Assalamualaikum.. Ini kali kedua aku hantar confession dekat sini. Aku ibu kepada seorang cahaya mata berumur 6 bulan. Kalau tak silap aku, seminggu lebih yang lepas aku ada hantar confess tapi masa tu punya confess adusss macam perempuan gila hilang laki. Pun tajuk yang sama Dibuang Keluarga. Sebenarnya dekat situ aku letak Tanpa Tajuk tapi pehal bila da approve jadi Dibuang Keluarga. Patut la aku scroll cari cerita aku takda. Rupanya tajuk da kena tukar. Masa tu aku confess habis semua aku rungutkan. Kali ni takde apa aku nak rungutkan cuma ucapan terima kasih untuk semua pembaca dan pengomen. Terima kasih sudi membaca luahan aku dan meluahkan pendapat masing2 walaupun kita tak berjumpa dua muka.
Aku ikut beberapa cadangan yang ada dekat komen2 tu. Yang minta aku menangis bawah shower. Memang aku menangis,anak aku pun ikut menangis dekat ruang tamu. Aku biarkan je sebab aku sibuk berscrub badan, muka, belek itu ini sebab lepas tu aku nak bawa anak aku jalan2. Tapi takde la lama sangat dia meraung. Aku bukak pintu bilik air, tarik tilam dia depan pintu. Nahhhh tengok la mama puas2. Baru dia diam main permainan dia. Ada yang minta aku jadikan anak aku kawan. Sebelum ni aku layan dia macam bayi yang kena bagi susu lepastu main2 bagi susu balik main pastu tidur.
Untuk seminggu ni da berubah.Aku dukung anak aku sekali untuk buat kerja sama2 kecuali masak.Aku bercakap dengan anak aku,aku buat dia kawan paling rapat susah senang sama2.Bila aku bangun subuh,dia pun ikut bangun.Aku happy.Anak aku memang setiap kali aku bangun dia bangun.Aku bawa dia sekali baring sebelah aku masa aku solat.Lepastu aku guna kain batik buat macam kendong tu (ni pun ada sorang akak komen bagi cadangan) aku buat kerja rumah sama2 siap ambil angin pagi depan rumah.Kalau ada basikal memang aku kayuh pagi2 dengan anak sekali agaknya.
Aku selalu cerita dekat suami pasal keluarga aku,aktiviti aku biasa buat masa dengan family.Bercuti sana sini,makan2.Seronok tau meriah je.Suami aku cuma diam je tak ada respon hadap fon main game.Cerita dengan anak lagi best sekurangnya ada juga anak senyum2 ketawa.Hehehehe kelakar tapi bila aku tanya,sebab dari kecil tak ada pengalaman macam aku.Dibesarkan dengan ayah yang kaki pukul,mabuk,mak jarang ada dekat rumah.Jadi aku nak marah dia sepenuhnya pun tak boleh.Nak suruh ubah perangai pun da lambat sebab da tua (yang ni aku setuju sebab aku ada baca sorang akak tu komen camni juga) Nak aku mengamuk sakan pun da buat.Tapi tah la memang sekering2 hati.
Padahal aku tepek ayat pedas2 bisa perit memang berdosa betul ayat.Doakan suami aku lembut hati ya bantu aku sama2 kerja rumah jaga anak.Ada yang kata aku tak bersyukur suami suruh duduk rumah jaga anak,dia keluar cari duit.Bukan aku tak bersyukur,jiwa aku bukan untuk duduk rumah 24jam..Aku nak balik rumah mak ayah tapi aku risau mak ayah aku fikir bukan2 tentang suami aku sebab suami aku tak nak balik sama.Aku taknak mak ayah aku tahu buruk suami aku.Aku taknak mak ayah aku risau macam mana aku menjalani hidup sehari2 kalau aku balik sorang2.Sebab tu seboleh2 aku nak balik bersama dengan suami dan anak.InsyaAllah,aku akan usahakan sehabis baik untuk pujuk suami sama2 balik rumah mak ayah aku.
Mungkin betul juga,aku baru nak adapt perubahan suasana.Sebelum ni aku kerja dah ada jadual sendiri.Tiba2 aku terperuk dalam rumah,aku jadi bengang macam mendap.Aku taip ni pun,mil aku baru lepas tegur kenapa aku resign,kesian anak dia sorang kena kerja nak tanggung aku dengan anak kecil lagi.Adik ipar aku nak sambung belajar tapi aku tak kerja macam mana dia nak belajar.Aku suruh dia tanya dekat anak dia sebab kalau ikut aku,aku nak kerja lagi.
Komen aku masak lauk tak semenggah bagi anak dia makan cuma masak kicap dengan sayur.Mil aku komen dapur aku x cantik susun atur caca marba.Rumah tak ada oven macam rumah anak perempuan dia.Nampak sangat aku jarang masuk dapur buat minum2 petang katanya.Aku hehehehhe je.Malas nak jawap.Aku sakit hati dengan mil tapi aku buat pekak je sengih2.Kali ni datang lama pula sampai Raya Haji.Doakan aku diberi kesabaran berganda2 untuk buat pekak kalau ada cakap2 menyakitkan hati.Ni pun aku baca dari komen2 suruh aku buat dek je kalau ada komplen apa2.
Ada yang tanya kenapa aku tak ada kawan2 kan.Suami aku punya cemburu tak boleh kawal.Kad bank dia pegang,pergerakan pergi kerja balik kerja,whatsapp semua dia nak tengok.Dia tak berkenan dengan cara kawan2 aku menyembang terus di block nya.Fb pun guna dia punya.Jadi la aku tak ada kawan2.Kenapa dia jadi cemburu macam tu aku pun tak tahu.Masa kenal dulu tak ada pula macam tu.Ke aku yang tak perasan ek..
Baru seminggu lebih,tak ada banyak perubahan yang nak dijangka kan.Tapi aku jadi lebih tenang,gembira,syukur.Aku seronok anak aku bangun kalau aku bangun.Aku seronok sangat bila dia menangis kalau aku takde.Nanti aku jengah2 main cak2 dari dapur ke tempat dia baring golek2.Anak aku comel tau lesung pipit kiri kanan dagu lekuk.Pipi macam hamster kembung je.Aku seronok sangat bila aku buat kerja rumah,anak aku melekap dekat dada aku.Aku menyanyi,zikir,bertasbih,bersembang dengan anak aku sampai dia tertidur.
Mungkin bosan agaknya dengar aku bebel kan.Ada 1 komen aku baca,minta aku redha dan berdoa.Sentiasa berdoa kepada Allah.Itupun aku buat.Aku belajar untuk redha.Aku hadap phone menaip ni pun anak aku sama juga sibuk meniarap depan muka aku nak tengok dengan air liur meleleh2 tangan capai2 fon tarik rambut aku.Yela2 habis confess ni kita siap2 pergi cari cendol dengan rojak ajak nenek sekali ok..mama nak ucap terima kasih dekat kawan alam maya mama.Harap2 berkekalan la ketenangan jiwa yang mama dapat ni.
Untuk mereka yang berkata bukan2 tentang aku,gelar aku pemalas,gelar aku tak matang mengada sendiri cari penyakit,baru anak sorang da stress macam ni,bandingkan life mereka dengan aku,anak 7,8orang masih boleh kawal emosi,maaf aku bukan seperti kalian,Alhamdulilah mereka berjaya besarkan anak 5,6 orang tanpa rasa seperti aku.Aku terima seadanya dan aku maafkan kalian.Jika aku masih bekerja,aku akan menjauhkan diri dari orang seperti mereka kerana bila diluah apa yang terbuku dalam hati tetapi respon yang diberi seolah menambah cuka diatas luka yang mungkin kecil tapi dengan cakap2 begitu boleh buatkan luka jadi makin besar.
Untuk makcik Norizan,peluk peluk peluk untuk makcik..terima kasih makcik.Terasa seolah meluah dekat mak.Saya baca banyak2 kali komen makcik.Ulang2 baca rasa macam da hafal..Terima kasih makcik..doakan sy dapat pujuk suami sy balik rumah mak saya sama2.Mak sy masak sedap sangat lagi sedap dari mil sy masak.Mak sy tak pernah merungut macam sy.Mak sy brcakap yg baik2 positif sahaja.Rindunya kat mak sy..Assalamualaikum..
Mama nak cari cendol dgn baby.
– Mama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit