Assalamualaikum readers,
This is my first confession ever sebab selama ni selalu jadi silent reader je. Perkenalkan diri aku, D.
Hari ni aku nak cerita pasal sahabat aku, Mira.
Okay, aku dengan Mira baru kenal jugak lah adalah setahun gitu. Dulu masa minggu orientasi T6, ingatkan dia ni jenis sombong dan memilih kawan tapi sebenarnya tak pon. Dia biasa je. Dia kawan je dengan semua orang sebab memang perangai dia jenis mesra alam.
Dia ni jenis happy go lucky, mudah terhibur, suka buat perangai tah pape, paling bising dalam kelas aka makcik joyah. Walaupun dia ni jenis huha huha, tapi dia ni humble gila do, sangat baik hati, suka belanja orang semualah. Dan disebabkan perangai dia yang macam nilah, ramai gila yang sayang dan senang dengan kehadiran dia. Aku pon sayang gila dah dekat dia dan boleh dikatakan rapat sebab satu class dengan dia ni.
Tapi takdir Allah, minggu lepas dia jatuh motor dengan member aku. Member aku tu nama dia Ain. Alhamdulillah, diorang okay. Ain tu ade lah luka-luka sikit dengan sakit badan belah kiri. Mira pon ada luka jugak kat kaki dengan tangan, tapi kat bahagian kaki yg paling teruk sampai MC 3 hari.
So, bila naik cuti MC tu, Mira masuk sekolah macam biasa cuma kitorang kena pindah class bawah lah sebab class kitorang kat atas. Yelah kesian kat Mira kena naik turun tangga.
Nak dijadikan cerita, naik je sekolah Mira dah tak macam Mira yang dulu. Dah tak happy go lucky, tak ceria, kurang gelak. Senang cerita, kitorang bosan bila dia diam sebab selama ni dia lah yang paling banyak cakap. Mungkin sebab sakitnya tu ade lagi kot dan dia tak fully recovery lagi. Tapi kitorang still usik and bahan sesama sendiri macam biasa.
Part dia senyap tu okay lagi sebab mungkin dia trauma ke kan tapi yang terkejutnya bila dia jadi macam clueless. Dia jadi macam tak kenal kitorang as her classmates. Dia siap tanya dengan sorang member aku tu, Izzati aka deskmates dia kan. Dia siap tanya, “Awak ni Izzati kan?”. Masa ni Izzati ni dah pelik dah.
Bukan tuje, dia seolah-olah tak ingat cikgu-cikgu yang ajar dia. Contoh; “Cikgu Usop yang tua-tua tu eh?”, “Cikgu ni yang ajar pengajian am eh?” dan macam-macam lagi lah benda pelik dia tanya. Aku ingat aku sorang je yang perasan tapi rupanya tak. Kitorang semua perasan. Kitorang sentiasa tanya dia okay ke tak? Dia jawab okay sambil senyum paksa.
Serius cakap, kitorang jadi sedih bila tengok dia macam tu. Yelah, orang yang paling bising, paling ceria dalam kelas tiba-tiba jadi ‘orang asing’ dalam kelas. Kau rasa?
Selain tu, dia jadi banyak termenung dan dia akan lambat respond bila orang tanya soalan dekat dia. Lagi satu, setiap kali member-member aku chat dengan dia, mesti dia akan cakap “jaga Ain baik-baik”, everytime. Lagi sekali kitorang pelik campur sedih, kenapa dia cakap macam tu. Kitorang cuma nak dia kembali macam dulu je.
Kitorang sentiasa doakan untuk dia supaya sihat macam dulu. Atas sebab tu jugaklah, aku nak mintak korang semua sama-sama doakan untuk dia cepat sembuh. Doakan dia supaya kuat untuk tempuhi semua ujian ni. Aku tau dia kuat dan aku percaya sebab sikap dia yang baik hati, Allah uji dia.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit