Seorang Anak

Perempuan? Best sangat ke jadi perempuan? Aku ingin menceritakan kisah silam aku masa meningkat remaja dan awal remaja. Sekarang umur aku pon dah cecah 22 tahun bolehlah di gelarkan dewasa. Hehe. Ceritanya pasal aku seorang anak perempuan tunggal yang mempunyai 4 adik beradik lelaki. Kisahnya pasal aku dengan mak aku. Mcm biasalah perempuan dengan perempuan cepat panas.

Kisahnya bermula ketika aku darjah 5 iaitu 12 tahun yang lalu. Bilamana aku pernah dihalau keluar rumah gara-gara aku tak tolong buat sarapan pagi. Aku dihalau keluar rumah dan tak payah masuk rumah selama setengah hari tanpa bersarapan pagi. Mak aku sejenis yang kalau marah aku dia lebih suka kepada silence treatment.

Dia akan senyap sesenyapnya. Tapi berbeza pula layanan mak apabila abang-abang dan adik-adik lelaki aku buat salah hanya seketika je mak akan marah. Bila bahagian aku terbuat salah kekadang mak aku akan silence treatment dgn aku selama seminggu. Yelah biasalah budak-budak nak membesar tapi cara mak tu yang membuatkan aku berasa kecik hati sangat-sangat bila banyak perkara aku buat semua salah di depan mata dia. Zaman kecik aku tak seindah zaman kanak-kanak yang lain. Pernah satu hari tu aku terjatuh longkang luka dagu dan hidung aku, hanya ucapan padan muka sahaja yang aku terima daripada mulut mak aku.

Kekadang perkara kecil mak aku suka perbesarkan perkara tu. Contohnya mak aku pesan belikan gam. Aku naik lah motor ayah aku bawakkan, muka aku terkena pelepah pokok kelapa ketika aku darjah 4 kalau tak silaplah sakit kot. Mak aku marah yang jenis membebel disebabkan salah beli gam yang dia inginkan dan aku mengadu pasal muka terkena pelepah pokok kelapa dan ucapan mak aku pada aku ketika itu adalah ‘memang padan mukalah terkena pelepah pokok sebab beli gam salah’.

Aku time tu hanya mampu menangis je. Masa aku naik sekolah menengah masa form 1 atau 2 mcm tu, aku pernah meminta untuk belikan novel saja sebagai pembacaan aku kat rumah tapi tak pernah dilayan pon permintaan aku dan marah aku balik semula adalah. Pakaian aku paling jarang sekali beli, aku tak tahu kenapa puncanya. Kebanyakan pakaian harian aku banyak daripada pakaian abang-abang aku yang diaorng sendiri dah taknak pakai. Tapi kalau bab-bab pakaian abng2 dan adik2 aku yg lain mcm-mcm yang mak belikan.

Pernah jugak wujud perasaan cemburu tapi nak buat mcm mne, aku sebagai seorang anak kena lah akur dgn sebaiknya. Zaman remaja aku, aku pernah ada niat nak bunuh diri dan aku selalu salahkan takdir kenapa aku wujud dan lahir dalam dunia ni kalau mak ayah tak sayang kat aku. Aku selalu berfikir betul2 ke aku ni hnya anak angkat. Masa aku kecik2 pon mak ayah aku selalu cakap ‘akak ni mak ayah kutip kat ‘tonboard’. Anak mana yang takkan terfikir dia anak angkat bilamana sering dimarahi ada salah sedikit umpama buat salah yang teramat besar.

Sebab tulah apa yang aku belajar di sekolah aku akan cuba buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang cemerlang disebabkan aku nak cari perhatian mak ayah aku terhadap aku. Aku terpaksa berbuat sedemikian kerana aku nak mak ayah pandang aku. Janganlah asyik memarahi aku, cari kesalahan aku dan mereka perlu lihat kelebihan aku jugak. Sampai tahap mcm tu aku tanamkan azam di dalam hati.

Sebab tu jugak sampai sekarang aku bila ada masalah je aku takkan pernah cerita dengan mak aku disebabkan aku rasa janggal yang teramat. Yelah zmn remaja-remaja aku takde benda pon yang aku kongsikan dengan mak sehingga lah umur aku sekarang ni. Aku rasa pelik dan tak reti nak mulakan dari mana. Walaupun umur aku dah sebegini kekadang je kemarahan mak akan muncul bilamana aku tak mengikut rentak dia.

Dan sampai sekarang aku banyak memendam sehingga aku jadi seorang yang gemar untuk ketawa. Benda bagi orang lain tak kelakar pon tapi benda tu pon jadi kelakar bagi aku. Bagi aku ketawa mampu buatkan aku lupakan sesuatu perkara. Pada malam hari aku banyak kali menangis bersendirian. Aku tak tahu nak luahkan kat sapa bile aku berhadapan dengan situasi tersebut. Aku hanya mampu menangis itu pun dalam diam dan tulis dalam buku diari.

Sekarang aku cuba lupakan sedikit demi sedikit peristiwa itu dan buku diari aku dah bakar sebelum aku terbang jauh beribu kilometer supaya aku tak dapat ingat semuanya. Kadangkala muncul di minda aku, buatkan aku berasa sedih kerana memikirkan layanan mak aku terhadap diri ini. Bila aku belajar jauh dan balik hanya setahun 2 kali sahaja aku lihat layanan mak berubah sedikit terhadap aku. Aku bersyukur sangat. Walaupun mak buat aku sebegitu, aku tetap sayangkan family aku. Aku sayang sangat-sangat. Hari-hari aku doakan padaNya supaya jagakan keluarga aku di bawah lindungan rahmatMu kerana aku terlalu sayangkan mereka. Aku akan sentiasa mencuba menjadi anak yang mampu senangkan hati mak dan ayah aku.

– Anak perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *