Assalamualaikum semua…
Tujuan saya menulis di sini adalah untuk minta pendapat dan semangat dr pembaca sekelian. Sebelum tu, saya adalah seorang surirumah, ibu beranak 1. Dulunya saya seorang yg berkerjaya namun saya ambil keputusan utk berhenti kerja memandangkan kerjaya suami yg sering berpindah memgikut projek syarikatnya.
Walaupun saya tak berkerja namun pendapatan suami lebih dari cukup utk menampung hidup kami berdua. Tambahan pula kami berdua berasal dr keluarga yg susah. Kami menjalani kehidupan secara sederhana. Sekali sekala adalah jg pergi travel, beli brg branded dan makan sedap di luar. Tp biasanya, kehidupan yg simple shj. Kami menabung utk menghantar org tua menunaikan haji dan membina rumah baru yg lebih selesa utk mereka di kampung.
Alhamdulillah thn 2012, mak dan mertua saya telah pun menunaikan haji. Dan tahun 2014, kami siap membina sebuah rumah utk mertua saya di kampung dgn simpanan kami. Kami merancang utk membina sebuah lg rumah utk mak saya pula. Jika berjaya apa yg kami rancang, maka tertunailah hajat kami yg tak byk sikit boleh membahagiakan mereka. Kami jg mempunyai perniagaan yg diuruskan bersama.
Namun Allah Maha Perancang dari segalanya. Tahun 2014 suami diberhentikan kerja. Kami mula menyusun stategi tentang bagaimana utk meneruskan kehidupan dan membayar segala hutang ansuran bulanan. Kami mula menjual rumah utk mengurangkan liabiliti. Suami jg berkerja, apa shj kerja yg halal asalkan dapat menambah pendapatan. Saya pula menguruskan perniagaan.
Tp dengan keadaan ekonomi yg semakin gawat, perniagaan kami mula merosot sehingga dah tak boleh nak pusing modal lagi. Menamatkan perniagaan adalah jalan terbaik dari menanggung hutang yg semakin menimbun. Suami pula, tak dibyr gajinya kerana syarikat tempat dia bekerja jg dah tak dapat nak meneruskan perniagaannya lg.
Lama jg saya bersedih. Saya tau suami jg bersedih tapi dia tak tunjuk di depan saya. Tp sampai bila kami nak bersedih. Ia takkan mengubah apa2 kalau tak berusaha. Kami jual apa yg boleh dijual. Dan akhirnya kami pindah ke kampung. Sewa dan kos sara hidup yg lbh rendah. Back to basic. Cuma kereta yg tak boleh dijual. Tu pun sebab kena tambah duit kalau nak jual kereta tu.
Sekarang ni, dengan Kereta tu la kami bergerak utk mencari rezeki. Jual nasi lemak, jual kuih,bisnes online.Dan bila tiba musim kenduri kahwin, dapat sambilan kerja dengan caterer. Mcm2 kerja jg yg kami buat. Alhamdulillah cukup2 utk tampung kehidupan kami bertiga walaupun ada kalanya kami terpaksa menggunakan duit yg org bg pada anak utk membeli keperluan. Saya rasa berdosa dgn anak. Saya berjanji akan pulangkan semula nanti.
Baru2 ni saya dapat surat dari mahkamah. Minta saya hadir utk bicara kes kebankrapan. Allahu.. Rasa mcm nak nangis tp dah kering airmata. Dulu masa meniaga, kami ada sebuah lori. Tp ada sorg kenalan suami kebetulan nak guna lori dan sanggup sambung bayar. Kami dlm keadaan kalut masa tu sbb saya baru lps sgt bersalin, suami pun serahkan Lori tu. Masa awal2 tu mmg dia byr tp lama2 dia tak bayar langsung. Kami byk kali jejak tp tak dapat.
Itulah kesilapan bsr kami. Percaya pada orang.. saya betul2 kesal dgn tindakan tersebut dan akhirnya saya yg tanggung .. .
Tarikh perbicaraan hampir dekat. Dan saya tak tau apa yg patut saya buat. Jika saya tak hadir, apakah tindakan yg akan dikenakan terhadap saya? Saya mohon pendapat rakan sekelian. Saya mmg takde duit utk byr tunggakan tersebut. Dan saya hampir pasti saya akan dibankrapkan. Doakan saya kuat dan bangkit semula dr kejatuhan.
Adakalanya saya berharap dia akan rasa apa yg saya rasa hingga tiada sapa pun yg dpt tolong dia lg. Tp saya rasa mcm kejam sgt doa keburukan sesama manusia. Saya bermuhasabah diri dan menerima dugaan ini sebagai ujian dr Allah.
Semoga saya dapat meneruskan 1 lg hajat saya utk Mak saya di kampung. Terima kasih semua.
– Puan B
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit