Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan kisah yang bakal aku ceritakan. Semoga cerita ini bakal memberi tauladan kepada kita semua.
Ceritanya mengenai jiran nenek aku. Nenek aku tinggal di sebuah kampung di salah satu negeri Pantai Timur. Aku gelarkan jiran nenek aku sebagai makcik M. Makcik M ni boleh dikatakan ramai anak tapi aku tak pasti berapa orang mungkin dalam 5 orang keatas. Kehidupan makcik M sebelum ni taklah seteruk mana semasa arwah suaminya masih ada tapi semuanya berubah setelah suaminya meninggal dunia. Anak-anaknya sudah tidak ambil tahu pasal makcik M ni dan untuk pengetahuan semua rumah makcik M berdekatan dengan 3 orang anaknya iaitu hadapan rumah dua orang dan sebelah kanan seorang.
Kebiasaan aku tengok kalau rumah anak-anak dekat dengan rumah mak ayah,kehidupan mak ayah lebih terjaga samada dari makan pakai atau dari segi kasih sayang tapi makcik M ni anak-anak dia seolah-olah menganggapnya tak wujud. Ketiga-tiga anaknya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya tidak benarkan makck M datang tumpang tidur ke rumah mereka ataupun tidak memberi duit untuk perbelanjaan harian makcik M. Jadi makcik M akan datang ke rumah nenek aku untuk meminjam duit untuk beli nasi bungkus waktu pagi dan malam sekali. Dia tak boleh masak sebab tak ada peti sejuk untuk simpan lauk-lauk semua tu.
Nenek aku memang bagi setakat yang mampu, kalau nenek aku tak cukup duit tak dapatlah nak bantu dari segi kewangan tapi nenek aku akan bagi lauk yang dah siap masak untuk makcik M. Duit Pencen? ya memang duit pencen ada tapi kad bank anak-anak yang pegang sampai makcik M tak sempat merasa pencen yang diterimanya setiap bulan. Ada satu hari tu makcik M datang rumah nenek aku,dia cakap duit pencen bulan ni nak beli mesin enjin air rumahnya. Nenek aku dah pesan jangan berharap apa-apa sebab kad bank tak ada dengan dia. Petang tu mak saudara aku bawa dia ke bank untuk keluarkan duit di kaunter, pegawai bank tunjuk dalam akaun memang tak ada duit jadi makcik M tak boleh buat apa-apa transaksi lah. Makcik M terus meraung di meja kaunter bank depan orang ramai semua. Menangis sambil cakap “duit aku duit aku,kenapa ambil duit aku”. Nenek aku dah pesan jangan bagi kad bank ke anak-anak tapi katanya kesian kat anak maka ini lah yang terjadi.
Rumah makcik M tak ada air jadi nenek aku sambungkan paip rumah dia ke rumah makcik M supaya senang makcik M nak guna untuk mandi semua. Tadi dalam pukul 9 malam aku nampak makcik M jalan sambil pegang bantal dan beg baju untuk tumpang tidur rumah nenek aku tapi sebab dia nampak aku tengah duduk kat tangga dia terus ubah haluan ke rumag mak saudara aku. Mungkin dia malu dengan aku.
Aku pulak malam-malam tak nampak orang, aku bagitahu nenek aku,nenek aku cakap makcik M takut tidur sorang-sorang jadi dia nak tunggu anak perempuan dia yang sorang lagi datang ambil dia tapi janji tinggal janji,aku cuba husnudzon anak dia tu ada hal penting sangat. Makcik M nak pergi rumah anak dia yang kat depan tapi anak dia tak nak makcik M tumpang tidur jadi anak dia kunci pagar awal-awal lagi. Makcik M nak ke rumah anak dia sebelah kanan tapi anak dia yang tu pun tak nak benarkan makcik M tumpang padahal anak dia yang tu kaki masjid pakai tudung labuh. Ya aku tahu tudung bukan ukuran tapi kita akan menganggap orang seperti dia tahu hukum hakam tentang apa akibat buat ibu kandung macam tu. Mungkin makcik M pernah buat sesuatu yang menyakitkan hati anak-anak sebelum ni tapi sedarlah kamu itu adalah ibumu,syurgamu bawah tapak kakinya. Kalau betul dia tak suka makcik M tumpang tidur,apa salahnya dia minta salah seorang anak dia yang temankan makcik M. Berbalik pada cerita Makcik M tadi,lepas aku nampak makcik M masuk rumah mak saudara aku, salah seorang anak perempuannya yang tinggal depan rumah makcik M datang ke rumah nenek aku tanya makcik M ada datang nak tumpang tidur kat rumah nenek aku tak jadi aku jawab aku nampak makcik M naik rumah mak saudara aku. Anak dia balas “nak tidur rumah orang merata je kerjanya”sambil marah-marah dan pergi ke rumah mak saudara aku.
Dalam 10 minit anak dia keluar bersama makcik M di belakang, aku dengar anak dia membebel marah-marah dengan ayat yang aku tak jelas. Mungkin dia malu sebab makcik M tumpang tidur rumah keluarga aku tapi semua tu takkan terjadi kalau anak-anak tak pentingkan diri sampaikan ibu sendiri terpaksa menumpang tidur rumah orang lain. Nenek aku minta aku panggil makcik M biar makcik M tidur dengan dia tapi aku tengok rumah makcik M gelap aku panggil tak menyahut jadi aku rasa makcik M tumpang rumah anak dia yang tadi kot. Aku tak boleh nak ajak takut anak dia yang tu fikir aku apa pulak kan.
Aku tak tahu cerita sepenuhnya tentang makcik M cuma nenek aku selalu bercerita mengenai dia kesusahan dia. Kadang-kadang makcik M cakap dia cemburu tengok nenek aku yang dikelilingi anak-anak dan cucu yang sayang dengan dia sedangkan dia menunggu di tepi tingkap tengok kami tengok orang lalu lalang sambil tunggu anak-anak datang menjenguk.
Anak-anak, ya ibu bapa kita bukan maksum. Ya betul ibu bapa kita ada melukakan hati kita tapi seburuk-buruk mereka,mereka tetap ibu bapa kandung kita. Mereka sudah tua tiada apa yang mereka inginkan kecuali kasih sayang dan perhatian anak-anak. Takkan nak tunggu mereka dah tiada baru lah nak terpekik terlolong menangis meratap,masa tu dah tiada guna. Berbaktilah selagi mampu kepada mereka.
Kepada anak-anak makcik M tolonglah kasihankan ibumu,kalau korang semua baca ni tolong berubah. Kasihan makcik M menagih kasih sayang korang. Kalau betul lah makcik M pernah buat benda yang menyakitkan hati korang, selesaikan cara baik jangan seksa ibu kandung macam tu. Ramai lagi insan lain yang rindukan belaian ibu korang kira beruntung masih punyai ibu yang boleh mendoakan korang. Kalau korang baca ni dan marah kenapa tak tegur depan-depan berbanding bercerita kat media sosial. Meh aku nak tanya sikit, korang bodoh bebal sangat ke sampai tak boleh nak fikir apa yang korang buat tu salah?kalau tak boleh fikir lagi gamaknya korang ni….. aku malas nak sambung.
So guys, aku cuma nak berkongsi cerita ni kepada korang semua. Ada insan tengah bahagia di usia senja tapi masih ada insan yang dipinggir anak sendiri. Semoga ianya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih menghargai ibu bapa kita. Maaf penulisan tak teratur sebab aku tak pernah mengarang cerita sebelum ni. Sama-sama kita mendoakan makcik M.
– Cucu Nenek
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit