Hi semua, tak sangka post aku sebelum ini dapat sambutan yang mengalakkan. Maaf kalau nota itu terlalu basic. Tapi tak mengapa, aku akan jawab beberapa soalan yang dikemukakan dalam ruangan komen.
Soalan-soalannya adalah:
S: Loan kereta habis dalam 3 tahun lagi, lepas tu plan nk beli rumah, rumah low cost pun takpe. Ada tips ?
J: Tak payah tunggu 3 tahun. Jika rumah pertama, boleh dapatkan 100% loan. Pastikan ccris dan dsr kita cantik. Cari rumah subsale dibawah di bawah market value. Gaji kecik takpe, cari rumah murah-murah dulu. Contoh rumah harga pasaran RM180K, tapi owner nak jual rm130K je, kita kawtim dengan owner dan lawyer nk markup loan ke RM180K. So, kita loan RM180K tp harga rumah RM130K , RM50K dapat cashback tu boleh guna untuk hapuskan sepenuhnya hutang jahat iaitu hutang kereta, bayar cash terus kat bank langsai hutang kereta, tinggal hutang rumah je. Lebihan cash lagi boleh buat bayar legal fees dan stamp duty dan simpan untuk next rumah. Rumah tu nanti boleh duduk sendiri atau sewakan. Kalau nak beli lebih dari sebuah rumah, aku suggest sewakan, sebab rental agreement boleh guna utk buat loan next rumah (beginilah cara kapitalis hartanah beli banyak rumah, biasanya berakhir dgn beli rumah lelong banyak lepas kumpul banyak cash). Btw, pasal rumah low cost, kena ingat rumah low cost ada sekatan jualan selama 5 tahun.
Soalan: Beli tanah atau rumah? Yang mana lebih baik?
Jawapan: Harga tanah biasanya mahal. Kalau di luar bandar, mungkin masih mampu. Kalau nak beli tanah, pecah lot dan buat rumah, perlukan modal yang besar, kalau ada modal, boleh teruskan tapi pastikan ada buat kajian mengenai kadar permintaan dan sewa kawasan terbabit. Tapi kalau belum punyai modal, beli rumah dulu, kumpul modal perlahan-lahan.
Soalan: Berniaga kecil-kecilan, tiada slip gaji tapi mahu membeli rumah. Bagaimana?
Jawapan: Kalau takde slip gaji. Tak kira berniaga pasar malam atau berniaga online. Pastikan berdaftar dengan SSM (biasanya entreprise) dan buka akaun (current account) untuk syarikat yang didaftarkan. Pastikan setiap tahun declare tax kpd LHDN. Jika rekod CCRIS suci bersih, boleh apply asb financing ataupun kad kredit (make sure jgn salah guna). Bank nak kenal juga cara kita bayar macam mana, suci bersih pun tak boleh jugak. Selepas 2 tahun, boleh buat loan rumah. Insya Allah, lepas.
Soalan: Beza leasehold dan freehold ?
Jawapan: Leasehold ni hartanah kita pajak dgn kerajaan negeri, biasanya 99 tahun, bila habis boleh renew. Freehold pula hak milik kekal. Tapi dua2 kerajaan boleh ambik untuk pembangunan cuma pampasan untuk freehold lagi tinggi. Dari segi kenaikan nilai, untuk hartanah yang sama ciri-ciri, leasehold dan freehold lebih kurang je kenaikan nilai untuk 10 tahun pertama pertama. Selepas 10 tahun, freehold biasanya lagi perform daripada freehold. Satu benda kena consider ialah hartanah leasehold lagi susah nak jual sbb kena dapatkan kebenaran kerajaan negeri. Ada sampai lebih setahun baru settle penjualan. Biasanya ada protection bumiputera, kalau bumiputera beli leasehold, title akan jadi leasehold bumiputera, nanti hanya boleh jual kepada bumiputera sahaja. Title rumah ni ada banyak jenis. Freehold pun boleh jadi Freehold bumi lot, boleh jual kepada bumi sahaja, bukan saja-saja diskaun bumiputera tu. Lagi sempit target buyer kita, lagi susah nak jual. Oleh itu, sila semak dahulu. Namun, jangan obses sangat dengan Freehold, sampai tak beli-beli rumah. Haha. Leasehold pun ada yang menguntungkan, freehold pun ada yang merugikan.
Soalan: ASB loan masuk ccris ke tak?
Jawapan: ASB loan ataupun ASB financing masuk ccris. Kalau bayar cantik maka ccris cantik. Tapi jangan risau, ada bank yang anggap ASB financing ni bukan komitmen selepas tahun pertama (lepas dapat dividen), maka tak bagi kesan pada Debt Service Ratio (DSR) iaitu ratio hutang per pendapatan bersih. ASB loan ni bagus untuk simpanan paksa. Bukan senang nak menyimpan secara sukarela, maka paksa diperlukan. Haha.
Itu sahaja buat kali ini. Maaf jika ada soalan yang belum terjawab. Insya Allah, aku akan jawab dalam part seterusnya. bye..
– Fariz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit