Assalamualaikum . Saya Doraemon Pink bukan nama sebenar lah ye . Saya berumur 22 tahun dan sekarang masih lagi belajar . Dah takyah intro pepanjang . Kome bukan nak tahu pon haha . Di hari yang cerah ni , i nak story pasal skincare journey i yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada hangpa semua . Ini yang jadi dekat i . Mungkin situasi kita berbeza. Apa apa pon i nak cerita dulu . Kita takyah u i u i bagai lah nah , akuu pon boleh kot haha .
Cerita bermula masa zaman saya kerja lepas stpm . Dari form 1 sampai lah form 5. Aku memang tak pernah ada masalah kulit langsung . Nak kata gebu tu tak la , tapi kulit sihat sebab masa sekolah mamang tak pernah try apa apa pun skincare local or drugstore . So masa stpm pon sama ,kulit still lagi lawa and gebas hahaha . Lepas stpm aku tunggu upu lah kan . So mak aku suruh la kerja . Aku kerja kilang aja nak cari duit lebih nak sambung belajar . Aku kerja dalam 7 bulan juga kat kilang tu . Masa dekat kilang tu . Biasa lah kan . Bila berkawan dengan kawan tempat kerja ni . Macam macam benda kita nak ikot termasuklah skincare yang kawan aku pakai ni .
Okaylah aku namakan dia skincare A . Hahaah taknak lah burukkan nama skincare local ni . Skincare A ni harga dalam 40 ringgit lah masa tu . Lani aku tatau dia wujud ke tak lagi skincare tu . So aku pon try , sebab tengok kawan kilang aku ni gebu gila ,muka merah merah ala budak cendol gitu haha .
Bila aku try set first, mak ai lawa gila kulit ,pastu aku repeat lah set kedua lepas dah habis set yang first tu . Dah bermula jerawat kecik tumbuh kat dahi . Aku macam tak anggap la skincare tu merkuri ke apa lagi masa tu . Aku cuma ingat skincare tu tak sesuai dengan aku ja . Then aku cakap kat mak aku . Then mak aku kata , tukar skincare lah akak , takut jadi lagi teruk kan . So saya bertukarlah lagi ke skincare yang kedua . Time ni masa saya dah dpt panggilan Universiti . So saya start pakai skincare B pulak .
Mula mula memang lawa lah . Jerawat pon nampak makin kurang . Aku dok rasa haa mungkin ni lah pengubat dia rupanya aku salah . Aku dah pakai sampai 3 set jugak la skincare B ni . Pastu makin worst kulit aku .jerawa semakin beranak pinak kat muka . Sampai ada lah kawan tegur kan . Kenapa muka kau makin lama makin teruk . Ya allah tuhan je tahu rasa dia . Kome tak pernah breakout mungkin la kome tak dapat rasa huaaa
So mak aku cakap stop lah pakai skincare ni . Kita pergi farmasi .okay lah ,aku pergi farmasi aku cita lah masalah aku . Pastu orang farmasi tu cakap ,memang ramai yang datang sini sebab breakout . Then dia bagi aku pencuci muka cetaphil and krim kosong . Die letak dalam bekas la . Untuk pakai malam dan siang . Pastu aku rasa makin elok la pakai cetaphil ni . Aku pakai yang gentle punya je . Murah sikit .
Tak lama lepas tu . Kulit makin elok aku tukar pakai marykay yang set hijau tu . Memang elok dan best tapi mahal sikit la untuk student pakai sebab harga dia tu hmmmm peluh kalau dengar haha . Tapi memang bagus .
Then masa nak recover time aku pakai marykay tu kan ,lagi banyak jerawat keluar . Ya allah aku sabar je . Sampai bila makeup pon kau takkan dapat tutup semua jerawat kat muka kau . Hua sedih kau tahu tak
Lama2 aku pakai dalam 3 bulan camtu , semakin recover lah . Then lepas tu aku dah tak repeat sebab dah takda duit nak beli . So aku pakai balik cetaphil tu hehe
And sampai sekarang aku pakai cetaphil tu . Mana2 aku pegi pencuci muka tu je serasi dengan aku . Aku lagi rela tak cuci muka dari terpaksa pakai pencuci muka lain . Kulit aku sangat sensitif so aku takkan berani cuba jenama lain huaa
Sekarang aku dah amalkan skincare routine yang ikot step dan alhamdulillah makin better and tinggal parut sikit2 je . Aku bukan tak prnah pakai bende alami macam kulit kayu manis ke kat jerawat, huh memang dah penah try , muka jadi merah2 dan aku menangis time tu . Masa tu family je ada yang tolong aku . Macam mak and adik aku buat untuk support aku . Kawan kawan? Dorang memang takkkan paham selagi tak kena sendiri kat muka . Lagi tegur ade lah . Muka kau makin teruk makin teruk , tu je ayat yang aku dapat dari yang bergelar kawan .
Sebab tu apa apa je sekarang ni aku lebih kan family first . Sebab suka duka aku dengan dorang . Adik aku sampai buat aloevera gel homemade untuk aku masa aku breakout . Aku menangis time tu tengok adik aku kupas aloevera tu . Tu jelah journey skin aku . Sekarang ni alhamduliilllah semakin baik . Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana beri aku kesabaran menempuhi semua benda yang bukan semua orang tempuh dan paham .
Aku harap korang ambik iktibar dan jangan nak merapu pakai skincare timbang kilo ni . Banyak skincare kat drugstore yang lagi murah dan terjamin kualiti dia dan takkan rosakkan kulit muka korang okay . Sorry kalau aku tercampur bahasa. MAklumlah ,asal dari perak berkawan ngan orang kedah kl semua ,terpengaruh sikit dalam penulisan ni . So apa2 pon pakai je produk drugstore and ikot skincare routine okay . Sini aku list kan sikit apa yang aku pakai hari hari .
1- makeup remover garnier (pink)- (tak mekap pon aku pakai sebab udara tak bersih mana)
2- cetaphil gentle cleanser – pagi dan malam
3- scrub st ives green tea – twice a week
4- toner from some by mi – pagi dan malam selepas cuci muka
5- serum from klairs soothing serum
6- sendayu tinggi moistrizer
7- freeman mask
8- t3 pimple gel . In case kalau tetibe jerawat ade
9- eye cream from clinelle
Ohh and i lupa . Kalau keluar make sure pakai sunblock okay . I pakai sunblock from yadah . Semua produk ni korang boleh search sendiri kat watson or shoppe . Setengah tu beli online tapi make sure original . Thats all from me Doraemon pink . Have a nice day . Byee.
– Doraemon pink
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit