Lagu Nasyid: Keampunan Firdaus

‘Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali~~~’

Dulu selalu fikir kenapa nak buat baik pun berpada-pada seolah ada had. Buat je la baik sebanyak yang kau boleh. Pahala ni bukan boleh nampak pun, banyak atau sikit. Bayangkan orang kata okay hari ni pahala dah penuh, boleh berhenti dah buat baik. Tak pun, eh pahala melimpah ruah pula, kena buat jahat sikit ni.

Tetapi sejak akhir-akhir ni baru sedar yang baris kedua menjadi pelangkap kepada makna baris pertama. Kalau pisahkan kedua-duanya, kemungkinan maksud menjadi tergantung.

Aku berpendapat sedemikian kerana:

1. Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Kebaikan tidak boleh dicampur adukan dengan kejahatan. Sebab risau kita akan menghalalkan benda yang haram. Kemungkinan akan menyebabkan kejahatan menjadi sebati dalam masyarakat. Orang sekeliling akan beranggapan benda tu boleh buat sebab orang ok je buat.

Nota tambahan.

Oleh itu, benda jahat ni jangan nak pertahankan sangat. Ada hikmah kenapa Allah wujudkan dalam hati perasaan benci dan marah terhadap benda jahat itu. Biar masyarakat nampak jijik benda jahat tu (aku cakap pasal perbuatan, bukan orang) supaya orang takut dan malu nak buat. Ini berdasarkan kisah benar, aku pernah hidup dalam persekitaran yang ok dengan buli. Sampai satu tahap pukul, jadikan orang hamba (mungkin ayat yang digunakan agak melampau tapi ini realiti) dan menghina orang jadi rutin harian orang.

Kenapa orang bebas buat macam tu? Satu je sebab, orang tak nampak buli tu benda yang haram dan berdosa. Selagi benda tu menyenangkan diri, lawak, seronok dan ‘sikit je’ (sumpah aku benci orang bagi alasan ni), selagi itu buli ok bagi mereka. Bila kau ada di situasi tersebut, baru kau faham kenapa masyarakat dulu seperti arab jahiliah, Nazi dan komunis boleh bunuh orang, seksa hamba abdi dan buat macam-macam sesuka hati.

2. Niat tak menghalalkan cara. Mungkin niat kita baik atau apa yang kita nak buat tu baik, tapi kena faham cara pelaksanaan tu pun kena betul. Selalunya yang pilih kejahatan sebagai solusi ni adalah orang yang tidak berfikiran jauh (think out of the box) contoh nak buat orang gelak baik dah tu nak ceriakan orang, tapi modal dia merendah-rendahkan orang. Nampak sangat tiada idea. Mungkin hasil sama dipenghujung cerita tapi kesan sampingan kita tak pernah tahu atau tak ambil peduli. Mungkin bawa kerosakan kepada orang sekeliling jiwa dan raga, harta benda dan macam-macam lagi.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *