Salam guys. kisah yang aku nak ceritakan disini, mcm mana aku terjebak dengan pornografi di usia yang muda. aku seorang lelaki btw. ok, aku mula-mula terjebak dalam pornografi seawal umur 12 tahun. tiap kali cuti sekolah, aku akan pulang ke kampung duduk dengan makcik aku. anak dia ramai tapi dalam ramai2 aku paling rapat dengan anak lelaki bongsu dia sebab kami berdua sebaya. aku namakan dia nizam.
cuti sekolah akhir tahun selepas upsr, mak ayah aku tinggalkan aku di kampung sebab diorang tahu, aku sangat baik dengan nizam. waktu tu lah aku diperkenalkan oleh nizam tentang pornografi. kami meronda2 dalam kampung dengan motor berdua, pemandangan yang sangat normal bagi mereka yang duduk dikampung. dia bawa aku ke rumah kawan dia. aku tgk kebanyakan kawan2 dia lebih tua dari aku dan nizam sendiri. dia ajak aku tgk cerita beramai2 dengan kawan dia. cerita apa? aku pon tak tahu tajuk. zaman aku membesar, aku hanya reti tengok apa yang ada kat tv. zaman tu takde cd/dvd bagai. yang wujud video tape je dan tape2 ni aku tak pandai mana nak cari kecuali kartun yang ayah aku beli/pinjam kawan2 je. tu pon seingat aku ada dalam 10 tape je.
so, bila aku masuk rumah kawan nizam tu, aku tengok dekat tv, video 2 orang berbogel. seorang lelaki, seorang perempuan, tanpa seurat benang pon. tak perlu la aku nak cerita detail apa yang berlaku. korang pon mesti tahu. tp aku waktu tu sangat naif. aku tak tahu apa2 pon tentang sex. aku tak tahu pon benda yang aku tengok tu salah dan berdosa. aku pon tak tahu kenapa aku jadi tertarik sangat utk tengok. yg aku perasan, alat sulit aku membesar dan berdiri. lepas tengok cerita tu kami balik. tapi sepupu aku pesan, jangan cerita kat sapa2 pasal ni. kalau di tanya, cakap je kita gi jalan2. aku yang naif ni, iyekan aje.
selepas dari tu, kami kerap ke rumah tu. kadang2 selepas 2 hari. kadang2 tengok video, kadang2 tengok majalah playboy. tiap kali tengok gambar perempuan yg tak berpakaian, mmg aku jadi tak tentu arah. terbayang, mcm ni rupanya badan wanita dewasa. sampailah satu masa tu, aku diam2 ambil 1 majalah tersebut dan bawa pulang. aku membelek majalah tu bila aku sendirian. lama2 aku tengok, tangan aku secara automatik memegang alat sulit aku, aku rasa seronok, lama2 aku rasa lain macam dan sampailah aku terkencing. cuma cecair yang keluar waktu tu agak likat nak dibandingkan dengan air kecing. ye, aku tak tahu yang aku sebenarnya telah mengeluarkan air mani. aku tak tahu itu dipanggil onani, aku tak tahu ia salah, aku tak tahu aku kena mandi wajib. aku hanya tahu masa tingkatan 2 sebab ada diajar dalam subjek pendidikan islam kat sekolah. masa tu aku baru tahu yang keluar itu adalah air mani. baru aku tahu yang video aku tonton tu adalah sex. dan aku baru tahu yang sex can lead to pregnancy (sebelum ni aku tak tahu, aku ingatkan orang kawen terus dapat anak. haaaa gelakkan aku la tu) dan aku baru tahu, yang ianya hanya halal dilakukan oleh suami dan isteri.
tapi malangnya aku dah ketagihan. aku tak mampu berhenti. masa tu aku rasakan benda yang aku buat tu seronok dan aku tak nampak sebab kenapa aku perlu berhenti. perkara ni membawa dari alam remaja hingga ke alam universiti dan alam dewasa aku. ye, aku ketagihan pornografi dan onani dari usia 12 tahun lagi dan boleh dikatakan aku melakukannya on daily basis. aku tak tahu macam mana nak berhenti. kadang2 tak perlu gambar / video lucah pon. hanya dengan gambar wanita berpakaian seksi cukup untuk nafsu aku trigger. zaman aku membesar, popular dengan majalah manga. majalah tu lah tempat aku cari gambar seksi andai tiada material lain. so, sini aku nak tekankan, pentingnya wanita berpakaian menutup aurat. nafsu lelaki ni mudah sangat trigger dengan bentuk badan wanita. kadang2 yg bertudung tp berpakaian ketat pon boleh dijadikan santapan mata dan nafsu lelaki. tak perlu tunggu tak berpakaian. ini aku, lelaki yang pendiam, depan-depan aku hormati wanita. tp dalam diam, aku seorang pervert. kalau jenis yang berani? dah tentu jadi kes pencabulan dan paling menakutkan, kes rogol.
melangkah ke alam perkahwinan, aku ingatkan, bila aku dah kahwin nanti, insyaAllah boleh berhenti sebab aku ada tempat untuk tundukkan nafsu aku. tapi malangnya awal perkahwinan aku, aku ada masalah untuk kekalkan ereksi sewaktu bersama dengan isteri aku. kenapa? sedangkan waktu aku onani aku ok je. sini lah yang aku sedar keburukan onani. alat sulit lelaki yang selalu melakukan onani tak sensitif. ianya tak biasa dengan rangsangan alat sulit wanita. berlainan dengan tangan, tangan boleh adjust kekuatan cengkaman ikut yang diperlukan, berbanding dengan alat sulit wanita, walaupun mencengkam juga tapi ada limit dia. aku nak tanya orang aku malu. nasib baik bini aku ok2 saje. jadi, aku google saje masalah aku. antara nasihat yang elok aku dapat, aku kena berhenti dahulu dari melakukan sebarang aktiviti kelamin dan onani yang paling pentingnya. tujuan dia nak kembalikan rasa sensitif pada alat sulit. jadi, aku berehat selama sebulan. mmg azab nak tunggu sebulan sbb aku dah terbiasa buat kerja2 tak senonoh tu. dalam tempoh tu aku jauhkan diri dari pornografi. aku rajinkan diri buat aktiviti fizikal n rajin keluar bersenam. alhamdulillah, lama2 aku pulih dan berjaya kurangkan aktiviti tak senonoh tu. aku skang ni cuba untuk pulih 100%. nak bebas sebebasnya. tp aku tahu bukan perkara mudah. sekali sekala ada juga terbawa2. mohon doakan aku guys.
aku tahu, agak jelek nak bercerita tentang perkara ni. tapi sebagai seorang lelaki, suami dan bakal ayah, aku kena sampaikan juga. aku nasihatkan, sesiapa yang ada anak, tolonglah perhati dengan siapa dia kawan dan apa dia buat. hatta sebaik mana pon anak tu, kena ingat, anasir luar akan cuba rosakkan anak kau. macam akulah, bila dah aku terjebak dalam hal ni dari kecik. susah sangat nak berhenti. bila dah mula, nak bebaskan diri dari cengkaman tu sangat sukar. para lelaki yang masih menonton video / gambar lucah tu, aku harap boleh la mula berhenti slow2. apa yang aku sampaikan ni benda betul. ianya akan merosakkan hubungan korang dengan isteri.
thanks sebab siarkan confession aku.
– Akbar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit