Assalamualaikum, thanks to admin kalau sudi approve confession ni.
Aku just nak share dengan korang ape aku rasa lately (takde la lately sgt sbb aku dah rasa takut ni dari bulan 10 tahun lepas). Aku takut mati. Takut aku ni sampai aku menggigil dan aku akan menangis bila aku terkenangkan kematian yang akan aku hadapi. Kadang-kadang aku rasa mcm org gila pun ada. Aku tgk org lain relax je tak takut mcm aku. Stress sgt sampai aku rasa kalau cerita kt org pun, org takkan faham. Aku pikir ni sampai tahap, nanti aku akan dimandikan, dikafankan, di hantar kekubur dan aku akan bersendirian. Meraung ketakutan menanti dua malaikat yang menggerunkan dtg soal aku.
Janji Allah tu pasti. Semua orang yang hidup pasti akan merasa kematian.
Korang bayangkan hampir setiap masa aku pikir. Bawak kete pikir mati, mandi pun pikir mati, aku nak tidur, aku pikir mati. Aku terjaga pun tidur aku pikir mati. Aku takut teramat sangat sampai aku tak mampu nak hadap hari-hari aku. why aku jadi mcm ni? aku rasa sebab hati aku dah cintakan dunia yang fana. Hati aku ni rasa amalan yang aku buat tak mampu nak jaga aku dlm alam barzakh sana.
Hari-hari aku terpikir sampai lah Allah bagi aku satu thought, “kita akan mati sepertimana kita hidup”
Apa maknanya? meaning that, jika kita hari-hari berbuat baik, in sha Allah kita akan mati dlm kebaikan. Tapi jika kita hari-hari bermaksiat, nasib tak baik kita diambil time bermaksiat.
Aku sekarang dalam fasa nak hidupkan hati aku untuk mencintai akhirat, mahu berbuat kebaikan dan aku juga amalkan Al-mulk dan berharap akan menjadi peneman di alam barzakh sana.
Aku harap aku dapat menjadi org yang bersedia dgn kematian aku. Biarlah aku mati sebelum mati.
Selagi kita hidup kita mampu mengubah takdir kita disana. Kita juga masih diberi peluang untuk mencari pahala dan redha Allah. Aku rasa kalau just takut tapi tak berusaha pun tak guna kan. Ustaz jgk ada ckp, org yg dh mati sekarang ni dok merayu pada Allah utk hidup semata-mata nk bersujud pada Allah. Jadi, Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk bersujud padaNya. Jom la kita berusaha untuk bersedia menghadapi kematian kita.
Jadi, aku nak ajak korang semua sentiasalah ingat kepada kematian, sbb kematian itu satu tarbiah berkesan buat diri. Korang, please doakan aku utk mendapat husnol khotimah. Aminnn. Thanks guys. Jumpa nanti kat syurga.
– Noor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit