Hai Assalamualaikum, Thank you in advance to admin jika confession ni disiarkan. Aku tengah taip ni pun dalam keadaan marah dengan lady boss aku. Biasa waktu kerja aku tak buka pun FB dekat laptop biasa tengok sikit-sikit dekat HP. Ni marah punya pasal la ni.
Tujuan aku tulis confession ini sebab nak minta pendapat para pembaca yang ada pengalaman dan tahu mengenai HR ni. Aku baru je pindah kerja kat company ni pada bulan april 2018. Alhamdulillah big bos baik dan okay. Masalah aku sekarang adalah bini bos ni. Fungsi dia di office dia more pada kerja-kerja HR. Dia keluarkan gaji tapi tanpa payslip. Sistem gaji company ni, mereka akan bagi cek sahaja, then staff akan cheque deposit kan sendiri gaji masing-masing.
Yang menjadi masalah pertama, payslip tak ada. Aku ni nak buat loan sebab nak beli kereta. Aku memang nak beli sebelum bulan 9 ni, sebab bulan depan SST dah start. Kereta baru tu nak guna buat grab sebab suami aku dah tak kerja (kena retrenchment). Kereta yang ada sekarang dah lama, tak boleh buat grab. Dari awal bulan 8 aku dah inform lady bos yang aku nak payslip sebab nak beli kereta. Dia kata okay tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Semalam aku dah remind dia. Harini pun dah minta lagi tapi sampai dah nak habis waktu kerja masih tak dapat.
Nak je aku buat aduan kat Jabatan Buruh, suruh ambush company ni cek payslip staff. Boleh ke? Kalau aku buat report, adakah identiti aku akan didedahkan oleh pihak Jabatan Buruh kepada bos aku? huhu..suami dah la kehilangan kerja, kang kalau kantoi aku report, aku pun kene tendang pula dari company ni (nangis).
Masalah ke dua, sampai sekarang aku tak dapat offer letter dan confirmation letter lagi. Aku 3 bulan kerja, bos dah confirmkan dan dah dapat kenaikan gaji. Gaji tu dapatla tapi surat masih tak dapat. Surat confirmation dan offer letter pun aku dah minta tau. Tapi tula, mentang-mentang laki dia bos company ni dia boleh buat perangai ntah apa-apa. Jangan kata aku, staff sebelum aku yang dah 2 tahun kerja pun masih tak dapat . Hmm..macam mana nak settle masalah aku ni wahai pembaca?
Aku bukan taknak mintak dengan big bos, tapi staff lama dah pesan yang lady bos ni tak suka kita minta dengan big bos dan jangan cari pasal dengan dia. Mereka kata, nanti aku akan biasa dengan perangai dia sebab mereka pun dulu macam tu. Haishhh.. geram pula rasanya. Macam mana la mereka-mereka ini boleh bersabar ye. Tak ke susah kalau apa-apa jadi pada company ni pada masa akan datang. Nak tuntut apa apa pun masalah nanti (harap-harap janganla ada masalah). Dahla nak cari kerja sekarang susah.
Ikutkan hati nak je buat tindakan, tapi macammana nak mula? Adui, dengar suara si lady bos ni berborak pun hati aku dah panas, rasa nak tarik rambut dia. Kalau taknak buat kerja, hire la orang lain. Nak minta payslip pun dah sampai tahap merayu-rayu ni. Hati sakit tapi kau minta depan dia dengan suara yang lemah lembut dan siap tersengeh-sengeh. Serius aku bengang ni. Perangai tu elok sikit tak boleh ke?
Aku harap para pembaca boleh bagi pandangan dan nasihat agar aku dapat settle kan masalah aku ni sekaligus menolong staff lama yang selama ni layankan je perangai lady bos yang ntah apa apa ni. Segala nasihat dan pandangan kalian di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
– Nurul yang bengang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit