Assalamulaikum semua. Aku Lily. Mula2 aku nak hantar kat komen je tapi sebab ada benda yang aku nak share ni libatkan aib aku, aku terpaksa buat confession. Lagi satu sebab bila aku baca komen, ramai cakap dia bodoh tapi tak faham situasi dia. Senang je suruh dia move on. Situasi orang ni berbeza.
Bagi aku dia bukan bodoh. Aku dapat rasa betapa patahnya hati dia. Dia tak sedar dia sayang lagi suami dia sebab tu dia rela kawen. 8 tahun kan dia couple. Aku rasa dalam masa tu memang dia tak fikir lelaki lain pun. Lepas bertunang mesti dia orang yang excited gile fikir pasal kawen. Masa yang tinggal untuk kawen bila dia tau suami dia curang tu tak cukup untuk dia fikir secara rasional dan move on. 3 bulan tu kejap sgt dibandingkn dgn 8tahun. Aku rasa kalau masa tu panjang lagi, dia tak terima kot nak kawen. Umur dia 25. Maksudnya dia couple dari umur 17. Maybe tu 1st love dia. Dia bukan play victim cuma dia permpuan yg sangat setia, sangat sayang dan percaya kat laki dia. Yang bodohnya laki dia sebab dapat perempuan macam ni pun tak reti hargai.
Aku dulu pernah jugak bercinta. Baru 3tahun bercinta, dia ada awek lain, pun lebih setahun nak move on wei. Ni 8 tahun, dengan masa 3 bulan untuk dia tenangkan diri dan buat keputusan? Aku faham sebab kalau aku kat tempat dia MUNGKIN aku bertindak macam dia. Kalau Nurul sama dengan aku, aku mungkin macam tu sebab keyakinan diri aku rendah.
Aku ada kekurangan yang ex aku je tau. Kalau nak terima lelaki lain lagi, penat sebab aku nak kena cari yang boleh terima kurang tu. Contoh, ni contoh je ea sebab nak kasi orang lain faham. Contoh, kau ada penyakit kulit. Orang tak nampak sebab aurat kau tertutup. Jadi bila kau couple, nak kahwin, mesti kau risau takut dah kahwin suami kau tengok badan kau buruk. Kau rasa benda tu aib kau. Takut suami kau tak terima kau, geli dengan kau lepas nikah.
Jadi, masa couple, kau bagitahu pasal ‘aib’ kau tu. Dia terima dan terus couple selama bertahun. Bila break up, nak cari orang lain pulak, lepas tu buka sekali lagi ‘aib’ tu susah tau tak!!!! Penyakit kulit tu contoh ok. Yang aku nk bagitahu mungkin laki tu tau aib Nurul ni sebab tu Nurul susah nak move on. Nurul kalau aku cakap ni salah, maaf ye sebab tu la aku susah nk move on. Ada aib aku yg ex aku tau. Kalau aku cari orang lain, sekali lagi terbuka aib aku. Kalau tak bagitahu awal, kena reject lepas kawen lagi sakit. Kot suami taknak sentuh ke apa. Sakit pulak hati aku bila ramai cakap confessor bodoh.
Kepada confessor Nurul. Aku tak salahkan tindakan kau. Aku faham tapi aku tak reti sangat nak explain. Tapi, bagi aku, laki kau tak layak untuk kau. Dia tak hargai kau. Jangan takut nak move on. Kau pun muda lagi. Akan ada lelaki lain yg hargai kau. Kalau laki kau hargai kau, dia akan berkeras nak adil. Bukan terima je syarat kau.
Wake up sis. Sekarang kau ada 2 pilihan. Pertama, buka buku baru, tinggalkan dorang. Jangan takut. Ayah kau pun dah cakap macam tu. Betul apa yang dalam komen tu cakap. Bila macam ni, kau berdosa sbb tak layan suami kau seperti yang sepatutnya. Suami kau pun berdosa sebab tak adil. Alhamdulillah. Aku jumpa suami aku sekarang selepas 3 tahun break up dengan ex aku. Percaya pada jodoh Allah. Selepas frust gile yang dulu, aku jumpa yg lebih baik. Jangan takut nak melangkah Nurul. Kau masih ada keluarga, bukan tak ada sesiapa.
Kedua, kau cuba terima suami kau dan madu kau. Cari kebahagiaan sebagai isteri kedua. Bukan tak ada yang bermadu tak bahagia. Lagipun rezeki kau sekarang, family mentua yang sangat baik. Kalau kau kawen dengan orang lain, belum tentu dapat mentua yang okey. Tapi kau kena tanya suami kau dulu dia mampu ke tak sebenarnya nak beristeri dua.
Jadi Nurul, buatlah pilihan bijak.
Yang benar,
– Bakal ibu anak ke-2, Lily
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit