Ada je kes cabul, rogol, ragut, hatta bunuh pun, sesetengah masyarakat sangat mengjengkelkan aku. Ada sahaja ‘victim blamer’, ‘crime apologist’, ignorant yang akan cakap ‘ Tu lah, sapa suruh jalan kat situ’, ‘siapa suruh pergi situ’ , ‘ Siapa suruh pakai macam tu’, ‘ siapa suruh tak pakai tudung’, siapa suruh pakai tudung singkat’, ‘ Kau solat je la. Jangan berdendam.’ etc etc. Tahu tak, bila sesuatu kes jenayah itu telah terjadi, kalau pun kau cakap semua itu, semua itu takkan membantu untuk mangsa itu rasa lebih baik, sebaliknya, penjenayah-penjenayah itu yang akan berasa lebih baik kerana wujudnya orang-orang seperti kau yang sedikit sebanyak menjustifikasi dan ‘ legalise’ tindakan jenayah mereka secara tidak langsung. Unless kalau kau jenis ignorant atau hati kau memang busuk suka tengok orang ditimpa malang, teruskanlah cakap ikut sedap mulut busuk kau.
Dosa mangsa yang tak pakai tudung, tak pakai baju cukup kain, itu semua dosa mereka dengan Tuhan. Adakah Tuhan membenarkan kaum lelaki untuk sexually harass, assault atau rape perempuan kerana mereka tidak mematuhi perintah Tuhan? Ada ke mana-mana ayat dalam Qur’an atau hadis yang cakap “ Jika kamu melihat perempuan yang tidak menutup aurat, maka turutilah nafsumu, maka, seranglah dia secara seksual atau rogollah dia” ? Tak ada kan? Kenapa tak habis- habis jugak kau nak guna hujah ‘sebab itulah tuhan suruh tutup aurat’ bila jadi kes rogol ? Jangan guna hujah ‘ kucing kalau nampak ikan kat depan memang dia terkam’ atau ‘ lalat kalau nampak lauk mestilah dia hinggap’ . Sangat kelakar analogi bodoh ni. Kucing, lalat, apa2 binatang memang tak berakal. Kau samakan lelaki yg ada 9 akal dengan binatang yang tak berakal tu dah kenapa? Ye, lelaki dan binatang sama2 ada nafsu, tapi tuhan bagi akal kat manusia kot.
Bila orang bukan islam pandang serong dekat islam , mulalah kau nak berhujah ‘Don’t judge Islam by the muslim’, padahal perangai kau tu yang membuatkan orang bukan islam ini rasa busuknya Islam seolah-olah Islam membenarkan serangan seksual terhadap wanita-wanita yang dikatakan tidak menutup aurat. And, justifying your crime using religion pushed these victims away from the religion.
Kalau kau baca berita tentang negara-negara Eropah yang membuka sempadan mereka untuk pelarian-pelarian perang dari negara islam ini cari perlindungan di negara mereka, kau akan tahu betapa orang Eropah pandang serong dekat orang islam disebabkan muslim reefuges ni yang melakukan gangguan seksual dan rogol terhadap wanita Eropah, sampai ada orang eropah boikot untuk buka sempadan dan hantar balik ‘rapefugee’ tu. A few European pernah tanya aku ‘ Does Islam legalise muslim to sexually harassed, assault, and rape the women if they did not cover their body?’ Aku cakap ‘No’. Dia cakap persepsi itu mereka dapat melihatkan perangai perogol2 dan pencabul2 islam ni yang menyalahkan perempuan, malah, orang islam yang lainnya akan support golongan perogol ini dengan mengatakan ‘perempuan seharusnya tutup aurat’ , bla3. Those european said, they would not blame the victim if someone can’t control themselves to respect women. Sebab tu, jarang nak dengar kes dekat negara eropah orang salahkan perempuan bila jadi kes sexual harassment, assault and rape. Mereka sangat menghormati wanita dan tak menyalahkan wanita hanya kerana beberapa manusia bernafsu binatang.
Tuhan suruh kau jaga pandangan dan control your own lust, tapi kau nak juga blame perempuan bila kau tak dapat control nafsu kau. Kau salahkan perempuan sebab tak tutup aurat padahal tuhan tak pernah pun suruh buat gangguan seksual terhadap dia. Tak malu ke bertindak ikut nafsu bertuhankan syaitan tapi justify tindakan kau dengan guna agama bertuhankan Allah seolah-olah Allah membenarkan perbuatan kau? Adakah kau nak kata serangan seksual atau rogol itu adalah satu ‘dakwah’ agar mangsa2 yang kau kata ‘tidak mematuhi larangan menutup aurat’ ni akan suddenly tutup aurat setelah ‘didakwah’ oleh kau? Jangan jadi penunggang agama sangat la. Buat perangai ikut nafsu tunggang syaitan, masa nak justify tindakan kau, tunggang agama pula. Nanti jangan pulak kau salahkan tuhan sebab bagi kau nafsu.
Kepada victim blamer dan crime apologists, do you even know why sexual assault and rape is a crime? Kalau tak tau, rajin-rajinlah ambil tahu pasal undang2, at least about how these things affect the victims etc. Usually the victims would develop Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), bipolar disorder, anxiety, panic attack, depression, suicidal thought, etc due to trauma and flashback. Kau ingat maruah diorang dipijak tu lepas sehari dua dorang rasa okay dah ke? No, they would carry those pain till years, sepanjang hayat. You are not in their shoes, don’t you ever underestimate their feeling and telling them to just get over it and move on. Kalau pun kau nak kata perempuan and lelaki dua2 salah, the victim has been suffering a lot already. Si perogol pencabul tu kena la dihukum juga. Kau ingat golongan pencabul perogol ni rasa ke seksa macam orang yang dia buat tu ke? Ada setiap hari dapat flashback ada dapat trauma sampai tak boleh tidur malam2 bertahun2? Setakat nak sembang insaf semua orang boleh sembang. Kau ingat insaf mampu undo all those pain they are going through? Jangan sampai kena dekat kau baru kau nak stop jadi crime apologist/victim blamer/ ignorant. Aku tau akan ada orang reply dengan ‘ jangan salahkan lelaki bla3’ dekat post ni. So yeah, awal2 aku cakap, keep on normalizing rape culture if you want. Keep on buat non-muslim rasa islam ni membenarkan sexual harassment/ assault/ rape sebagai hukuman terhadap wanita tak menutup aurat. If those things happened to you or your loved one, jangan nak terasa lah ye kalau orang menyalahkan anda sepertimana anda pernah menyalahkan orang lain.
To the victims ( aku tahu ada orang yang baca page ni adalah victims, since i have read a few confessions from them), stay away from those crime apologists, victim blamer, and ignorants. Fight for your right despite all those things thrown at you, despite the fact that legal action would take years if you are pursuing legal action. Stand on your own feet. They are not in your shoes, they didn’t walk your life, they didn’t feel your pain. Biar dihina, dimalukan, diketepikan, be strong! Mulut manusia ni memang takkan berhenti mengata, mati baru diam.
– X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit