Aku Belajar Erti Cinta Sebenar II

Assalamualaikum.

So kalau korang ada baca kisah aku sebelum ni, aku Tehah. Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua yang bagi kata2 semangat and yang paling aku terharu,yang mendoakan arwah mak dan ayah aku. Thanks sangat guys, aku sngt hargai semua tu.Tapi ada jugak aku terbaca komen yang mengatakan aku buat2 cerita tu. Aku x pasti nk marah or gelak. Duh bro, aku bukan kaki drama tv3 mahupon penggemar novel2 cinta,kau baca la ayat aku pon jauh sekali dengan ayat karangan novel. Aku paham,mungkin kau pernah kecewa teruk dengan cinta, but just because kau x jumpa lagi cinta yang sebenar tak bermakna cinta tu tak wujud, apatah lagi menafikan rasa cinta orang lain. Serious aku agak terkilan dgn kenyataan bro tu.Aku tak pasti kalau kau rasa cerita mak aku tu rekaan semata2, just because kalau kau di tempat mak aku,kau takkan sanggup bertahan jaga pasangan kau. But one thing for sure, Kisah mak aku ni bukan dongengan di waktu lapang untuk menghiburkan hati mana2 pihak yang kebosanan.

FYI, apa yang aku ceritakan sebelum ni hanya sedikit dari kisah sebenar mak ayah aku. Tapi wallahi takde satu pon yang aku ceritakan tu rekaan. Kecuali nama aku la, of course la Tehah tu just nama samaran aku je. Nama sebenar aku jauh beza kot hehe. And kalau aku ceritakan semua kisah mak ayah aku, konfem2 semua tuduh aku penulis skrip drama sebab terlampau banyak sangat dugaan yang korang akan fikir aku buat2 cerita. Dan ada juga yang aku decide x ceritakan kepada umum demi menjaga aib sesetengah pihak.

Sebelum ni aku dah rasa hidup yang mewah, dah rasa hidup yang susah bila mak ayah aku sakit. Untuk sambung belajar pon aku tak ada duit, yuran aku masa tingkatan 5 nak spm pun mujur ada insan yang baik hati tolong bayarkan. Sampai sekarang aku kenang jasa dia. Nak sambung belajar masuk u pon, aku kumpul sendiri duit aku dengan kerja sambilan masa lepas SPM.Tapi alhamdulillah, sejak mak ayah kami meninggal, rezeki kami adik beradik mengalir laju. Aku dapat sambung belajar di universiti yang terbaik dlm negara, dapat secure scholarship, sumbangan orang untuk kami adik beradik pon x pernah putus. Lebih dari keperluan kami.Mungkin ni balasan yang Allah bagi untuk mak ayah aku. Kan Dia dh ckap,segala kebaikan yang kita buat walau sekecil zarah akan dibalas balik. Mungkin segala yang aku dapat ni adalah ganjaran allah untuk mak ayah aku. Mereka tak sempat rasa, anak cucu mereka yang dapat manfaat.Walaupon mereka x sempat tengok adik2 masuk universiti, x sempat tgok kami dewasa, tak sempat tengok kami berkeluarga, tapi Allah jaga kami jadi mereka tak perlu bimbangkan kami kat dunia ni. Pendek kata, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang walaupon nikmat memiliki orang tua aku dah ditarik.

Rumah yang kami duduk pon Alhamdulillah memang harta ayah kami yg kami warisi. Banglo. Abang aku cakap,Dulu orang pelik,kenapa ayah aku nak buat rumah besar2, tahu apa jawapan ayah aku? Tidak,ayah bukan mahu menunjuk2. Ayah aku kata, takpelah buat rumah besar. Nanti bila kami adik beradik esok2 dah besar dah ada keluarga dapatlah pulang berkumpul ramai2 kat kampung. Mungkin masa dia ucapkan ayat tu, tak pernah terlintas pun dia akan pergi dulu sebelum sempat melihat kami menjadi dewasa. But that’s alright. Janji kami untuk pertahankan rumah yang ayah bangunkan hasil keringat ayah. Even masa ayah sakit dan tak punya apa2, semua orang desak ayah jual rumah ini. Tapi ayah berkeras tak nak,mungkin ayah tahu yang duit kejap je boleh habis. Tapi rumah ni, sampai anak cucu cicit insyaAllah akan dapat manfaat.mungkin sebab rumah kami yang besar ni jugak ramai orang tak percaya bila kami cakap kami takde duit.

Mak aku pernah mohon bantuan zakat untuk ayah. Punyalah lama proses. Setahun lepas ayah aku meninggal okay baru dapat duit zakat ayah aku. Setahun selepas, bukan setahun sebelum.Aku bukanlah arif sangat, tapi aku harap sangat pihak pengurusan zakat dapat upgrade lagi. Banyak lagi orang susah diluar sana yang betul2 memerlukan.

Ayah aku seorang yang sangat baik, banyak sangat kawan. Ramai yang kenal ayah aku. Tapi tu masa dia sihat. Masa dia sakit,hanye berapa kerat je yang peduli dengan ayah. Even anak saudara sepupu sepapat raya pon tak berkunjung melawat ayah sakit. Bukan semua, tapi kebanyakan.Padahal masa ayah sihat dulu, tiap kali raya rumah kamilah yang paling meriah sebab ayah akan masak gulai daging lembu, kambing, ayam dalam kawah besar. Nasi beriani, lontong semua ada. Semua pakat2 datang rumah kami. But then masa ayah aku sakit? Dammit susah aku nak maafkan.

Mak aku pernah mintak bantuan nak pinjam duit dari kawan baik ayah sebab terlampau terdesak untuk makan kami adik beradik, isterinya tuduh mak aku nak rampas suami dia. Padahal sebelumnya mereka suami isteri rapat je dengan arwah mak ayah aku, dari mana entah datangnya tuduhan tu. Aku harap dia menyesal cukup2 sebab tak sempat minta maaf dengan mama aku. Maaflah aku bukan manusia yang baik, nak memaafkan segala apa yang orang buat dekat mak ayah aku bukan mudah. Tapi moga suatu hari nanti aku terbuka hati. Mohon doakan aku. Dan kepada saudara mara and kawan mak ayah aku yang setia di sisi mak ayah aku masa susah, semoga Allah balas jasa baik mereka. People like them are one of the reasons why Heaven does exist :)

Ada juga yang komen sebelum ni suruh aku kasi nasihat untuk orang2 kat luar sana yg hadapi ujian yang sama. Aku bukanlah orang yg tepat untuk memberi nasihat sebab aku taklah setabah mak aku, in fact dah banyak air mata aku tumpah semasa remaja aku dulu melihat mak ayah aku. Tapi if there’s something yang aku boleh nasihatkan to the young me, aku akan cakap, walau sesusah mana pon ujian tu, kau takkan mati sebabnya. Hidup perlu diteruskan dan masa takkan tunggu kau. So pick yourself up, fight for your future pulak. Yang dah berlalu biarlah berlalu.

Yang pastinya, hidup aku x seindah orang kat luar sana yang merasa ada mak ayah sampai mereka dewasa. Ayah aku start sakit waktu aku umur 11 tahun. So tak banyak memori aku dengan ayah aku, sebab tu dalam confessiom aku sebelum ni aku banyak cerita pengorbanan mak aku. Because aku x sempat ‘kenal’ ayah aku. Tak sempat borak seorang ayah dan anak perempuan. Tapi aku takkan pernah lupa macam mana baiknya ayah. Sebab aku satu2nya anak perempuan dia, so dia sangatlah manjakan aku. Tapi kami adik beradik tak rapat sangat dengan ayah, sebab ayah jarang ada kat rumah.

Dia kerja jauh and balik pun jarang2. Kalau dia balik, memang masa dia akan spent dengan keluarga dan kerja dia still dia buat masa lapang di rumah. Betapa dia sngat kuat bekerja. Sampai tahap masa dia kena strok, tangan kanan dia yg mula2 efek teruk. Sebabnya? Ayah aku kerjanya berkait dgn seni pertukangan dan pembuatan. So alatan pertukangan tu memang sinonim la. And of course la bila bertukang, ayah memang akan guna tangan kanan sepenuhnya. Sebab tu kot bila dia kena strok, tangan kanan dia yang mula2 lemah. Ayah aku memang berseni sangat orangnya, aku je tak menurun ayah aku hehe.

And ingat tak yang aku cerita pasal ayah aku meninggal? Masa ayah aku meninggal , aku boleh overcome sikit rasa sedih tu sebab macam aku cakap, aku memang dah lama bersedia zahir dan batin aku sebab ayah dah sakit lama. Tapi mak aku? Allahh memang aku sangat terkejut, terkesima. Sebab mak aku secara zahirnya nampak sihat je. Selalu la jugak dia mengeluh sakit belakang, sakit urat. Tapi aku pikir tu bende biasa. I mean, aku x terpikir yang sakit belakang boleh jadi punca kematian. Padahal petang sehari sebelum mak aku meninggal, aku temankan mama pergi klinik. Doktor dah cucuk ubat tahan sakit. Dan malam tu sakit mama dah reda sikit dari sebelumnya, siap suruh aku masakkan maggi sebab lama tak makan katanya, teringin. Malam tu aku urut belakang mama dan sakit dia kurang sikit.

Pagi esok tu masa subuh, mak aku siap boleh berjalan lagi. Tutup2 suis lampu, masatu aku tidur kat ruang tamu. Mama baru lepas solat subuh dan tahajud sebelumnya. Lepas tu macam biasa, mama akan hantar adik2 pergi sekolah. Kecuali pagi tu.Aku masatu tengah cuti sem and jangan kata kenapa aku je x hantar adik2 pergi sekolah sebab aku tak pandai bawak kereta. So around 6.30 tu aku bangun la, naik tingkat atas sebab nak solat kat bilik aku. Tiba lepas aku solat, mama aku telefon aku. Mama masatu kat bilik dia tingkat bawah. Dia suruh aku turun tolong urutkan belakang dia sebab sakit yang teramat. So aku pon turun la, urut mama sambil berselawat. Nampak jelas mama tengah tahan sakit yang teramat sambil mulut duk memanggil2 nama Allah.

Aku masatu dah tak tahan sangat tengok mama sakit, aku cuak sebab tak sedap hati. Then that’s it, dalam masa beberapa saat, mama pergi menghadap Ilahi depan mata aku. Lepastu terus aku call abang aku yang belajar kat KL masatu bagitau mak dah meninggal. Perasaan menyesal aku masatu? Usah cakap. If only i knew, i would have said how much i love her as my last words to her. Sebab tu kalau kau sayang sesseorang, jangan bertangguh nak ucap. Gambar dengan mama sewaktu aku ramaja pun aku takde. Sebab aku malu and tak biasa nak selfie2 depan Mama. End up tu benda yang aku paling menyesal, frustrated smpai sekarang. Aku takde kenangan gambar dengan mama ayah, melainkan gambar sewaktu aku kecik dulu. Selain dari tu, aku hanya save as memori dalam otak aku. Semoga aku ingat sampai ke tua.

Apart from kisah mama aku, aku harap sangat korang x pandang ringan sakit belakang ni. Mak aku banyak kali pergi hospital,check darah check x ray but doktor cakap mama takde penyakit kronik apa2. Tapi sakit tu, hanya Mama yang tahu dan menanggung sendiri. sampai sekarang pun penyakit mama yang sebenar kami tak tahu. Tapi mama memang ada darah tinggi dan tahap kolestrol tinggi. Sebab tu mama selalu puasa sunat sebab nak jaga pemakanan. Dalam sijil kematian mama just tulis serangan jantung. Mungkin la kot, sebab ada berkait dgn darah tinggi kan. Wallahualam.

Okay lah,aku rasa cukup la setakat tu kisah aku. Aku tak nak la buat sekuel lagi lepas ni. So guys, kalau korang rasa down, pikir satuuuu je benda, kau masih ada mak ayah. Mungkin sekarang kau rasa biasa, but we only know the true value of something once we lose it kan. Exactly. Macam aku.

Or for those yang dah takde mak ayah macam aku, jangan risau. Kita hidup kat dunia ni cuma sebentar. People come and go. Kalau tiba saat kau takde sape2, Allah nak ajar kau untuk kuat hidup sendiri, tak bergantung dengan sesape selain dia. Kau hilang orang yang kau sayang, akam tiba satu masa Allah gantikan orang lain yang kau sayang dan sayangkan kau.But for now macam aku, mujur aku masih ada adik beradik. Alhamdulillah. Takdelah aku seperti kanak2 di syria, hilang semua ahli keluarga yang pada hari semalamnya sihat sejahtera, dapat gelak bersama tapi dalam sekelip mata meninggal di bom regim Basyar laknatullah. So macam aku cakap, ada lagi yang lebih kurangbernasib baik dari kau. Mungkin kau rasa aku kurang nasib baik dari kau, jadi aku pandang saudara aku di syria, palestin. And I realized I am still blessed :)

Sekian wasalam. Maafkan aku seandainya ada yang terkasar bahasa sepanjang penulisan aku. Semoga kalian yang membaca dapat ambil sedikit sebanyak pengajaran dari kisah yang aku kongsikan insyaAllah. Doakan juga kesejahteraan ibu ayah aku ya. Terima kasih :)

– Tehah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *