Tips Nak Survive Hidup Mengejar Ijazah

Assalamualaikum and hai.

Macam tajuk dekat atas, so aku ada few tips yang nak share dengan readers semua especially bagi membe membe kita yang baru nak melangkah ke alam menara gading mengejar ilmu dan cita cita setinggi di angkasa gituh. ohh lupa, terima kasih kepada admin sekiranya confession sulung aku nie disiarkan. kalau mendapat sambutan hangat nantikan kemunculan confession susulan selepas nie. haaa. acah BBNU gituh.

So basically, degree life ini sangatlah tough sebenarnya. tak kisahlah engko ambik kos ape pun, universiti mana sekalipun, semuanya menguji iman dan kesabaran kesungguhan plus ketabahan gituh. apa yang aku nak share nie ada laa serba sedikit yang maybe boleh kasi motivation takpun inspiration macam tu lah.

1. Mesti kenal diri sendiri and minat kos degree yang diambik.

Bagi aku tak semua orang ade courage and mampu nak survive till the end of degree life kalau kita tak kenal betul betul siapa diri kita nie. Ambik degree nie ko tak boleh nak main ikut ikut member ko sebab diorang semua sambung degree lepas habis diploma, matriks takpun STPM. Tak boleh jugak sambung degree sebab semata mata taknak kena discriminate and dipandang rendah pasal kaklong kakngah abanguda dan anak cik kiah belakang rumah pun semua sambung degree. takkan ko sorang tak sambung ye dok. nak sambung degree nie ko kena ade passion nak belajar, kesungguhan itu yang penting, ko kena tahu kenapa ko sambung, kenapa ko nak sangat ade degree.

Contoh laa macam aku sendiri aku sambung degree sebab aku nak tebus balik apa yang aku tak mampu nak kasi dekat parents aku masa aku diploma dulu. contoh lain, sebab ko nak ubah taraf hidup family ko, tapi basically apa pun sebab korang sambung degree mestilah niatnya based on nak tuntut ilmu and cari redha Allah. Barulah perjalanan kita nie dipermudahkan and berkat gituh. pasal kos pulak, aku tahu pemilihan kos nie merupakan dilema paling terbesar untuk setiap orang yang sambung degree. sebab tu lah aku cakap benda utama ko kena kenal diri ko sendiri, minat ko, kebolehan ko. contoh kalau ko minat art and design jangan laa apply degree in engineering walaupun kaum kerabat ko memang berdarah engineer. sebab bagi aku degree nie adalah masa untuk ko decide yang terbaik dalam hidup ko.

Kena buat betul betul bagi all out sebab at the end kalau ko mampu capai apa yang ko hajat and doakan, rasanye memang puas yakmat macam main game pastuh dapat achievement unlocked naik next level. hahahaha. lagi satu if ko pilih apa yang ko minat and ko sendiri yakin ko mampu kasi yang terbaik tapi keluarga pulak tak merestui, still kuatkan hati and pujuk family supaya restui perjalanan kita and at the same time buktikan pada parents yang sebenarnye kita boleh berjaya dengan jalan yang kita pilih.

2. Set goals and stay focus time belajar.

Once bila dah masuk degree, ko kena set goals ko ape. mostly semua orang nak pass degree with flying colours, dapat dean’s award setiap sem and dapat grad first class sekaligus takpayah bayar ptptn haa. bila dah tahu goals ko, usaha kena ada kawan. jangan laa kemain tampal segala macam jenis motivation quotes penuh dari atas sampai ke bawah lantai dekat hostel tapi dalam kelas time kuliah ko syahid berbantalkan lecture’s notes. memang bye bye lah. bagi aku, struggle tuh kena ade cuma cara tiap orang yang berbeza. sebab tuh laa point first ko memang kena tahu siapa diri ko, macam mana cara ko study, bila masa nak study. tips paling basic nak survive, kena ade lecture notes ye time kelas. alaaa ape laa sangat setakat spend singgit dua buat copy lecture notes kan. nie makan mekdi, kepsi dengan kedai hipster tak berkira, takkan laa nak melabur demi masa depan yang gemilang ko berkira pulak.

Memang nak kena laa. so dengan adanye lecture notes tersebut, gunakanlah sebaik mungkin untuk jot down segala macam info yang lecturer kita explain time kelas sebab bila buat macam tuh lagi memudahkan ko time buat revision untuk quiz, test mahupun final exam. sebab kadang kadang apa yang keluar dari mulut lecturer yang kita gigih dok salin tuh sebenarnye compilation of explanation sekali dengan example siap. so kalau keluar laa soklan yang case study mahupun problem solving, pejam mata je ko boleh goreng kawan asalkan dimulakan dengan bismillah. hahahhaha.

3. Jangan sesekali compare diri and achievement ko dengan orang lain meskipun dia BFF till jannah ko.

Nie laa part paling penting untuk survive time degree. bagi aku lah aku paling tak suka kena compare dengan orang lain so aku rather jadikan someone tuh as idola aku and idola aku tuh mesti lagi higher level dari aku so takde laa aku bazir masa tenaga dan air mata semata mata nak berlumba lumba dengan rakan rakan sebaya yang kadang kadang membawa bahaya gituh. contoh, ade sorang lecturer tuh aku memang adore gila tengok cara dia mengajar, perwatakan dia, education level dia, so secara automatiknya aku buat perlantikan dalam hati bahawa madam tersebut adalah idola aku, aku nak jadik macam dia satu hari nanti.

Aku tak cakap persaingan antara rakan sekelas sebaya mahupun sekos totally tak baik, tapi bila ko asyik nak bersaing and keep on comparing yourself with others, ko takkan kenal erti puas, bersyukur dengan nikmat yang ada dan menghargai diri sendiri. bila ko tak dapat sama macam orang lain dapat mula lah ko buat macam macam benda pelik pastuh last last ko claim ko ade depression. haaa..memang nak kena lagi. contoh paling senang bab pointer, katakan laa ko aim nak dapat dekan, punyalah ko berdoa hari hari mintak nak dekan di samping usaha ko yang tak berbelah bahagi.

Sekali bila result keluar, ko dekan 3.6 gituh, alhamdullilah dah nangis nangis air mata gumbira tetiba bff ko cakap dia dapat 3.9 terus ko macam “alaaaa kenapa aku 3.6 je, apasal dia 3.9 padahal dia pinjam notes aku kot, apesal aku tak dapat macam dia, lembapnya aku , orang lain dekan semua tinggi, aku dapat nie je”. haa..macam macam laa lagi monolog dalaman ko time tuh. nampak tak, dekat situ ko dah start tak bersyukur and tak appreciate pun effort ko sendiri yang mentelaah study bagai nak rak and doa yang tak putus putus ko buat sebelum nie. percayalah, setiap orang rezeki, bahagian dan ujian kita berbeza, sebab tuh laa kurangkan persaingan yang memudaratkan dan tingkatkan prestasi dan doa.

4. Banyakkan memberi dan berkongsi.

Memberi dan berkongsi nie tak kisahlah dalam konteks apa pun baik dari segi ilmu, duit mahupun makanan takpun tenaga. contoh meggie kalau makan sorang sorang tak sedap, so kongsi laa tak pun ajak roommate makan sekali sambil layan drama korea. hahahaha. ok tak, bagi aku, kalau nak rezeki kita diperluas dan dipermudahkan, jangan lokek nak berkongsi dengan orang lain nak nak lagi bab pelajaran. kalau ko rasa ko pandai and Allah kasi ko kelebihan untuk cepat paham sesuatu benda berbanding dengan kawan ko yang lain, tak salah pun kita share ilmu dengan kawan kawan lain. bila lagi banyak kita share and ajar orang, lagi senang kita nak paham and dapat ilmu lain.

Kadang kadang soalan dari membe kita yang tak paham nie buatkan kita jadik makin semangat nak cari jawapan untuk dia sebab semata mata niat nak tolong kawan kan and plus bila ko pikirkan solution tuh ko dah dapat tambah knowledge dekat situ. tapi jangan pulak ko jadik cikserbatahu sembang kencang berlagak sini sana cakap ko pandai apa semua, itu sangat annoying ye. just be moderately, tolong kawan kawan yang terdekat dulu. nanti lama lama orang lain pun akan datang cari and mintak pertolongan kita. ohh lagi satu, once bila dah tolong, jangan sesekali mengungkit ye kawan kawan tak kisah lah ko bergaduh sebesar mana pun, sebab nanti dikhuatiri tak berkat and sia sia je laa kita buat baik.

5. Kurangkan bebanan emosi and masalah peribadi.

Haa.. nie pun penting jugak sebab kita nak belajar kena dalam keadaan mental fizikal dan emosi yang baik gituh barulah boleh struggle habis habisan mengejar impian dan cita cita. kalau bergaduh dengan kawan, tak payah laa nak take serious sangat, kalau ko rase ko salah, ko mintak maaf, kalau diorang yang salah, takpe ko mintak maaf jugak manatahu dengan maaf ko mampu meruntuhkan kerasnya hatimuu~~~.

Ok tuh lirik lagu. make it simple, kalau orang dah taknak kawan, ko move on je. banyak lagi kawan kawan lagi yang boleh buat kawan. jangan laa bazirkan masa update status whatsapp, insta story, fesbuk berkoyan koyan mencurahkan rasa hati ko yang terkilan sangat tuh. be matured, dari ko menangis pastuh masuk kelas buat muka sememeh, time kuliah tak boleh fokus lebih baik ko fokus kejar impian ko. buktikan pada kawan kawan ko dulu yang ko boleh survive and berjaya without them. lagi satu masalah peribadi yang common yang boleh mengggangu gugat niat asal nak berjaya and survive time degree bila kita start ade cik abang cik adik sayang gituh. literally, couple tuh memang salah and once bila dah terjebak ko payah nak patah balik and to be honest aku pun one of them (tapi dah final year pun masatu). so dah tahu buat benda yang tak diredhai, try manipulate dia in a good way and honestly aku sangat tak encourage korang start this couple things masa awal awal masuk degree.

For the first and second year macam tuh korang better focus on studies, kejar dulu pointer tinggi. dah rasa mampu nak maintain study, kawal emosi and degree pun tinggal 2 sem je lagi boleh laa start mengenal hati budi masing masing and be serious in relationship yang bermatlamatkan ikatan yang sah laa di akhirnya nanti. ok part nie aku taknak ulas panjang laa sebab jap lagi ada yang dikecam netizen berstatus pahlawan papan kekunci pulak. hahahahaha.

6. Doa dan dhuha

Bapak aku cakap sehebat mana pun usaha kita, mesti kena ada kebergantungan kita pada Allah sebab semua semua yang kita dapat bukan totally dari usaha kita and benda tuh dah terbukti pun dekat aku. kadang kita rasa kita dah usaha sehabis baik, buat assingment study sampai skip makan but still rezeki kejayaan tuh tak dapat dapat jugak. mungkin kita kurang kebergantungan and doa kita pada Allah. so rajin rajin laa berdoa tiap kali lepas solat and sebut laa segala apa yang korang nak mintak dalam doa korang.

Lagi satu di samping berdoa untuk kejayaan diri sendiri untuk degree nie, jangan lupa selitkan sama doa untuk kawan kawan korang yang korang rasa banyak bantu korang mudahkan urusan belajar korang, mention laa nama diorang sekali and lagi bagus doa untuk satu batch satu kos terus. InshaALLAH bila kita doa untuk orang lain, rezeki yang kita dapat tu ada yang tak disangka sangka pun. tak pernah terlintas pun nak dapat macam tu. haa.mintak jugak parents korang doakan sekali, apa yang aku boleh share, tiap kali aku nak quiz, test takpun final exam aku akan call mak aku cakap aku nak periksa nie, doakan laa apa yang aku baca keluar masa jawab exam nanti.

As simple as that sahajo. dan aku rasa berkat doa parents aku, alhamdullilah aku berjaya dapat dean’s award setiap semester sampai habis degree. pasal dhuha pulak, aku tahu kadang kekangan time kuliah yang buatkan kita takde kesempatan, so kalau masa weekdays time kelas tak boleh nak buat, try buat weekend. lepastu bila time study week and final exam dah takde alasan tak dhuha kan sebab banyak masa free, so try buat jugak. aku pun masih lagi belajar and kadang skip jugak tak tahan digoda hasutan dunia yang penuh pancaroba ini, tapi effort nak menjemput rezeki melalui solat sunat dhuha tu kenalah ada kawan kawan.

Aku rasa setakat nie dulu laa yang aku boleh share. aku akhiri confession aku ini dengan ayat cliche yang mana baik korang ambik laa buat pedoman, yang buruk tu buang jauh jauh masuk laut china selatan.
Bye gais..

– Menantu pak kodi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *