Derita Hati

Assalamualaikum.. Aku berusia 40. Baru kehilangan ibu beberapa bulan lepas. Selepas kehilangan ibu aku kehilangan orang tercinta juga.. aku mengenali A.H melalui socmed. Mulanya aku benci dia kerana dia ‘hater’ aku. Tapi setelah mengetahui aku ditinggalkan oleh kekasih kerana bertunang dengan orang lain maka, dia berusaha memujuk aku. Kami berjumpa dan aku suka pada dia..yang hanya suka. Dia beri aku semangat untuk bahagia, memujuk aku dengan kata nasihat dan semangat, tidak pernah pun sekali menyakiti hati aku.

Arwah emak aku merestui hubungan kami..dia sangat baik..suka menolong aku. Kami susah dan senang bersama2. Ibu ku meninggal pada hari lahir dia. Dia banyak menolong kuatkan semangat aku yg pudar. Selepas tahun baru 2018, dia mengatakan yg dia sangat sesal kerana ibunya tidak membenarkan dia berkahwin dengan aku. Aku tidak tahu sama ada itu alasan atau pun benar. Hilang pada suatu malam aku ke tempat kerja dia secara tiba2. Dia memeluk aku sambil menangis teresak. Aku cuma berkata sabar..dan bulan april dia meminta putus secara baik. Aku pun meneruskan hidup dengan perasaan yg sangat berat.

Pada bulan lepas, anak saudaranya menghubungi aku, minta diturunkan gambar di socmed kerana A.H sudah bernikah. Aku rasa dunia seakan gelap. Aku berusaha mencari bukti..ya Allah beri aku apa yg aku mahukan. Aku merasa dunia sudah kosong. Sangat kosong. Aku sudahlah tiada emak bapa. Dia mengatakan kali terakhir ibu bapanya tidak setuju dgn usia dan status aku. (Usia aku 40 tapi aku tidak kelihatan seperti 40, anugerah ilahi bagi aku kerana aku kelihatan seperti lewat 20an). Pada masa itu aku tiada semangat untuk hidup. Aku tidak ada daya untuk teruskan hidup,berat dugaan aku. Aku hidup berseorangan tanpa sesiapa kecuali Allah disisi. Aku mula berhijrah, merapati Allah, berdoa semoga A.H dikembalikan, mula bertaubat atas dosa2 silam. Aku pikir..dunia gelap dan aku harus kembali menyintai Penciptaku.

Aku mula belajar ikhlaskan diri dan takdir. Kali terakhir aku hubungi dia selepas 2 minggu tahu berita itu. Dia minta maaf, dia kata dia masih mimpikan aku,dia masih selalu lewat kawasan rumahku. (Perkahwinan itu di usahakan oleh ibu beliau kerana takut aku berbuat sesuatu pada anak terunanya,mungkin) sepupu beliau.

Aku menghantar segala pesanan tapi dibaca tidak dibalas. Mungkin kerana dia takut menyakiti hatiku. Dan bimbang aku berbuat sesuatu.( aku ada suicidal thoughts akibat murung dengan kematian arwah ayah secara tiba2 di hari lahir aku) aku mula solat, aku berdoa kerana kawan2 berkata, minta apa saja pada Allah kerana kita tidak tahu apa terjadi pada suatu hari, tambahan pula kahwin secara paksa. Aku kerap bermimpikan dia, selalu dlm mimpi itu dia akan hantar aku pulang menaiki kereta. Setiap kali dia akan hantar aku pulang. Pernah sekali di bulan ramadhan aku bermimpi dia dtg mengambil aku di rumah dan dia hantar aku kerumahnya untuk berjumpa ibu dan kakaknya. Ibu dan kakaknya menyambut baik kedatangan aku. Kali terakhir aku bermimpi dia jemput aku menaiki motor dan bercerita bahawa dia terpaksa ikut cadangan ibunya supaya berkahwin, dia tidak mahu menyakiti hati ibunya. Kerana itu syurganya.

Saat ini paling getir aku rasakan..aku berhenti kerja kerana kerja aku terlibat dengan arak. Aku mahu diri aku ‘bersih’ dari dosa. Aku tumpukan pada ibadah..setiap kali sakit mencengkam..aku akan menangis meraung di tikar solat. Getirnya dugaan ini..tahun ini berlaku lagi bila seorang lagi kekasih berkahwin dengan orang lain. Seakan diulang2 kisahnya tapi orang yang berlainan. Aku cuba untuk menghentikan doa, tapi petunjuk Allah sangat nyata bahawa aku tidak boleh berhenti minta doa dia sebagai jodohku dan dilembutkan hati ibu bapanya merestui hubungan kami. Aku teruskan doa. Aku merayu dan memohon supaya Allah redha dan restui kami kerana kami sama2 menanggung derita didalam hati.

Dia pun tidak menyuruh aku turunkan gambar di socmed. Dia masih menyuruh aku memakai gelangnya. ‘Kontak batin’ atau brainwave kami masih kuat. Hingga ada suatu masa bila aku tidak mengingati dia..bayangan dia muncul dimata dan ingatan aku sangat jelas. Tu adalah keistimewaan hubungan kami. Telepati sangat kuat. Disitu aku baca di internet bahawa dia sangat mengingati aku hingga bayangannya muncul tapi itu akan membuatkan aku lagi tersiksa. Aku tidak pasti dia bahagia atau tidak..dia pun berkahwin dengan sepupunya yang tidak jauh dari kawasan perumahan aku.

Untuk inginkan kebahagiaan amat susah, tapi aku bersabar. Allah sentiasa beri petunjuk yang nyata bahawa aku kena bersoa jika benar2 mahukan beliau walaupun aku pikir sebenarnya tidak perlu lagi kerana dia sudah berkahwin. Tapi jawapan kawan2 pula jangan berputus harap. Kita tidak tahu masa depan kita,minta apa saja pada Allah, tiada salahnya. Berusaha. Aku tiada niat untuk menganggu dan merosakkan hubungan rumahtangga beliau. Dan beliau pun sangat berusaha supaya nama baik aku tidak tercemar dengan perbuatan dia. Supaya ibunya tidak lagi menyalahkan aku.

Sakitnya bila dia teringat dan rindu datang.aku hanya terdaya merintih pada Allah. Teganya seorang manusia menghalang kebahagiaan. Aku tidak pernah salahkan ibunya atau dia, mahupun takdir. Aku pun pernah berkahwin dan jodohku tidak panjang. Aku berdoa agar dia dan ibubapanya dimasukkan ke dalam syurga. Seikhlasnya hati aku berdoa. Aku tidak sampai hati melihat orang yg aku sayang derita atau sakit.

Aku yakin..satu masanya nanti Allah akan kembalikan dia padaku setelah kami berubah menjadi manusia yg terbaik dalam hidup masing2 dan pada masa itu kami sudah sama level. Tidak mudah hidup tanpa ibu bapa dan berstatus ibu tunggal. Anak2 pula bersama dengan bapa mereka.rumah arwah ibuku ketika ini amat sunyi kerana aku seorang diri. Lagi pilu hati aku..kerana aku tiada doa seorang emak lagi. Adakah kamu pikir aku jahat kerana doakan suami orang lain? Pernahkah kamu terpikir bahawa kebahagiaan atas derita orang lain itu senang? Ya mungkin kamu akan pikir aku tidak sepenuhnya ikhlas atau redha..aku cuba. Tapi kadangkala syaitan menghasut aku. Dan aku akan berkata, tidak mengapa kiffarah akan tetap terjadi walaupun seikhlas hati aku maafkan.semua yang terjadi ada pengajarannya.

Seperti mana drama Nur yang kamu tonton dikaca tv. Aku tidak mendoakan sesiapa pun tidak baik..hanya mahu mereka rasa derita yg aku alami supaya mereka tidak lagi berbuat begini untuk puaskan hati mereka sendiri. Cerita Khadijah dan Rasullullah berkahwin usia mereka itu tidak lagi relevan dengan zaman ini bagi masyarakat. Mereka menghina lagi usia dan wanita serta status begini. Tapi apalah daya aku. Aku hanya mampu untuk bersabar atas dugaan ini. Aku bersangka baik dengan Allah dan aku harap aku akan dapat semula kebahagiaan bersama orang yg aku cintai kelak..jika tidak didunia, diakhirat kelak.

– N.M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *