Assalammualaikum Admin. Terima kasih jika siar kan apa yang saya ingin cuba sampai kan. Apa yang saya nak highlight kan di sini sebenarnya sikap manusia yang suka menindas budak baru belajar.
Luahan ini khusus nya buat semua pekerja tidak kira berpangkat atau tidak. Awak semua, beri lah layanan yang setimpal untuk pelajar praktikal atau pekerja ganti. Ajar mereka baik-baik. InsyaALLAH mereka akan buat yang terbaik. Tidak adil rasa nya jika mereka di ajar dengan cara yang pro dan mengandaikan hasil kerja tu seperti pekerja terbaik dunia. Saya juga rasa tiada apa yang merugi kan jika mereka di ajar dengan baik. Gaji awak semua pun tak akan berkurang jika ilmu itu di kongsi. Malah, pahala lebih bertambah.
Beri lah mereka peluang, jangan lah anggap dah ajar sekali terus boleh pandai. Terus boleh buat kerja tanpa ada masalah dan kesalahan. Mereka juga manusia. Kita kena sedar apa sahaja yang kita buat di dunia ni ada balasan nya. Jangan sampai anak cucu kita yang akan hadap dan terima balasan nya. Hidup ini seperti roda.
Macam mana anak muda nak maju, jika peluang yang ada hancur di sebabkan masalah di tempat kerja. Awak semua, mungkin kita tak merasa susah nya nak cari pengalaman bekerja, tapi nasib orang lain-lain. Bersyukur lah kita mendapat kerja yang baik, yang tetap berbanding orang lain. Tapi tu tak bermaksud yang kita boleh layan orang lain dengan cara marah-marah, setiap hari ada je benda tak kena, salah sikit perli-perli dan menggunakan sosial media untuk mengutuk pekerja lain.
Setiap masalah, ada jalan penyelesaian nya. Ada banyak cara untuk kita hadapi pekerja yang ‘budak baru nak belajar’. Saya harap post ini sedikit sebanyak memberi kesedaran dekat semua pekerja di luar sana agar lebih menghargai pekerja ‘budak baru nak belajar’ kerana secara tak langsung mereka juga lah yang meringankan beban kerja kita. Terima kasih admin.
– Aliz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit