Zaman Tunduk

Zaman menunduk. Bukan sikap zuhud. Tapi manusia-manusia yang kerap sangat sangat sangat tak berhenti melihat fon. Lebih-lebih lagi kaum lelaki yang sudah berbini malah yang ada anak. Yang uruskan anak… bini dia. Yang laki sibuk menunduk tengok fon. Lebih kerap terseyum depan fon berbanding tersenyum depan isteri. Bila fon lagi menyeronokkan dan dilayan..tinggallah isteri bersendirian mengurus anak bermatakan panda. Malam-malam anak menangis jarang-jarang dengar laki yang bangun urus anak.. Mungkin ada. Sujud syukur lah andai lakimu begitu.Memang perempuan ni telinga nipis ea..

Ke lelaki yang telinga tebal? Bukan setakat bangun. Bergerak pun tak. Adakah dalam konteks ini si isteri kena redha? Menyedihkan sungguh hidup seorang perempuan andai selepas berkahwin dijadikan hamba urus rumah dan anak. Ikhlas? Pandainye bicara ikhlas sedangkan goyang kaki dirumah. penat kerja? Si isteri juga penat kerja .balik rumah tetap kena kerja urus rumah lagi. Malam bagaikan siang tak berhenti penatnya. Alangkah baiknya si suami dapat bantu urus anak waktu malam. Tak takutkah suami bakal ditanya nanti tentang amanahmu?

Sekarang ramai isteri yang pikul tanggungjawab ketua keluarga. Tak malukah wahai suami? Dalam banyak hal lain..lelaki mudah tercabar.. Tapi dalam hal rumah tangga ibarat tikus. Bila kata lelaki dayus mulalah komen ramai perempuan masuk neraka. memang tak semua dan tak boleh pukul rata. Sehagian sahaja. Siapa yang makan cili dia terasa pedas. Ye setakat itu sahaja. Terasa tapi tetap tak buat dan terus tengok fon.

Dahulu sebelum berkahwin dilayan si isteri ibarat permaisuri. Selepas berkahwin ibarat hamba. Bila isteri dah penat dan stress urus rumah dan anak.. Masih adakah ruang untuk melayani si suami dengan lemah lembut dan penuh kemesraan? Dengan membiarkan isteri berdikari.. Jaga-jagalah suami andai isterimu angkat kaki.Masa itu kau hanya tinggal dengan fonmu yang kau peluk dari bangun tidur sampai tidur kembali. Kau kan tak perlu isteri.

Yang kau perlu hanya fon. Hanya kerana fon boleh retak rumahtangga. Nampak kecil tapi yang kecil itu cili padi. Ada suami macam tiada. Entah-entah bila angkat kaki lagi terurus isteri sebab tidak menguruskan suami. Suami pula tak terurus. Selama ni ada hamba yang menguruskan suami jadi serba serbi tak tahu bila kena tinggal. Ubah sikit perangai. Dahulu bukan main menggigil masa akad.. Sekarang tiada rasa menggigil ke azab neraka memanggil?

Si suami usaha keras mencari rezeki diluar tetapi rezekimu di dalam rumah dibiarkan lelah.. Dan si suami kadang buntu mengapa rezeki disekat. Muhasabahlah apa yang kau buat pada isterimu. Solatmu. Tanggungjawabmu. Didikan agama pada isteri dan anak-anakmu.

Bila anak dah besar lebih rapat dengan ibunya. Dan kau si suami bagai orang luar kerana tiada sentuhanmu pada anak. Bila kau sakit bukan fon yang pulihkan. Masa tu isteri kau yang tolong uruskan jaga makan pakai kau. Lagi menyedihkan masa kau sakit da tua nanti..kalau kau masih kekal dengan isteri kau lah.. Isteri pun da tua lah kan.. Tinggallah anak membantu. Tapi malangnya anakmu pun menunduk melihat fon seperti yang kau didik. Kau tak perasan anak mmbesar dan melihat kau menunduk. Nak menangis air mata darah tahan sakit? Semuanya da terlambat wahai si suami.. Anak mu sudah terbentuk

Bila tengok fon memang semua benda yang berlaku di sekeliling kita akan terlepas pandang. Sebenarnya si suami rugi tak dapat melihat saat-saat anak membesar (itupn kalau mereka ada rasa mcm tula) Kita takkan dengar apa yang orang lain cakap semasa melihat fon. (Ye.. Fokusla konon..) Maka bercakap lah si isteri keseorangan seperti bercakap dengan dinding. Sudahlah kepenatan..emosinya juga tidak dijaga. Begitulah nasib hamba yang bernama isteri.

Buat sama-sama. Yang jaga anak dan berjaga malam hanya isteri. Tak adil. Tunggu keadilan di hari paling adil. Mungkin ramai yang akan kata.. Kenapa tak bincang dan cakap dengan suami? Memang orang lelaki kena cakap ke nak buat semua benda? Prooooott anak berak. Tukarkan lah pampers. Uwek uwek… Anak nagis.

Bagilah susu. Penat isteri perah untuk stok anak. Jika isteri sukarela memberi susu badan..bersyukurlah wahai suami kerana isteri telah menyelamatkan poket anda. Tak bolehkah anda meringankan sedikit diri yang malas dan menunduk sahaja? Rasanya semua pembaca sudah tahu kenapa si suami tidak peka dengan keadaan anak.. Sudah tentulah kerana sibuk dengan fon nye. Cuba 3 minit lihat keadaan isteri. Kelam kabut ke sana sini urus rumah.masak. dll. Nak senarai terlalu panjang. Anda si suami dengan senang hati tengok fon berjam-jam. Tersenyum sorang2. Jangan hairan jika isteri tarik muka kepenatan kerana melihat anda bermaharajalela tetapi dia bermandi peluh.

Lihatlah di mana2 semua orang menunduk. Kurang komunikasi secara berdepan. Walaupun makan semeja. . Mata tetap tak bertentangan. Sebab semua menunduk. Hanya kerana fon…

Ambillah iktibar. Pada yang dah khwin bertabahlah isteri. Pada yang belum kahwin dan bakal berkahwin. Tanya pada bakal anda.. Sanggup tak nak jaga anak sama-sama. Tanya bakal suami tu depan-depan mak ayah korang masa interview nak ke arah berkahwin. Biar terketaq dia jawab. Biar dia ingat janji dia yang dia lafazkan depan bakal mak pak mertua dia. Kalau perlu sign satu surat perjanjian depan-depan biar mak pak mertua jadi saksi.. Bukan berkira ye pembaca sekalian.. Yang dah lalui akan faham. Yang goyang kaki memanglah takkan faham sebab mereka tak buat. Tak buat jangan bising.Buat dulu ye si suami.. nanti mesti korang akan bising.

Anak bukan beban.Mereka anugerah dari Allah.Tapi sikap malas suami jadikan anak dan berkahwin rasa beban. Berubahlah. Kasihani kami perempuan. Bantu kami rasa bahagia berkahwin. Bantu kami pulihkan rasa berbaloi bertarung nyawa semasa melahirkan. Bantu kami untuk ikhlas bekerja. Bantu kami mendidik anak-anak. Bantu kami uruskan rumah bermula dengan urus diri. Bantu kami untuk tak jadi derhaka. Kami nak ke syurga.Terima kasih andai ada suami yang membaca dan berubah. Kasihani isteri anda.

Jangan melenting kalau bukak tudung saji ada fon je bawah tu. Tu belum sentuh lagi bab yang menyeronokkan suami kat fon. Entah apa yang ditengoknye.. Orang lelaki ni group whatsapp nya lain macam sikit. Itu antara dia dengan Allah lah ye. Allah maha melihat walaupun kau sorok . Akhir sekali wahai lelaki tanya diri.. Nak kahwin sebab sayang atau sebab nak ada orang uruskan makan pakai kau?

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *