Kadang kadang aku tak faham macam mana kakitangan kerajaan ni bekerja. Kalau orang2 yang ada pangkat buat salah, bos2 semua pejam mata, nasihat aje.Bila orang bawah2 buat salah, kena tindakan tata tertib.
Ada seorang yang ada pangkat di UTM ni, tiap2 hari dia suruh staf dia ambil dia dari tempat tinggal ke tempat kerja, macam dia big boss, ada pemandu peribadi pulak. Tapi yang aku dengar, orang2 yang ada pangkat macam ni dah dapat elaun kenderaan tiap bulan, banyak pulak tu, sama banyak gaji sebulan kerani .
Bukan itu saja, dia ajak juga pemandu hantar dia untuk jumpa anak dia. Bukan dekat tapi jauh daripada KL. Ish ish, ini patutnye ambil tindakan tatatertib. Guna kenderaan universiti untuk urusan peribadi.
Bila dah dengar desas desus orang tak puas hati staf dah tak larat nak ambil dia ulang alik dari tempat tinggal ke tempat kerja, dia pandu sendiri kereta universiti., pergi mana-mana ikut suka hati, urusan peribadi pun. Pandai dia.
Tapi ni pun salah. Guna kenderaan universiti. Jadi orang pun berbunyi laa juga pasal ni. Akhirnya, dah dengar bunyi 2 ni, dia bawak kereta sendiri. Memang aku nak ketawa, rupanya pakai kereta kecil aje. Sebab tu lah malu kot nak bawak kereta ke KL. Orang KL yang setaraf dengan dia semua pakai kereta besar2.
Tak puas dengan guna kenderaan, dia juga beli iphone untuk diri dia guna duit universiti. Aku tak tahulaa bole ke tidak buat ni sebab aku orang kecik aje. Tapi aku tak pernah dengar lah pegawai lain buat camtu. Iphone kan mahal. Aku dengar universiti ada bagi talipon untuk pegawai tinggi macam dia ni tapi bukan iphone. Ambil peluang betul mamat ni.
Pastu aku ada lah juga dengar2 rungutan dari pemandu kat tempat tu tentang aktiviti menggunakan kenderaan universiti. Tak habis2 dengan guna kenderaan universiti.
Guna untuk balik rumah kat JB laa, guna untuk tengok anak laa. Tak bagi orang lain guna pemandu unit dia laa. Paksa pemandu pandu kereta malam2 sebab nak sahur dengan bini kat JB nu. Macam2 laa….
Macam2 lagi aku dengar pasal mamat ni, tak pandai sangat mengurus. Orang panggil dia boss “KIV” . tak tahulaa apa dia buat sejak dia datang UTMKL. Macam takde apa2 pun. Dia asyik berjalan aje sana sini. Ramai staf dia dah letak jawatan sebab tak larat boss tak ada hala tujuan.
Pada pandangan aku orang kecik2 ni rasa hampa lah tengok orang2 yang ada pangkat ni dibenarkan untuk menjadi tidak amanah, bos2 besar UTM ni cakap aje lebih . Orang2 kecik macam aku ni dah lah kena kerja teruk, elaun overtime pun tak dapat sebab UTM nak jimat duit. Tapi nampak gaya bos2 UTM buat macam2 jamuan, pakai duit sendiri ke?
#akukuli
#kenabuli
#berkhidmatuntuknegara
#salahgunakuasa
#utm
– Akoo Kooli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit