Assalamualaikum. Aku tak tahu nak cerita macam mana dekat korang. Aku takut korang judge aku sensitif and tak matang tapi aku tak tahu nak luah kat sape since ayah aku dah meninggal dunia tahun lepas.
Aku sebenarnya rasa kecik hati ngn mak aku. Sebab dy selalu cari salah aku. Tapi bila salah anak dy yg lain dy buat tak nampak.
Aku rasa mak aku pun ada kecik hati ngn aku sebab aku balas bila dy marah. Tapi kalau dy tk marah aku membabi buta ada tak aku nak balas balik?? Takde.
Aku tak pernah nk cakap tinggi2 ngn mak aku. Kalau mak aku ckp, aku akn diam n dgr sebab aku ikut perangai arwah ayah aku. Pendiam tp dlm masa sama kuat melawak.
Dalam kalangan adik beradik aku, aku anak yang boleh dikatakan klau mak aku suruh buat keje itu ini, aku buat dgn pantas berbanding anak dy yg lain. Mak aku tk nampak ke semua tu??
Kalau aku melawak dgn akak aku then aku panggil dy bodoh mesti mak aku marah
Tapi bila akak aku melawak panggil aku bodoh dy tak marah. Aku tak kisah sgt yg ni tapi kalau dh byk kali jadi aku rasa mak aku tak adil
Kalau time ayah aku ada aku tk rasa sgt sebab klau jadi mcmni aku ada ayah aku. Tapi sekarang aku ada mak aku je. Aku ni sape utk mak aku? Aku takde mak lain dah.
Benda ni semua effect aku punya confident level. Bila keluar je aku rasa org tk suka aku ke ea. Muka aku okay tak harini?? Sebab mak aku tk pernah pun puji
So, korang yg ada ayat2 yg boleh sejukkan hati aku mohon sila komen. Tapi, kalau takde n korang nk bgi negatif komen tolong jangan . Aku dh sedih ni mak aku mcm tak suka aku korang jgn nak menambah sedih aku.
– Z
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit