Kerana Harta Dunia

Terima kasih admin sekiranya cerita ini disiarkan. Aku seorang perempuan yang berumur 21 tahun . Apa yang ingin aku ceritakan kat sini ialah mengenai keluarga aku sendiri terutamanya mengenai kakak aku. Aku ada 3 beradik seorang abang sulung dan seorang kakak manakala aku yang bongsu. Kedua abang dan kakak aku sudah berkahwin dan mak ayah aku dah bercerai dengan ayah aku masa aku berumur 2 tahun. Aku dibesarkan oleh ayah tiri aku sehingga sekarang. Ayah tiri aku support makan pakai dan sekolah apa semualah barang keperluan kami berdua iaitu kakak dan aku. Abang aku dibawah penjagaan ayah kandung aku so lepas bercerai aku dengan kak aku stay dengan mak aku. Ayah tiri aku ni memang manjakan kiteorang berdua sangat sangatlahh sebab dia tak pernah kahwin lagi sebelum jumpa mak aku tu. Apa yang kami berdua nak semua dia penuhi,dia layan kami berdua macam anak kandung dia sendiri. Ni baru permulaan tapi aku bukan nak cerita pasal ayah tiri aku tapi aku nak cerita pasal kakak aku .

Hubungan kami 3 beradik memang dingin sejak dari dulu lagi. Bukan macam adik beradik orang lain,masing masing buat hal sendiri. Jarak umur aku dengan kakak aku hanyalah 5 tahun.Antara kakak dengan aku,parent aku banyak lebihkan dia,banyak manjakan dia sejak dari dulu lagi. Aku perhatikan apa yang kakak aku nak memang dia akan dapat nak dibandingkan dengan aku ni. Dia tinggal di asrama sejak tingkatan 1 sampai 5 itu adalah salah satu faktor jugak yang hubungan kami berdua tak rapat. Kakak aku ni sejenis yang suka buat hal macam macam,suka timbulkan masalah and selalu je ada masalah disiplin kat sekolah sejak dari darjah 6 lagi. Nak dijadikan cerita dia dapat sambung study kat universiti beberapa tahun lepas tapi dia belajar separuh jalan je. Parent aku tak cakap apa apa diaorang okay je dengan keputusan kakak aku then dia balik duduk rumah. Dia kerja fastfood sekejap ayah tiri aku belikan dia motor baru bayar cash masa tu untuk senangkan dia pergi balik kerja. Dalam masa yang sama dia dapat tawaran kerja kerajaan iaitu spa,mungkin rezeki memihak kepada dia pada waktu itu. Kami sekeluarga bersyukur sebab kakak aku dapat kerja dalam sektor kerajaan. Dia masuk je kerja ayah aku belikan dia kereta baru,pasal motor tadi tu jarak hanya sebulan macam tula then ayah tiri aku beli kereta dekat kakak aku untk memudahkan dia pergi kerja sebab dia ditugaskan di luar negeri pada masa tu.

Dia jenis seorang yang suka berjoli sana sini,duit gaji entah kemana and mak ayah aku tak pernah pun rasa duit gaji dia tu. Yaa bagi seorang mak ayah dia dah bersyukur kalau anak dia hulur kat diorang duit walaupun sedikit. Sampai ada satu tahap perangai kakak aku ni sampai kereta dia kena tarik sebab dah tak bayar berbulan bulan. Aku tktau kemana pergi duit dia tu bulan bulan. Kau bayangkanlah dia bekerja tapi selalu suruh mak ayah aku transfer duit untuk dia. Korang bayangkanlah ayah tiri aku yang backup semua tu bayar semua kereta yang dah berbulan dia tak bayar tu. Setahu aku dia banyak berhutang sebelum ni dan siap pinjam loan untuk buat apa pun aku taktau. Aku tengok ayah tiri sabar dengan perangai bangang dia tu sedangkan duit tak pernah hulur dekat mak ayah aku inikan pula dekat 3 orang adik tiri yang lain(anak ayah tiri aku dengan mak aku) 3 orang adik tiri aku tu masih kecil dan bersekolah lagi . Ayah tiri aku banyak lagi tanggungan tapi kakak aku layan ayah tiri aku tu macam bank selalu mintak duit bagai. Banyak terjadi konflik sejak dia bekerja,aku perhati je dengan apa yang jadi sebab aku dengan mak aku tak berapa nak rapat sangat.

Aku memang takde communication lgsg dengan mak aku dari dulu lagi.mak aku banyak lebihkan kakak aku,ya dulu masa kecik aku bodoh sebab tak faham tapi sekarang bila dah besar aku faham pasal semua ni,pasal apa yang jadi selama ni. Sampaikan satu tahap dia nak kahwin,ya laki dia tu bekerja di tempat yang sama dan bukan sebarangan orang,pangkat laki dia tu tinggi jugak. Atas sebab tertentu diorang berkahwin tapi aku sebagai adik dia aku taktau,aku takde masa dia kahwin. Benda yang sama jadi masa abang aku kahwin,aku sebagai adik takde kat situ and tktau apa yang berlaku sebab abang dan kakak aku kahwin buat benda yang wajib iaitu akad nikah je yang lain memang tak buat. Aku macam apa semua ni takde angin takde ribut. aku tengok mak ayah aku redha je ikut je. Kakak aku berkahwin bukan ada sebab yang bukan2,atas sebab tertentu diorang berkahwin.

Selepas dia berkahwin bermulah macam macam konflik yang aku dah agak akan terjadi .Ya dia berkahwin dengan orang kaya,apa yang dia nak semua dia dapat.Dia dah tak peduli dah dengan mak ayah aku,semua keluarga dia tak amik peduli. Dia totally dah berubah dah jadi pentingkan diri sendiri dan semakin tinggi diri dengan apa yang dia ada. Dalam masa yang sama laki dia ada buat business sampingan memang income masuk ribu ribulah. Aku bukan nak berdengki ke apa tapi perangai dia semakin hari semakin keterlaluan. Sampai satu tahap mak ayah aku je asyik pergi menghadap dia,dia tak pernah pun nak balik jenguk mak ayah aku kat kampung. Rumah parent aku rumah sewa dan agak kecik jgak kami bukan dari orang yang senang,tapi ayah tiri aku dah berkorban macam2 dekat akak aku tu. Sebelum ni dia sakit ke apa ke memang sepantas kilat ayah tiri aku drive jauh jauh prgi jenguk dia. Korang bayangkanlah sampai macam tu sekali layanan ayah tiri aku dekat dia.

Tapi nampak perangai laki dia tu mungkin dia tak selesa balik rumah kami yelah rumah tak selesa lah apalah bagi dia tu. Setiap bulan mak ayah aku pergi jengguk dia laki bini tu tapi dia susah nak mati nak balik kg. Bila dia beranak je kebetulan dalam 2bulan sebelum raya tahun lepas macam tu lah,dia ada balik raya tu tapi balik raya kedua tu pun balik sebab aku sound teruk dia sebab dia tak bagitau sepatah haram pun dia tak balik raya tu kat mak ayah aku.Kau bayangkanlah mak ayah aku tunggu macam orang gila anak dia balik beraya tapi tak sampaii balik rumah pun sebab pada masa yang sama abang aku tak jumpa mak aku bertahun walaupun hari raya padahal duduk satu negeri je. Tu last dia balik kg raya tahun lepas dan sekarang anak dia dah setahun so kiranya dia dah tak balik kg setahun lebih termasuklah raya baruni.

Kakak aku punya perangai makin hari makin melampau,dalam masa setahun tu asyik mak ayah aku je ulang alik pergi rumah dia tu. Kadang2 naik bas kdang2 pergi dengan kereta semata mata nak pergi jengguk cucu dia kat sana. Tapi dia langsung taknak balik kg,ayah tiri aku rela berhabis duit semata mata nak jumpa cucu dia,sedangkan kakak aku bagi 100 je kat ayah aku setiap kali pergi sana.

Masalah sekarang aku bukan cakap tk besyukur ke apa tapi kau bayangkanlah 100 je bagi? tu pun bagi kat ayah tiri aku. kat mak aku? tak bagi lagipun mak aku tak kerja.Kakak aku terlebih mampu apa salahnya dia hulur lebih sikit duit tu,ingat balik susah payah ayah tiri aku tu,jasa dia kat kakak aku selama ni. Dia beli apa apa semua dihujung jari setiap hari macam2 posmen hantar barang kat rumah dia,sekali dia shopping berapa ribu entah habis. Aku perati je semua ni,aku tak cakap apa2 pasal ni dengan mak aku sebab aku tau mak aku takkan dengar apa2 yang aku cakapkan dekat dia. Konflik bertambah parah sejak awal bulan april haritu sampailah ke saat ini.

Mak aku banyak bulan sakit haritu,sejak hujung tahun lepas lagi sampai ke bulan may haritu. Kakak aku tak pernah balik jengguk jugak alasannya dia takde cutilah apalah tak sempat nak balik susah dengan anak kecik bagai. Dia bagi alasan sampah macam tu kat kami sekeluarga,mak aku pasrah gila dengan apa yang jadi ni. Awal tahun haritu dia berhenti kerja kakak aku tak bagitau sepatah pun kat mak ayah aku,sebelum ni dia banyak kali dah cuti tanpa gaji memang berbulan bulan lah dia sambung cuti tanpa gaji selepas dia beranak tu.

Bila mak ayah aku tanya pasal kerja dia cakap dia still cuti padahal dia dah lama berhenti kerja. Dia pernah cakap sebelum ni dia berhenti sebab nak jaga anak and taknak hantar anak dia kat pengasuh. Mak ayah aku senyap je takde kata apa apa. Tapi kenapa dia tak berteru terang je dengan mak ayah aku yang dia dah berhenti kerja kenapa perlu tipu sampai macam tu sekali? aku tak faham betul dengan perangai dia ni. Suka sangat buat keadaan tambah parah. Nak dijadikan cerita awal tahun haritu aku masuk salah satu uni awam di luar negeri jugak. Tapi beberapa bulan tu aku decide nak quit sebab faktor kesihatan yang betul betul tidak mengizinkan aku untuk terus belajar. Uni aku tu kira 4jam macam tu ke rumah kakak aku ni. Time aku quit tu mak ayah aku terpaksa amik aku kat uni settle semua benda dengan keadaan aku yang sakit.

Kakak aku marahkan mak ayah aku sebab tak bagitau dia sepatah yang diorang datang amik aku kat uni,sebelum mak ayah aku amik aku haritu diorang suruh pak sedara aku amik aku kat uni sebab diorang tak boleh amkk lagi aku. Kakak aku marah sebab kenapa nak suruh paksedara aku yang amik sedangkan dia boleh pergi amik. Masalah sekarang kakak aku bukan boleh amik aku on the spot macam yang paksedara aku buat tu. Korang bayangkanlah keadaan aku yang tengah tak larat sangat tu. Sedangkan bila aku pergi rumah dia pun bila sampai stesen bas dia suruh aku naik grab pergi rumah dia. Inikan pula dia nak pergi amik aku kat negeri lain memang taklah. Kalau dia jenis yang tak bodoh apa slah nya pergi amik sendiri adik dia tu,ni dok sibuk meroyan tak suruh dia pergi amik aku masa dekat uni. Aku kalau dia jenis yang perangai elok takpe ni perangai macam haram jadah dok cari salah orang situ sini.

Bermulalah perang dunia diantara mak ayah aku dengan kakak aku. Aku jugak turut terlibat dalam hal ni,kakak aku memang perangai macam tktaulah susah nak cakap.Kakak aku cakap macam macam dekat mak aku. Memang dia buat mak aku tu macam kawan dia,habis benda dia marah mak aku. Dia hina mak aku dan keluarga aku macam macam . Dia cakap kiteorang ni hanya nak tumpang kesenangan dia je selama ni. Dia layan ayah tiri aku macam sampah weh,sumpah aku terkilan dengan dia. Duit keperluan aku kat uni haritu dari A sampai Z ayah tiri aku tanggung. Kakak aku tak support aku satu sen pun weh. Boleh faham tak perasaan aku macam mana? Dia pernah masuk uni dulu,dia mesti faham macam mana keadaan tu. Dia buat tak endah je dengan semua tu. Mak ayah aku memang speechless gegila dengan apa yang terjadi tu. Sampai macam tu sekali dia buat mak ayh aku tu. Kakak aku whatssap esei panjang gila kat mak aku,duk perli perli itu ini.

Macam macam dia cakap, Tuhan jelah tahu betapa luluhnya hati mak aku masa tu. Dia tak kenang budi ayah tiri aku weh. Dia hina aku dengan family aku sedangkan tu mak kandung dia weh. Hati aku hancur bila jadi macam ni memang hancur lebur apatah lagi mak dengan ayah aku tu. Kakak aku memang tak kenang budi langsung. Selepas kes bulan 4 haritu sampai ke saat ni dia senyap dengan kami sekeluarga,dia selalu perli dalam fv pasal mak aku. Semua jiran jiran yang kenal kami sekeluarga dok tanya yang kakak aku tak balik rumah ke ,kenapa dah lama tak balik. Mak aku buat buat tak endah je dengan semua tu. Korang boleh faham tak hati perasaan mak aku tu macam mana?lagi lagi ayah tiri aku tu? ni balasan yg kakak aku bagi kat ayah tiri sepanjang dia hidup nii. Sumpah aku tak boleh nak terima apa yg dia buat ni. Takde khabar berita langsung pun,raya haritu dia tak balik.

Hampir seminggu dia beranak anak kedua dia. Ya memang kiteorang semua tahu yang dia pregnant sebelum ni. Tapi dia sikit pun tak bagitau mak aku yang dia dah beranak,korang bayangkanlah kami sekeluarga tahu dari mana yang dia dah beranak? tahu melalui fb kawan dia sebab kawan dia tu ada dalam fb mak aku,sampai macam tu sekali dia buat mak aku.Mak ayah aku belum lagi meninggal kalau dah meninggal aku tak kisah sangat ni masih lagi hidup dan sihat wal afiat. Mak ayah aku betul2 kecewa dengan semua niii. Kakak aku siap post lagi yang dia dah selamat beranak. Dalam tengah keadaan macam tu pun kau bukan main duk up status macam2 dalam fb cakap itu ini pasal family kau.Apa jenis anak dia ni? dia ditatang bagai minyak yang penuh kot sebelum ni.

Kenapa tak reti nak bersyukur? Aku tengok mak aku sampai satu tahap dia dah macam entah lah susah nak cakap,hanya yang bergelar ibu je yang faham perasaan tu macam mana. Mak aku cakap dia redha dengan semua ni,tuhan sayangkan dia sebab tu Dia uji mak aku sampai macam tu. Aku tak pernah tengok mak aku menangis pasal benda ni. Aku tengok dia tenang gila,mungkin dalam hati dia hancur kita tak boleh nampak dan tahu kan. Bila bercakap pasal ni mak aku bagi pandangan kosong jee,orang taktau apa apa tapi tuhan tahu. Dia cakap dia sabar dengan semua ni,dia redha sebab ujian dia macam ni.

Mak aku dah hilang abang aku walaupun secara realitinya dia masih hidup lagi, sekarang ni dia hilang kakak aku pula. Sampai macam tu sekali diorang buat mak aku,aku saksi semua benda ni jadi. Tuhan jelah tahu macam mana perasaan aku untuk hadap semua ni. Aku sebagai adik mengalah call abang aku tapi tak diangkat langsung sama jugak kakak aku,aku ws wish birthday dia haritu dia langsung tak balas sama juga minggu lepas. Dia baca tapi dia tak reply. Aku mengalah dalam hal ni walaupun dah bertahun lamanya aku sakit dengan semua ni. Dia memang betul2 lancar perang dengan kami sekeluarga.

2,3 hari ni lepas dia beranak aku tengok dia ada update dalam fb dok cakap yang dia kena tipu dekat siapa entah habis berapa tktau duit dia kena tipu tu siap pergi buat report polis dalam keadaan berpantang. Dalam keadaan macam tu pun kau lebihkan duit? rungsing pasal duit lagi berbanding dengan keluarga kau sendiri? Sampai macam tu perangai kau,Tuhan baru jentik sikit kot nak bagi kau sedar tapi kau sampai sekarang tak sedar sedar lagi Tuhan dah bagi hint. Jangan sampai dah terjatuh tersungkur baru nak cari keluarga kau. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi dengan semua ni dengan keadaan laki kau tu asyik ikut je apa yang kau buat.

Laki kau tu sama je macam kau sama sama derhaka kat ibu bapa masing2. Sebagai laki dia tak boleh ke dia telefon bagitau sepatah kat bapak dengan mak mertua bagitahu bini kau dah beranak. Berdosa ke kalau kau bagitau sepatah? Aku pun tktau setan apa yang merasuk kau sampai jadi bangang macam bini kau.Laki kau pun sama je dengan kau,laki dayus. Hutang dia keliling pnggang tapi laki dia yang kena bayar . Berhutang sebab nak berjoli sana sini? kesian laki kena tanggung aku betul2 tak faham dengan kau ni kak. Aku yang sakit kat rumah,hati aku hancur sebab semua ni. Sebab dia aku kena hadap dan dengar2 macam dari ayah tiri aku. Dia cakap aku ni pun bakal jejak langkah kakak aku jugak nanti aku pulak derhaka dengan dia. Ya Allah pedih sungguh ayat ayah tiri aku tu,aku yang kena hadap semua ni dekat rumah. Kakak aku buat hal tapi aku yang kena hadap sorang2 semua ni, tak adil langsung bagi aku.

Aku terkilan dengan perangai kau kak,aku ni memang sejak dari dulu takde siapa nak pandang,takde siapa nak peduli . Semua orang duk tanya kat emak kenapa kau dah lama tak rumah. Kau fikir dia apa? takde perasaan ke bila orang lain dok tanya dia macam2 pasal kau? berhentilah jadi bodoh dan balik mintak maaf. Kau dengan ego kau boleh pergi mati sana. Aku penat nak hadap semua ni. Jangan fikir hati sendiri je fikir jugak hati orang lain ni macam mana.

Sampai bila dia nak trus macam tu? dia bahagia sebab dia banyak duit sekarang ni? hidup senang lenang? macam tu ke? sampai sanggup buang dan hina keluarga demi suami yang baru dia kenal? Kalau kau baca benda ni,kalau ada apa apa jadi kat mak ayah aku aku takkan benarkan kau pijak rumah aku. Kalau mak ayah aku meninggal jangan sesekali kau pijak kubur diorang. Kau anak tak guna,kau tak kenang budi langsung. Sebab apa kau jadi macam ni? kerana harta dunia… kau sanggup buang keluarga, teruskan lah jadi anak derhaka. Jangan sampai kau datang meraung untuk mintak maaf masa tu dah terlambat dah.

Aku dah hilang abang dan kakak sekarang. Aku redha. Tuhan tahu semua ni, aku tak salahkan sesiapa. Kau tunggu jelah balasan kau nanti. Aku tengok je kesenangan yang kau dapat tu pergi takat mana. Kau buat apa apa benda tanpa redha kedua ibu bapa takde guna jugak. Kau dah guris perasaan mak kau sendiri,kau langsung tak mintak maaf kat dia. Nama kau selalu ada dalam doa dia,kau tunggu jelah balasan kau nanti. Terima kasih buat kami sekeluarga macam tu. Terima kasih jugak sebab buat anak kau takde atuk dan nenek .Aku harap kedua dua anak kau tak jadi anak derhaka macam kau.

Aku bukan nak buka aib sendiri tapi nak suruh orang di luar sana amik jadikan pengajaran.Orang lain takkan faham dengan apa yang jadi,tak perlu nak menunding jari kat mak aku. Kerana harta dunia keluarga boleh berpecah belah. Sebab apa? sebab kedua ibu bapa tidak berduit dan miskin. Hargailah mak ayah yang masih lagi hidup. Tuhan jelah tahu betapa sakitnya datang daripada keluarga yang berpecah belah ni. Doakan aku supaya aku dapat tempuhi semua ni dengan sabar dan redha. Aku berharap kakak aku dapat hidayah. Tapi satu je aku nak cakap perbuatan kau ni memang melampau. Aku tak pasti sama ada aku boleh maafkan kau ataupun tidak.

– Lavender

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *