Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sebab approve confession aku walaupun dah banyak kali hantar tapi admin tak post. Nakal tau admin ni main pilih2.
Nama aku lin dan dalam hujung2 20an. Apa yg aku nak cerita ni berkait dengan segala confessions yg ada dipost dalam iiumc ni dan baca dulu betul2 baru korang boleh nak bash penulisan aku ni. Aku baru sahaja putus cinta tahun lepas dan selepas tu aku tak ada tertarik ataupun minat dekat mana2 lelaki pun. Untuk pengetahuan semua, aku daripada zaman belajar mesti akan group dengan lelaki dan aku seorang sahaja perempuan. Dalam family aku, aku dan mama je perempuan. Bila aku dah bekerja pon memang kat site ni aku seorang sahaja perempuan. Dalam ramai2 lelaki tu tak ada pon yg aku berkenan.
Akan tetapi, aku ditakdirkan uruskan satu projek ni. Nak dijadikan cerita, aku rapat dengan mamat A. Tiap2 hari akan contact (dia dekat HQ, aku dekat site dan negeri berlainan) berbincang mengenai hal pekerjaan pada waktu siang. Malam kami banyak berbincang hal dunia (membawang) sampaikan tiap2 masa boleh dikatakan kami contact each other sampaikan selalu kena ejek dengan kawan2 site. Dipendekkan cerita, aku kena pindah projek lain yg dekat dengan HQ. Sejak dari tu aku jadi makin rapat dengan mamat A. Aku tak perasan yg aku tersuka dia sebab aku rasa selesa sangat dengan dia, tak macam kawan2 lelaki aku yg lain dan ya, mamat A ni dah ada girlfriend tapi macam samar2 sebab pjj kot diorang ni. Bila aku tahu aku suka dia, aku cuba elakkan dan buang jauh2 perasaan suka dekat dia ni sebab aku taknak mengambil hak orang lain. Kami selalu berjumpa dan contact each other non-stop untuk bermacam2 hal. Tapi selalunya kami Jaranglah keluar berdua dan masing2 akan bawa member sekali. Aku tanpa sedar jadikan alasan lepak ramai2 tu untuk berjumpa dengan dia. Sebab aku jadi tak keruan bila tak jumpa or contact dia which aku tahu aku salah, aku patut jauhkan diri daripada dia dan tak sepatutnya aku selalu keluar dengan lelaki.
Nak dijadikan cerita lain, member aku satu office sorang lagini dah kahwin(aku namakan mamat B). Aku tak pasti dia dah ada anak ke tak tapi sumpah dia tak nampak macam orang dah kahwin. Cuma baru2 ni aku baru tahu yg mamat B dengan bini dia ni tengah rujuk mahkamah syariah untuk dapatkan consultation mengenai masalah rumah tangga diorang. Selama kami keluar ramai2 tu aku tak syak apa2 langsung sebab aku memang anggap diorang ni member. Member aku sorang(mamat C) pernah bagitahu aku supaya aku berhati2 dengan mamat A dan B sebab takut orang akan nampak aku ni macam betina tak tahu malu selalu sangat keluar dengan orang punya. Mamat C cakap sebab dia boleh nampak yg mamat B ni minat kat aku dan selalu macam tanpa aku sedar dia take care pasal aku. Sumpah aku tak sangka benda ni sebab aku ingat memang dia ni jenis baik plus aku bukan ada hati kat dia pun.
Mamat C juga pernah tanya dekat both of them samada gf/bini diorang tahu tak diorang selalu lepak dengan aku(means kawan perempuan) and of course tak tahu. Seramai-ramai kawan lelaki aku yg lain, semua jenis inform gf diorang keluar lepak dengan sapa siap gf diorang yg aku tak kenal pon kadang2 join sekali. Tapi not for mamat A and B. Tambahan pula, ada lagi member office aku ni, mamat D. Mamat D ni dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dia bulan sembilan nanti. Cumanya perangai pon macam bukan orang nak kahwin, selalu ajak aku teman dia makanlah, siap pindah rumah dekat dengan rumah aku lah dan dia punya tahap kacau dan sakat aku tu sampai nak sentuh or peluk aku dah. Aku walaupun ramai kawan laki tapi aku bukan jenis bersentuhan apetah lagi nak bertepuk tampar. Sorry siket. Ha tepuk!
Tipu kalau aku cakap aku tak mengharap supaya mamat B ni putus dengan gf dia (aku tahu this is so wrong, tapi aku tak boleh nak buat apa. Hati aku dah sakit sangat dan aku asyik nangis sampaikan muntah2 ). Aku penat sangat dan rasa macam aku tak boleh nak fokus pada kerja dan kehidupan seharian. Ya, aku nak cakap yg masalah ni dah serious dan hanyalah bermula daripada guraun dan keakraban sesama kawan sekerja berlainan jantina. Sekarang aku tengah berusaha keras untuk jauhkan diri daripada any lelaki. Aku nak kurangkan terlampau mesra dengan mereka. Sebab gurauan yg sikit yg kita rasa tak ada apa2 sekadar hiburan tu lah yg lama2 jadi mesra lain macam dan boleh retakkan masing2 punya hubungan dengan gf atau lagi2 bini kat rumah yg tengah setia menunggu korang tu.
Wahai lelaki, ya aku tahu kalian kacau2 atau sekadar nak berkawan tu korang tak ada fikir benda lain. Ya memang korang rasa benda tu tak ada apa2 pon sekadar nak memeriahkan office yg stress tu tapi kena fikir perasaan perempuan jugak. Kalau dia tersuka kau dan kau ni laki or bapak orang, tak ke yang dipanggil betina gatal adalah perempuan tu? Yang dipersalahkan adalah perempuan jugak. Diorang pernah bagitahu aku yg takkan tak boleh nak bergurau ataupun berkawan, padahal dekat office lain semua yg bergurau antara perempuan lelaki tu pon ada yg dah lelaki orang. Well, think it wisely man.
Aku tahu ayat aku macam berterabur tapi nak korang tahu yg benda ni lah yg menyebab perceraian dan masalah kesetiaan. Sebab ni la jugak ada yg ada skandal baik dah ada suami ataupun bini. Kepada perempuan2 luar sana, korang pon kena main peranan sebab kalau korang layan, memang korang la yg menjadi betina tak tahu malu tu (or I can label as a ‘bitch’). Kepada mamat2ku sekalian, kalau korang baca aku nak minta maaf dan harap korang faham.
Sekian.
– Lin, Kawan Kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit