubat dan minta kat Allah apa aku nak. Sebab aku ada dosa yang aku tak boleh lepaskan. Alhamdullilah setiap malam sebelum tidur aku akan pastikan hati aku tak buat dosa. Aku jaga betul betul aku zikir aku baca quran sampai tertidur biar aku tak ada masa nak buat benda bukan bukan yang tambahkan dosa aku. Suatu keajaiban bila mana aku betul betul tersedar tepat 3pagi dan aku tak set alarm pun. Aku minta sahaja kat Allah untuk bangunkan aku 3pagi. Benda ni betul betul berlaku. Selama seminggu benda ni berlarutan dan dalam waktu tu banyak lagi benda ajaib berlaku kat aku.

Contoh, tiap kali nak pergi kelas aku akan naik bas. Kadang kadang bas memang lambat atau terlepas. Tapi bila mana hati aku dah ada Allah, tiap kali aku jalan kaki untuk sampai ke stesen bas, aku akan bercakap “Ya Allah hambaMu perlukan bas. Dah lambat”.. Aku pusing belakang tengok ada bas keluar simpang nak ambil orang. Benda ni jadi banyak kali sampai suatu tahap aku rasa suatu perasaan yang best sangat dengan Allah. Tapi..Allah bila mana sayangkan hambaNya. Allah akn uji. Ujian pertama yang buat aku rasa sedih sangat adalah aku tersedar pukul 5 pagi. Aku rasa sedih sangat macam kehilangan sesuatu.. Aku solat je masa tu tapi aku solat dalam keadaan sedih dengan Allah sebab tak bangunkan awal. Hmm kelakar bukan?

‘Magic’ tahun ketiga,
Aku ingat lagi waktu ni aku ada dibilik kawan aku dekat asrama blok lain. Masa ni aku sangat perlukan topup RM10 untuk buat panggilan. Aku tak boleh keluar untuk beli. Aku lupa untuk minta kat Allah masa ni. Mungkin sebab aku rasa mustahil atau tak perlu. Hmm untuk pengetahuan tahun ketiga ni aku dah kurang bercakap dengan Allah daripada sebelum ini atas faktor lemahnya iman. Aku lupa akan nikmat Allah sebelum ni. Lepas solat asar, aku baca mathurat. Tapi tak tahu kenapa waktu tu aku rasa sayu sangat. Setiap bait ayat aku baca sambil hayati makna dia. Aku mula rasa sedih dengan diri aku kerana makin jauh. Biasa iman ada turun naik. Tapi Allah tetap sayangkan aku. Lepas habis baca mathurat, tiba-tiba aku dapat satu notifikasi ada seseorang masukkan aku topup RM10 dari nombor tak dikenali. Ya Allah betapa bersyukurnya aku waktu tu. Aku rasa iman aku mula pulih. Pada masa ni aku ingat roomate aku yang masukkan walaupun mustahil sebab aku tak cerita kat sapa sapa pun. Keesokkannya aku dapat satu mesej daripada nombor tidak dikenali. Dia cakap tersalah masukkan topup ke nombor aku. Nombor kami memang hampir serupa. Inilah pertolongan Allah kepada aku untuk aku kembali semula mengadapNya. Banyak lagi pertolongan seperti pensyarah yang terkenal dengan garang lembut hati bila aku tersalah buat assigment. Hmm bila kenangkan balik semua nikmat, tak terkira.

‘Magic’ tahun akhir,
Masa ni aku nak hantar tesis. Tapi aku terlewat hantar 2 hari faktor tak sihat. Aku buat tesis dalam keadaan yang tak sihat dan sangat kelam kabut dengan exam. Masa hantar lecture akan semak dahulu. Masa ni aku memang betul betul doa kat Allah semoga tesis aku diterima. Sebelum doa, aku akan minta diampunkan dosa kerana kebanyakan masalah berpunca dari dosa kita sendiri. Alhamdulillah sangat sangat waktu tu walaupun tesis aku ada banyak sangat kesalahan tapi lecture aku seolah olah tak nampak. Dia cakap tidak sia sia dia ajar aku selama ni sebab aku mampu hasilkan tesis yang sangat power. Aku memang terkejut tapi aku tahu itu kuasa Allah yang Maha Berkuasa.

Ada satu lagi pertolongan Allah yang paling besar buat aku bila aku dapat kerja tetap dengan gaji yang agak lumayan untuk fresh graduate. Aku dapat kerja ni lepas hantar tesis. Ya Allah bersyukurnya aku kerana Allah inginkan aku sentiasa mengingatiNya dengan memberikan pertolongan yang mustahil aku rasa. Ada banyak lagi ‘Magic’ sebenarnya tapi cukuplah aku share yang ini sahaja. Dan juga ada beberapa amalan yang aku amalkan sehingga aku rasa rezeki Allah untuk aku sangat melimpah. Semua ini terjadi Kerana Dialah Allah Al Malik. Pemilik seluruh kerajaan. In shaa Allah aku akan sambung pada post akan datang pula.

Terima kasih sudi membaca.

– Hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *