Kenapa Kelantan?

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku ni bukanlah Kelantanese asal tapi menetap disini sudah lama. Setelah aku baca confession yang bertajuk KELANTAN? Then, aku macam pelik ada lagi eh mentaliti macam ni. Aku tak salahkan confessor sebab confession tu tidaklah memburukkan Kelantan tapi aku pelik kenapa masih ada orang yang aku yakin berumur 20 keatas yang masih tidak matang dalam penilaian. Orang yang matang dia tidak akan pernah menilai buruk baik sesuatu itu berdasarkan bangsa agama dan lebih lebih lagi negeri.

Aku baca je perenggan pertama aku dah ketuk kepala. Tahukah confessor bahawa Kelantan memang diburukkan media sejak dahulu lagi. Dan satu lagi, Kelantan juga merupakan antara negeri yang banyak menghidupkan syiar islam. Disebabkan inilah ramai yang cuba burukkan Kelantan. Ramai yang triggered apabila Kelantan di berikan nama sebagai serambi mekah. Sebab itu apabila ada je jenayah kat Kelantan, mesti ramai yang kecam Kelantan.

Tentang berpuak puak pula aku setuju tapi tidaklah sampai tinggal member yang lain. aku pon macam apa masalahnya kalau dorang berpuak? hm. Aku sendiri dulu dapat masuk universiti sekali dengan member rapat aku dari Kelantan. Takdenye kami berkepit. In fact, kami tak pernah lepak sekali pon kat sana sebab masing masing ada housemate dan roommate . Balik Kelantan baru kami lepak sekali.

Aku ketuk kepala lagi bila baca perenggan kedua. Once je aku baca ayat ” merupakan pengalaman yang dorang hadapi sendiri”, aku gelak. Aku ada dalam 1-2 member yang pernah bercakap buruk tentang Kelantan. Apabila aku tanya dorang pernah pengalaman buruk dengan Kelantanese ke. Dorang jawab “tak tapi sebab Kelantan cam Taliban bawah Pas”. Aku tak nafikan ramai je yang ada pengalaman buruk dengan Kelantan tapi memang sangat tidak matang jika kita blame negeri. Aku sendiri banyak je pengalaman buruk dengan negeri lain tapi tak pernah terdetik pon untuk aku salahkan negeri.

Perenggan ketiga ada betul ada tidak. Pasal perkahwinan, abang ipar aku orang Perak dan kakak aku orang kelantan. Kakak aku stay dekat Perak tau, takdenya kena control dengan mak aku. Meh aku nak habaq, isteri ni kalau dia berkahwin, maka dia wajib turuti suami . So, ianya depend atas suami bukanlah atas negeri, get the fact right.

Aku taknak bahas lebih lanjut. Cuma apa yang aku nak confessor dan orang diluar sana tahu, jangan pernah kita hidupkan nilai double standard. Aku bagi contoh ayat confessor tu “Dan bila aku dah hampir 5 tahun duduk dengan depa, baru aku tahu kenapa yang tak suka kelantan ni cakap mcm tu, dan memang ya, benda yang sama terjadi kat aku jugak, dorang ni berpuak2, sesama depa pun dorang puak2, dan aku perhati memang kesedaran dorang tentang kebersihan ni kurang, tapi tak semua la, dalam 10 orang ada la 4 orang yang pengotor dan betul apa yg netizen kata yang pemalas dll tu, walaupun bukan sampai tahap semua, tapi nisbah ni kira kategori besar la, benda ni menjawab persoalan aku knp netizen anti kelantan cakap mcm tu, tapi..

Korang yang anti kelantan jangan bersorak dulu, aku tetap tak bersetuju yang kata pukul rata semua orang kelantan mcm tu, mcm aku ckp tdi 4/10 sahaja”. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan? Tak logiklah 100% orang kelantan ni pembersih, rajin dan lain lain. Mestilah ada yang jahat, keji, firaun, pengotor semua tu. Samalah dengan negeri lain, ada ramai ja yang jahat, teruk semua tu. Tapi kalau hati dan fikiran tu dah memang nak cari kesalahan, kesalahan lah yang jumpa.

Kesimpulan aku nak buat kat sini mudah je, kita tengok semua orang ni sebagai individu. Kalau terdetik di hati kita nak nilai orang melalui negeri, bangsa dan agama maknanya kita tak matang. Kita sendiri banyak aib dan adakah orang lain nilai kita dengan negeri? lol.

Disini aku letak sekali link confession tu. ( https://iiumc.com/kelantan/ )

– aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *