Gelagat Di Facebook

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua readers IIUM Confession…thank you Admin jika sudi siarkan bebelan aku ni, hehe…

Sedikit intro, aku seorang housewife, ibu kepada dua hero & berusia 35 tahun…

Seperti tajuk di atas, aku nak buat sedikit luahan/bebelan tentang gelagat sesetengah orang dalam Facebook…ni based pada status yang lalu hari2 dalam newsfeed aku…so here we go :-

1) Warga emas main Apps
Aku rasa mostly korang tentu tau pasal Apps ni semua…yang predict tahun bila korang kawen la, berapa orang anak korang akan dapatla & etc…tapi yang aku nak sebut ni Apps yang boleh edit muka korang jadi pelakon Bollywood la, muka korang kat cover majalah and macam2 lagi…tak taula bagi korang, tapi bagi aku, kalau yang main tu orang2 muda/bujang, aku faham lagi…tapi yang ni dah masuk usia warga emas, mostly 50’s, isteri orang, mak orang lagi tu…sehari main 3, 4 Apps yang macam tu, means dalam sehari 3,4 kali la lalu result Apps tu kat newsfeed aku…sekali sekala ok je, takde masalah…tapi kalau selalu? Aku yang muda sikit dari dorang ni pun rasa malu, takkan dorang tak rasa kot? Semua orang boleh tengok uiiii…yes, aku main jgk Apps ni semua, tapi setakat try, tengok result and gelak sendiri je…tak tergamak nak share untuk tatapan orang ramai, huhuuu…

2) Warga emas kuat selfie
Again, tak taula bagi korang, tapi bagi aku kalau orang2 muda/bujang, takpe lagi la kot…tapi bila taraf2 warga emas in their late 40’s & 50’s selalu selfie and selalu update profile picture dorang hasil dari selfie tu, *facepalm* rasa…again jgk, aku yang tengok ni rasa malu…tak taula pulak apa yang dorang rasa…aku sendiri pun letak gambar anak2 je…nak letak gambar sendiri rasa macam dah tak relevan, hahaaa…segan yakmat oiiii…ni aku la kan…orang lain aku tak pasti la…baru2 ni ada gambar quote “orang yang selalu selfie ni bukan syok sendiri, tapi mereka bahagia dengan diri mereka, jadi biarkanlah, kita jangan dengki”…lebih kurang camtu la quote nya…aku tak pastila tu sarcasm ke tak, tapi caption/quote tu la warga2 emas ni gigih berkongsi kat wall masing2…dorang cakap dorang tak kacau orang…ehem, betulla kan, memang tak kacau orang, tapi makcik2 ada rasa segan tak? Huhuu…

3) Share result anak
Pada pendapat aku sendiri la kan, rasanya tak perlu kot nak share result anak kat dalam social media…tanggapan orang ni macam2…situasi orang pun berbeza2…yang jenis boleh terima, okla…tapi yang tak boleh terima, di asaknya anak2 tu bersaing agar se”level” dengan anak orang tu…again, bagi aku la kan, cemerlang @ hebat macam mana pun prestasi anak kita, bersederhanalah…biar kita je yang tau…simpan kemas2, tak perlu bagitau orang…bagi aku, biarla orang tau sendiri…

4) Status remeh
Nyamuk banyak pun nak cerita dalam Facebook oiii, hihiii, tergelak aku…bila orang offer solution, katanya semua dah buat dah…dah tu, ko nak suruh orang buat apa oiii, hahaaa…tepuk dahi aku baca…kalau boleh, elakkan la dari upload status2 remeh yang boleh menampakkan ketidakmatangan kita…aku akui, masa muda2 dulu ada jgk upload status yang entah apa2…boring pun bagitau orang, hahaaa…elok jgk Facebook ada buat “your memories today” tu…dapatla baca balik status2 kurang cerdik aku dulu tu…seriously rasa macam nak kambus muka dalam tanah je rasa bila baca balik…seiring dengan peningkatan usia & rasa cemburu pada kawan2 yang jarang upload status and kalau ada pun, benda yang baik2 saja, buatkan aku rasa nak jadi macam dorang…skg ni aku dalam proses refrain myself dari upload apa2 status pun…sekali sekala je upload gambar anak2 & aktiviti dorang…selain dari tu, aku banyak share status2 agama, ilmiah & benda yg boleh mendatangkan manfaat pada orang lain…bukan sebab nak bajet good2, tapi sebab diri sendiri pun rasanya dah banyak dosa…tak tertanggung rasanya kalau nak share benda2 lagha & tak mendatangkan faedah pada orang lain pun…plus, dengan share benda baik2, secara tak langsung memotivasikan & remind diri kita sendiri untuk jadi lebih baik…walk the talk gitu, hehe…

5) Bergaduh kat Facebook
Status warga emas jgk, baru lalu je dekat newsfeed aku…sindir menyindir, bahasa kasar, mengumpat ramai2, adui laaaa…aku yang baca ni pun rasa malu…yang mengupload status tu isteri orang/mak orang/nenek orang…tepuk dahi aku oiii…

Setakat tu je la yang aku rasa aku nak luah/bebel hasil dari pemerhatian newsfeed aku…kalau ada lagi yang korang nak luah/bebel, sila tambah, hehe…

Korang mesti wonder kan, ramai betul warga emas jadi kawan aku…apa nak buat, tu semua kawan kakak2 aku, sekampung pulak…dah dorang add, takkan aku sampai hati nak reject pulak…terpaksa la terimaaaa…yela, expectation kita ni, orang2 lebih tua dari kita ni akan banyak share wise words and wisdom dorang, tapi dalam kes aku ni, *tepuk dahi* lagi….

Aku ni jenis tak kisah orang nak share apa2 pun dalam Facebook ni…everybody deserve to express/ share everything that they want…tapi tu la kan, akak2/abang2/pakcik2/makcik2/adik2 sekelian, biarlah semua tu secara bersederhana saja…kalau satu hari tu upload 10 status, upload 10 gambar selfie, upload 10 result Apps, hmmmm, korang fikirla sendiri ye…”asalkan bahagia” tu jangan la libatkan diri kita sorang je ye…fikirla sekelian alam sekali…hehe…dah tak pasal2 aku terpaksa membawang…

Akhir kalam, aku mohon sejuta kemaafan kalau2 ada yang terasa @ terguris hati dengan posting aku ni…tak terniat nak lukakan sesiapa…tapi aku rasa aku perlu luahkan semua benda ni so that kita tak buat mistake yang sama…belajar dari kesilapan orang lain…be wise…segala yang kita catatkan bakal menjadi saksi di hari kebangkitan kita nanti…jadi tulislah yang baik2…ucap yang baik2…tak salah nak bersosial media, tapi biarlah seiring dengan tuntutan agama…

Again, ini semua humble opinion aku sebagai manusia biasa yang juga tak pernah terlepas dari berbuat kesilapan…you guys are free to disagree with me… :) thank you pada yang sudi baca…sekian, terima kasih…

– Demelza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *