Assalamualaikum kepada semua dan terima kasih kepada admin kerana meluluskan artikel aku kali ini. 5 bintang untuk admin !
Sebagaimana tajuk, artikel kali ini ditujukan khas buat adik-adik STPM, STAM & Diploma yang berjaya mendapat tempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM/IIUM). Ini adalah sedikit panduan dan tips yang boleh kalian gunakan.
1. Seperti yang kalian sedia maklum, minggu orientasi atau di IIUM dipanggil Ta’aruf Week (TaWe) sedikit berbeza dengan IPTA yang lain.
2. Ketika TaWe akan ada beberapa yang akan diberikan kepada kalian, iaitu :
i) English Proficiency Test (EPT) – sama seperti Muet kecuali tiada Listening dan Speaking Test.
ii) Arabic Proficiency Test (APT) – ujian kefahaman arab yang mengandungi soalan objektif, subjektif & esei.
Perhatian – Bagi pelajar yang mendapat jurusan/kos selain Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge (IRK), adalah penting untuk kalian skor EPT Band 5 atau Band 5.5 keatas. Sekiranya skor anda dibawah Band 5, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Kuliyyah sebaliknya anda dikehendaki mengambil kelas dibawah seliaan Center for Language (Celpad) selama 1 semester. Kalian juga perlu mengambil ujian APT, yang ada asas Bahasa Arab kalau kalian lepas/lulus APT, kalian tidak perlu lagi mengambil kelas Arab Level 1 & 2.
Bagi pelajar IRK pula, anda perlu skor bagi kedua-dua ujian EPT & APT.
Kebiasaannya, malam sebelum ujian akan ada kelas dilakukan oleh senior-senior. Mereka akan memberikan tips bagaimana untuk skor dalam EPT & APT. Jadi, jangan bimbang dan jangan takut. Kalian hanya perlu buat sedikit ulangkaji, dan insyaAllah kalian akan lulus!
iii) Ujian Tajwid – Ketika ujian tajwid, kalian akan diminta untuk membaca potongan ayat dari surah-surah tertentu dan akan ditanya sedikit mengenai hukum tajwid. Sekiranya tidak lulus, kalian perlu mengambil kelas Quran dan ianya tidak memberi efek kepada pembelajaran anda.
iv) Ujian Fardhu ‘Ain – tidak pasti, sebab zaman bro dulu takda! Haha.
3. Sebagai sebuah universiti antarabangsa, kalian akan berjumpa dengan ramai kawan-kawan daripada negara luar seperti dari Timur Tengah & China. Jika bernasib baik, mungkin kalian akan memiliki kawan sebilik dari kalangan pelajar antarabangsa. Jangan takut, berkawan dengan mereka dan insyaAllah pelbagai manfaat dan pengalaman yang menarik akan kalian dapat!
Ajar mereka Bahasa Malaysia dan minta mereka ajar anda bahasa mereka. Menarik bukan ?
4. Istilah-istilah yang digunakan di IIUM – Asrama/Hostel dipanggil sebagai Mahallah (Kejiranan) dan panggilan Brothers & Sisters sesama rakan-rakan.
5. Take Note ! Setiap Mahallah mempunyai cafe mereka sendiri dan disetiap cafe ini akan ada makanan istimewa mereka. Jadi, rajin-rajinkan diri anda untuk berjalan ke Mahallah-Mahallah lain makan sepuasnya. Tapi bukan percuma tau ! Shawarma di Mahallah Ali is a must !
6. Cara balik kampung!
Naik bas RapidKL (Rapid) ke Lrt Gombak. Kemudian naik dan turun di Stesyen Masjid Jamek. Tukar tren ke laluan Ampang/Sri Petaling dan turun di Stesyen Bandar Tasik Selatan (BTS).
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hanya bersebelahan dengan stesyen BTS. Bas ke seluruh Semenanjung Malaysia boleh dinaiki disitu.
7. Disekitar Gombak ni ada banyak Mall dan Pusat Membeli Belah. Jadi kalau nak berjalan, ini sedikit panduan untuk anda :
i) Nu Sentral – Naik Bas Rapid T200 dari UIA ke Lrt Gombak. Kemudian naik Lrt dan turun di stesyen KL Sentral.
ii) Suria KLCC & Avenue K – Naik Lrt Gombak dan turun di stesyen KLCC.
iii) Mid Valley – Lrt Gombak ke KL Sentral dan kemudian naik KTM dan turun di stesyen Mid Valley.
iv) Melawati Mall – naik Grab dari UIA ke sana. Keluar kos lebih sikit.
v) Setapak Sentral – Naik bas Rapid 200, turun di Plaza Idaman. Kemudian naik Grab ke SS.
Dah tahu cara ke Mall ni kalian jangan pula melepak 24 Jam ! Jangan sampai ponteng kelas dan kena barred ! Haha !
8. Sijil Sakit MC – kalau anda demam & sakit yang selebihnya, sila pergi ke Klinik IIUM yang berada di Kuliyyah of Education atau pergi ke Hospital Kerajaan. Kebiasaannya hanya MC dari Klinik IIUM dan Hospital Kerajaan sahaja yang diterima.
Okay, setakat ini sahaja. Selebihnya sila ringan-ringankan mulut anda untuk bertanya kepada para senior sekiranya ada apa-apa pertanyaan.
Oh yaa, kalau ada Facebook boleh la hantar request untuk masuk ke Group IIUM Online.
Tahniah & Selamat Datang ke Garden of Knowledge & Virtue (Taman Ilmu & Budi).
Sekian !
– Bro Ikhlas!
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit