Hai readers dan admin. Terima kasih admin sebab sudi publish confessions aku yang lepas. Maaf atas shortform dan spelling aku yang melampau “opis” “buad”. hehehe. Ni confession aku yang last. Tujuan aku confess pun nak terangkan apa yang kurang sebelum ni, hehehe.
First aku nak terangkan lebih detail kenapa aku terima lamaran ex tunang aku tu walaupun aku baru kenal dia. Dekat office aku ada seorang lelaki yang pernah luahkan yang dia suka aku. Hari-hari kacau aku, sweet talker belikan makanan dan caring gila dengan aku. Tapi aku tak suka sebab dia laki orang. Yes dia laki orang dan aku bukan sejenis yang suka hak orang. Hehehe. So salah satu cara aku nak elak gangguan dia dengan bertunang dan ya lepas aku bertunang dia totally stop ganggu aku. Aman damai aku kat office. haha.
Berbalik kepada ex tunang aku. Kiteorang ni PJJ. Ex tunang aku kerja di KL dan aku di utara. Kiteorang akan berjumpa bila dia balik kampung iaitu di utara. Dalam 6 bulan hubungan kiteorang ada dalam 3 kali kami berjumpa. Setiap kali jumpa dia akan bagi aku check telefon dia. Segala media sosial dia aku check. Sebelum kiteorang tunang pun aku dah stalker dia habis habisan. Biasalah perempuan tak lepas dari kaki stalk. hehe. Dari kawan dia sampaila ex gf dia aku stalk.
Lepas sebulan kiteorang tunang , dia ada suarakan nak try officemate baru dia. Aku biarkan sebab aku anggap dia cuma bergurau. Aku tak halang dia berkawan cuma aku nasihatkan jangan sesekali sentuh hati dan perasaan perempuan sebab aku perempuan dan aku paham hati perempuan.
Ex tunang aku ni serius dan jenis cakap lepas dan cepat panas atau orang kata panas baran. Aku tak kisah sebab sayang kan. haha. Aku cligy. Tapi cligy aku bukan cligy 24jam sebab aku paham cara kerja dia. Aku cuma cligy bila dia kurang masa dengan aku. Aku nak tarik perhatian dia. Aku tak nak bila masing-masing sibuk akan timbul ruang untuk orang ketiga. Tapi itula dia yang wujudkan orang ketiga tu. Aku banyak kali terasa dan banyak kali gaduh dan memang salah aku terlalu hilang sabar sampai keluarkan perkataan putus dan buat ex aku ni hilang sabar. Salah aku cabar kesabaran dia. Aku mengaku.
Tapi sepanjang dia sakitkan hati aku sikit pun aku tak pernah terlintas untuk wujudkan orang ketiga. Malah aku sabar aku ketepikan ego aku dan anggap ni semua dugaan bertunang.
Kalau di ikutkan belah laki nak langsungkan majlis nikah masa hari raya baru baru ni. Tapi family aku tolak atas sebab kekangan masa. Kalau boleh aku pun tak sanggup tunang lama-lama. Aku trauma. Mungkin ada hikmah semua ni.
Lepas dia confess dia ada perempuan lain dia block semua laman sosial aku. Dia diam seribu bahasa. Dia tak terangkan pada family dia sampai sekarang. Dia tak terangkan yang dia ada perempuan lain dan dia yang curang. Sampai sekarang family dia seolah olah salahkan aku dan aku punca semua ni dan sikap dia ni yang buad aku kesal sampai sekarang. Tapi baru-baru ni dia mesej aku katanya nak jumpa dan nak explain semua ni. Bagi aku yang berlalu biarkan berlalu. Aku tak minta dia explain pada aku tapi berharap dia explain pada family dia. Aku tak nak family dia terus terusan negatif kat aku. Tentang budak perempuan tu memang betul dia ada penyakit yang boleh bawa maut sebab aku dah stalk habis dia. Ramai yang minta aku sound budak perempuan tu dan pertahankan hubungan kiteorang. Aku dah puas pertahankan dah puas kena maki segala. haha. Tentang budak perempuan tu biarlah sebab aku percaya tepuk sebelah tangan tak kan bunyik. Haaaa tepokkk ! Okey aku gurau. hehe
Sekarang dia dah bahagia dan terlebih bahagia. Aku redha.
P/S : Terima kasih untuk kata-kata semangat korang. Aku baca. Much love !
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit