Mengalah Tidak Bermakna Kalah

Nama aku Cahaya. Aku ni dah tua dah, lagi 2 tahun nak 40. Macam-macam dalam hidup ni aku dah tempuh dari kecik sampai la dah bangka ni. Tapi, apa yang aku tak boleh nak hadam adalah, masalah yg kebelakangan ni jadi kat tempat kerja aku. Tempat kerja aku ni, kalau siapa-siapa yang pernah join, ia bukan sekadar tempat mencari rezeki, tapi, kawan-kawan sekerja ‘most likely’ lebih dari sekadar kawan dan kami semua seperti sebuah keluarga kecil yang saling menyayangi.

Tapi, itu apa yang aku rasa 2 tahun kebelakanglah, bukan sekarang. Ye lah, masa bisa merubah segalanya. Masa menukar-ganti struktur posisi kerja antara kami. Masa merubah manusia-manusia di sekeliling kami, dan..masa juga merubah ‘how people react and response to each other accordingly’. Semuanya tentang masa.

Apa yang aku nak confess kat sini, kekesalan yang aku panjatkan tentang sebuah PERSAHABATAN.

Terus terang, aku lebih senang dengan ‘batch’ aku yang dulu. Small legacy yet full of love among each other. Tiada jejaka perasan, tiada ‘Ah-soh’ celupar/batu neraka dan tiada makcik-makcik bawang. Tiga perkara ni betul-betul mempengaruhi pasang surutnya kestabilan emosi aku seharian di tempat kerja.

1. Jejaka Perasan Seantero Dunia

Aku harap ko baca ni wahai Jejaka. Aku nak kau tahu, aku adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga yang dikelilingi dengan adik beradik lelaki. Adik beradik mak aku ada 14 orang tapi entah takdir atau kebetulan, makcik pakcik aku pon anak-beranaknya hanya si sulung perempuan dan yang lain-lain lelaki. Kepada orang-orang yang tidak mengenali aku, mungkin aku dikatakan ‘sombong’ or ‘gedik’ tapi Lillahi, aku hanya jadi aku, suka benda simple. Orang lelaki sifatnya ‘simple’. No drama.

Bila aku kawan, aku kawan dengan ikhlas. Bukan dengan kau je, dengan semua orang pun. Tapi, bila sampai masa kau boleh ‘twist’ semua benda, menambah perisa cerita untuk ‘impress’ orang sekeliling,..demmit, you are nothing more than an ingratitude LOOSER,dude! Walaupun aku rasa sangat dimalukan, tapi aku doakan Allah tutup rapat aib kau dan kau temu cara dalam membuktikan siapa diri kau sebenarnya. Al-Fatihah untuk kau..sebab kau dah lama mati untuk aku.

2. ‘AhSoh’ mulut celupar/batu neraka..eh?!

Kasar bahasa aku untuk ‘AhSoh’ ni, tapi itu je yang boleh aku simpulkan tentang dia. AhSoh ni, aku tak faham apa silapnya. Nak kata aku kawan dengan dia, gitu-gitu je lah, kawan kerja, kawan makan sama-sama. Somehow, aku perasan ada benda tak kene dengan dia ni sebab selalu sangat ‘highlight’ nama aku untuk ‘trigger’ sesi gosip dalam setiap conversation dia ngan kawan-kawan aku (of course lah masa aku takde).

Nak kata aku kacau laki dia..nayyyyyhhh…taste aku bukan Cinos. Aku pernah cuba korek punca, jawapan yang aku dapat agak mengejutkan…percaya atau tidak…antara sebabnya adalah kerana ‘Jejaka Perasan Seantero Dunia’..defak kan? kan? kan? Aku tak boleh nak ‘brain’ alasan yang ni, tapi makin hari bertubi serangan secara perseorangan yang ‘AhSoh’ ni lancarkan yang mana sehingga kini aku tak dapat nak ‘relate’ atas kesalahan aku yang mana si ‘AhSoh’ ni berdendam sangat dengan aku. Ada satu masa, bos aku panggil jumpa and kata “Apa la masalah kau dengan dia ni? Dia mengadu macam-macam tentang kau sampai ke Manager, sampai ke HOD. Datang lambat lah, itu lah ini lah…blablabla aku sendiri tak faham”

Tak habis dengan tu, AhSoh ni terkenal dengan kaki penyampai berita berserta kaki laga dan tahap kepakarannya mengalahkan Melodi TV3. Dah elok aku ada kawan-kawan hidup dengan harmoni tapi semuanya musnah sebab mulut si puaka ni. Manusia kan, sekali mungkin boleh abaikan, tapi kalau dah bisikan SyatonirRajim ni hari-hari menerpa telinga, terpengaruh la juga. Dapat pulak dak AhSoh yang lengkap dengan sistem ‘jilat’ dalam pakej ‘All in One’, fuh, kawan baik yang dulu tidur sama boleh tarik muka, sanggup duduk luar kedai janji tak semeja, till hari ni, dah masuk 7-8 bulan tak bertegur sapa….hebat kan dak ‘AhSoh’ punya angkara?

3. Makcik-makcik bawang

Yang ni, kat mana-mana pon ada manusia begini. Kalau dulu, kita klasifikasikan makcik-makcik bawang ni hanya kepada perempuan, tapi, di akhir zaman sekarang, mulut lelaki lagi teruk dari perempuan. Aku tau, confirm ada antara korang yang angguk kan? Kan? Kan?

Ok sambung. Makcik-makcik bawang ni, adakalanya bagus. Bagusnya bila dia menjadi ‘the centre of information’. Kau takyah pegi jauh-jauh untuk mendapatkan perjelasan tentang sesuatu perkara. Kau seakan ada ‘dashboard buletin’ bergerak untuk sesuatu info yang sampai kat telinga kau. Apa yang tak best tentang makcik-makcik bawang ni adalah sekiranya info tu adalah tentang diri kau sendiri. Makcik bawang ni perkhidmatannya macam dia adalah seorang rakan yang sangat concern atau ambil berat terhadap diri kau dengan ikhlas. Tapi, wahai anak Adam, usah lah kau tertipu kerana itu adalah modus operandi beliau, dan informasi tentang kau, masalah kau dengan berdesupnya akan dipancarkan kepada manusia sejagat. Stress aku!

Solusi…

Aku anak sulung. Tegas itu pasti tapi nature anak sulung ni biasanya banyak mengalah dalam setiap benda. Kau mengalah dengan emosi Mak Ayah kau yang sentiasa menuntut kematangan walaupun kau belum bersedia. Kau bertoleransi dengan setiap perkara yang dicipta oleh adik-adik dan kebanyakan masanya kau hanya mangsa keadaan. Kau mengalah dengan setiap benda dalam dunia. Mengalah ini untuk aku bukan sesuatu yang lemah. Tapi, mengalah ini adalah untuk kebaikan orang-orang yang sekeliling yang kau sayang. Buat apa nak gaduh-gaduh. Kita masing-masing makin tua, Mati makin hampir menjemput kot.

Masalahnya, dak ‘Ahsoh’ ni, makin aku diam, makin dia melompat-lompat atas kepala aku. Haih. Nak lawan balik, awal-awal aku angkat bendera ‘putih’ sebab aku tau, kebusukan hatinya takkan aku dapat capai walaupon #siscuba.

Sehingga semalam, aku berperang dengan suara kecil dalam hati aku, dalam kepala aku, apa aku nak buat dengan manusia-manusia sebegini. Boleh kurus tak makan aku sebab selera makan aku betul-betul ‘off’ bila ‘AhSoh’ dan Makcik Bawang bergabung tenaga dalam satu masa.

Dan malam tadi, aku seakan dapat jawapan. Kita kembali lah kepada fitrah, berserahlah pada yang Hak. Hati manusia dan manusia itu sendiri milik yang Esa. Kalau Allah boleh menimbulkan rasa benci dalam diri mereka, maka, Allah jua berkuasa untuk menyalurkan kasih dan sayangNya.

Maka, kepada manusia-manusia di atas yang wujud di sekeliling aku, seandainya anda seorang Islam/Muslim, aku sedekahkan Al-Fatihah buat kalian setiap kali hati aku sakit dan telinga aku berdesing dengan kata-kata sindiran yang dilontarkan. Dan buat ‘Ahsoh’, aku bacakan Surah Al-Kafirun buat kau. Walaupun kita berlainan fahaman, tapi aku percaya, tiada agama di dunia ini yang menghalalkan permusuhan dan menggalakkan sikap hasad dengki sesama insan.

Moga berkat bacaan aku ni, dosa-dosa kita sama-sama diampuni Allah. Aku berdoa moga Allah gantikan kesedihan aku, dengan kebahagian hidup yang lebih besar di hari mendatang dan mana tahu Allah ‘plot twist’ kan aku ini menjadi sebahagian di antara orang yang paling korang sayang di dunia dan akhirat satu hari nanti, InsyaAllah. Kun Fayakun…. kalau Allah kata Jadi, maka Jadilah! Till then, watch your word and action.

Salam sayang,

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *