Salahkah Jika Aku Menolak Lamaran Itu

Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Ida. Umur 30 tahun dan masih belum berkahwin. 4 bulan lepas aku ada post confession https://iiumc.com/pentingnya-peranan-lelaki/. Dalam confession yang lepas aku ada bagitahu yang aku ada mengambil anak angkat lelaki. Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Iman anak susuanku. Terima kesih atas doa pembaca semua. Iman sudah menjangkau usia 8bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Iman.

Disebabkan sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita kurang enak tentang pengasuh, Aku mengambil keputusan menjaga Iman sendiri dengan bantuan adik dan emak . Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu. Terima kasih rakan kongsi dan staf yang sangat memahami dan amanah. Semoga mereka dikurniakan kehidupan yang bahagia dan dimurahkan rezeki. Selain dapat mengikuti perkembangan Iman aku juga dapat meluangkan masa berkualiti dengan mak (wishlist aku setiap tahun sejak aku bekerja).

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun meninggal dunia. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Iman dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni), malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Iman dan berulang-alik membawa Iman ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Iman (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Iman (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibubapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat. Pada raya Aidilfitri yang lepas keluarga belah arwah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar arwah Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin dan dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja. Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan Hafiz datang bersama ibubapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku. Ayah Hafiz mutawwif dan ibunya ustazah. Hafiz merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya. Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Iman.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Hafiz selepas berpuluh kali ibu Hafiz menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Hafiz jelas berubah mukanya. Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Iman, ayat yang keluar dari mulut ibu Hafiz, “Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu darah daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood,rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Hafiz mungkin tidak dapat menerima Iman. Melalui whatsapp aku maklumkan pada Hafiz penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Hafiz turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Hafiz sebab aku tak nak Iman terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam islam keturunan penting, salah Iman ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Iman menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Iman, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Iman dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Ida buat.

– Mommy Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *