Kenaikan Gaji Swasta II

Assalamualaikum. Hai again. Eh korang ingat cerita abg mus je besambung2? aku pun nak juga buat confession bersiri ni. ok la. Sebenarnya confession kedua ni adalah untuk menjawab segala persoalan yang timbul di komen pada post yg pertama. Boleh baca di sini https://iiumc.com/kenaikan-gaji-swasta/

Satu perbincangan yang baik dalam komen-komen itu. Seperti biasa, apabila kita seorang pekerja, pandangan kita adalah pandangan seorang pekerja. Kita mungkin tak tahu apa yang dilalui oleh seorang majikan. Kita tgk dengan mata kita, kita check rekod keluar masuk duit, “eh bos aku ni kaya, kenapa tak naikkan gaji lagi ni?” itu adalah pada pandangan kita sebagai seorang pekerja. kita tak tahu keadaan dan situasi lain bos kita tu.

aku sebagai orang tengah, yg berpegang kepada sebuah buku yang mengandungi undang-undang perburuhan ini selalunya TERPAKSA menyelami perasaan kedua-dua pihak bagi mencapai objektif menjaga keharmonian perindustrian, tidak sekali-kali membuat judgement yang berat sebelah. sebab tu aku cakap, kenaikan gaji ini ada pro dan con nya. yang pasti, bila kedua-dua pihak, pekerja dan majikan bekerja sama dan bertolak ansur, inshaAllah, semua akan baik-baik sahaja.

Baiklah, seterusnya, aku nak jawab bberapa persoalan yg timbul dari komen-komen di post pertama.

1. untuk komen sis yang mengatakan isu kenaikan gaji ni untuk kepentingan politik, itu aku natural. no komen. Walaupun ada kepentingan politik dalam pelaksanaan kenaikan gaji minima ni, tapi still akan bawa benefit kepada org ramai sekiranya pelaksanaannya di kaji dan sentiasa di tambah baik. betul tak?

2. Kepada encik Hamka, sebenarnya, kenaikan gaji minima ini tidak di aplikasikan mengikut kategori pekerjaan. ianya adalah cuma satu penetapan gaji pada kadar minima. oleh yang demikian, jika sebelum ini pekerja yg low skill ni biasanya gaji cuma RM 600 RM 700, akan di naikkan gaji mereka kepada RM 1000/ RM 920. tetapi bagi mereka yang sudah bergaji melebihi tahap gaji minima ini, biasanya akan dikekalkan oleh majikan masing-masing kerana ianya tidak menyalahi mana-mana undang-undang pekerjaan. namun, perkara ini boleh dibincangkan sesama pekerja dan majikan untuk mencapai satu kata putus. namun, untuk mendapatkan masuk campur undang-undang, memang tak boleh kerana tak ada satu peruntukan pun yang boleh memaksa majikan untuk menaikkan gaji pekerja yang telah mencapai tahap minima gaji.

3. Kepada sis Noor, jika anda mendapati syarikat anda tidak melaksanakan gaji minima, ataupun ada kawan-kawan anda yang bekerja dengan gaji masih di bawah paras minima, segera datang beramai-ramai ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan untuk buat aduan. jangan lupa bawa salinan kad pengenalan, alamat dan nombor telefon majikan yang lengkap serta penyata gaji dan lain-lain dokumen yg dirasakan perlu. kesalahan tidak membayar gaji pada tahap minima gaji boleh didakwa dan didenda tidak melebihi RM 10000 satu pertuduhan jika disabitkan kesalahan.

4. Kepada encik Azrul Azmi, pekerja asing juga tertakluk di bawah akta majlis perundingan gaji negara. soal kenaikan gaji, itu adalah budi bicara majikan dan mungkin berdasarkan prestasi kerja mereka. kemudahan tempat tinggal, api, air dan kesihatan itu adalah salah satu kriteria yang perlu dipenuhi oleh majikan sekiranya hendak menggaji pekerja asing.

5. kepada sis Noor afifah, dalam peruntukan undang-undang pekerjaan, kenaikan gaji adalah hak majikan (jika majikan telah mematuhi perintah gaji minima). Jika tidak dinyatakan secara jelas dalam kontrak perkhidmatan ataupun mana-mana handbook syarikat berkaitan kenaikan gaji tahunan, majikan boleh dan berhak untuk tidak menaikkan gaji pekerja. Sebaliknya juga jika majikan seorang yang pemurah dan sangat menyelami hati dan perasaan pekerjanya, maka akan ada lah kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi. begitu juga halnya dengan pekerja kerajaan. majikan merekaadalah kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan. sebagai seorang majikan, mereka melihat bahawa penjawat awam perlu dinaikkan gaji setiap tahun, maka ehsan pun diberikan kepada penjawat awam. ni bukan exam nak tiru2, “syarikat swasta tak naikkan gaji, ok kita tiru”. bukan eh. kenaikan gaji adalah EHSAN dan HAK majikan.

Bila dibincangkan isu naik gaji ni, pasti pasti dan pasti ada yang akan berkata, “pekerja gov tu gaji dgn duit rakyat. xpyh la naik gaji, keje membawang je.” sebagai penjelasan kepada semua yang belum merasai pengalaman bekerja di sektor awam, penjawat awam ini akan dinilai prestasi kerjanya pada tiap tahun. setiap penjawat awam akan diberikan satu Job Description berkaitan tugas masing-masing dan penilaian akan dibuat berdasarkan kepada itu dan akan diberi markah. Jika markah di bawah jumlah memuaskan, kenaikan gaji mungkin tidak akan diberikan kepada penjawat awam tersebut.

bukan nya pukul rata eh naik gaji tiap tahun walaupun kerja tunggang langgang. mungkin ada yang terlepas pandang oleh ketua jabatan masing-masing, tapi itu tanggungan pekerja tersebut untuk menjawab di hari kemudian. tetapi, aku nak tegaskan bahawa, kerajaan juga telah menetapkan syarat dan prosedur untuk mendapatkan kenaikan gaji tiap tahun tu, bukan suka-suka je guna “duit rakyat” untuk bayar kenaikan gaji.

one more thing, suka aku nak ingatkan, bahawa, penjawat awam juga rakyat yang sama-sama membayar cukai segala cukai, merasa beban sara hidup yang ada pada masa kini. penjawat awam bukan RAKYAT UGANDA yang tak merasa keadaan ekonomi di Malaysia.

Jadi itu sahaja lah yang aku nak ulas dlm posting kali ni. rajin-rajin lah guna khidmat google untuk cari tahu lebih lanjut tentang undang-undang kerja ni. supaya korang tahu apa hak korang, apa hak majikan. sama-sama jaga keharmonian hubungan industri. aku suka guna ayat ni kat majikan yang datang mengadu kata tak tahu undang-undang kerja, “ignorantia juris non excusat” yang bermaksud “kejahilan terhadap undang-undang tidak boleh dijadikan alasan” untuk melepaskan diri daripada satu tindakan undang-undang.

sekian.

– Doremon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *