Salam dan hai. Nama aku Farah, umur 30 tahun, mempunyai degree, suri rumah dan mempunyai business bahagian cucian. Aku lah kuli dan akulah bos nya. Apa yang aku nak ceritakan tentang yang jadi pada aku minggu lepas.
Minggu lepas aku ada buat satu job cucian di Pejabat. Oleh sebab task aku adalah untuk mencuci, jadi aku datang dengan berpakaian baju tshirt dan seluar tracksuit. Yelah takkan nak pakai baju kurung pulak kan. Hehe.
Nak dijadikan cerita, dalam office tu ada sorang executive dan a few staff lain. Yang aku rasa agak terkilan bila waktu executive ni lalu dikawasan yang aku buat cucian, dan nampak kami pandang, akan tetapi tiada senyuman atau apa-apa. Macam buat muka kerek lah orang kata sambil check hasil cucian kami.
Dan agak berbeza dengan sorang makcik cleaner tetap disana, siap tegur dan beramah mesra lagi dengan aku. Yelah kerja kami pon sama bersihkan kawasan office tu. Aku cuma sedikit terkilan sebab kenapa sesetengah orang terlalu mementingkan darjat untuk bergaul.
Sama juga masa aku datang untuk ambil payment, seperti memandang rendah pada ku dan buat bodoh sahaja waktu aku didepan mata. Jadi aku seperti kurang selesa sedikit. Aku tak mintak lebih, atleast ada interaction between us sahaja.
Nasihat ku untuk yang berjawatan tinggi, janganlah kamu memandang rendah pada makcik-makcik cleaner ke or sesiapa pon. Macam aku pon bukan taknak kerja yang nampak cantik-cantik itu semua, tapi mungkin rezeki ku dibahagian business, dan syukur dalam masa 3 hari, income boleh capai dalam RM800 kadang-kadang. Jadi jangan lah memandang hina walaupon orang tu selekeh ke apa pon. Sebab kita semua pon bukan sesiapa masih hamba Allah yang jahil. Maaf atas keterlanjuran bahasaku. Doakan aku sentiasa dimurahkan rezeki. Terima kasih.
– Farah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit