Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.
Disebabkan dalam confession terdahulu ada ramai yang minta tips macam mana nak mula berniaga, jadi aku berasa macam “fardu kifayah” pula untuk share cara-caranya dan akan rasa bersalah kalau tak share sebab orang Melayu kita jarang nak viralkan benda benda baik macamni, orang kita lebih suka viralkan video video nonsense & thread thread twitter yang entah apa apa kat wall facebook setiap hari, lepas tu complain kenapa susah nak dapat kerja zaman sekarang. For fun ok la, aku pun layan tapi jangan jadikan habit sampaikan tak bergerak buat apa apa benda yang improve diri pun.
Lalu mula salahkan kerajaan lama/baru sebab tak sediakan peluang pekerjaan, mula salahkan lecturer sebab tak ajar buat bisnes, mula lah nak salahkan university sebab jadi penggangur, semua benda kita nak salahkan ended up kita sendiri yang mereput dalam bilik marathon tengok drama korea tanpa berubah pun. Benda yang paling susah nak buat adalah BERUBAH. Tak salah pun kita nak buat semua tu tapi ada kadarnya & hadnya. Jika berlebihan atas sebab pilihan kita sendiri jangan lah pulak salahkan orang lain kalau kita sendiri tak ada progress pun dalam hidup. Aku cakap kat diri aku sebab aku dulu macamtu.
Disclaimer: orang yang nak buat bisnes je yang aku sarankan baca confession ni, sebab apa? sebab korang pun bakal hadap dugaan dan cabaran yang aku pernah rasa & kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Orang kecam orang maki, take it positively walaupun dia memang terang terangan negative sebab kita kena jaga & sayang aura positif kita. Sekali kita rosakkan dengan jadi negatif macam orang tu, habislah bisnes kita. Kita akan jadi slow, malas, down grade diri sendiri, tak yakin & low self esteem. Bisnes pun on off pastu terus off selamanya. Jangan lah macamtu. Nak jumpa melayu yang minat berniaga pun susah weh.
Kau pegang kata kata ni, “FAKE IT UNTIL YOU MAKE IT” maksudnya berlakon je dulu sampai lah kau boleh buat benda yang kau sendiri rasa tak boleh buat in the first place. Contoh kau malu nak berniaga, fake kan jer dulu konon kau tak malu pun nak post kat facebook, nak post kat insta, insta whatsapp fb story, nak buat live fb lagi lahh.. aku dulu macam tu la malu giler weh dah la introvert haha..
ni semua free marketing yang kami guna untuk buat sales & aku kongsikan kat stokis & agent aku untuk buat sales, personal branding, soft selling, direct selling, content marketing & macam macam lagi. Aku pun masih belajar. Aku pun masih join kelas kelas bisnes dan pembangunan diri. Aku tak ada ilmu mana pun tapi aku suka share apa sahaja ilmu yang aku tahu sebab aku yakin bila aku share, Allah akan gandakan kapasiti otak aku untuk fikir idea baru dan ilhamkan ilmu baru hehe.
Berbalik point asal, kalau kau sayang bisnes kau, lebih baik kau “fake” kan yang kau ni positive jer walaupun dalam hati membuak buak nak balas balik komen komen negatif orang, macam aku kena dulu haha contohnya terdesak nak duit leteww sebab tu buat bisnes, tak cukup duit la, nak kumpul duit kahwin la, keluarga miskin la, kau ni introvert takkan boleh berjaya, aku tak tengok pun tanda tanda berjaya kat muka kau haha. Jahat kan? Tapi bila kau ingat balik, kau senyum & tergelak jer sorang sorang & ucap dalam hati alhamdulillah terima kasih sebab bagi aku “kekuatan”.
Rasai moment “lucu” tu dalam sujud menyembah Tuhan sambil menangis teresak esak macam budak kecik pun tak apa sebab masa tu lah kau akan rasa lebih dekat dengan Tuhan & doa kau akan betul betul “datang” dari dalam hati kau. Ni lah yang Allah nak & tunggu. Allah takkan kabulkan doa yang main main & tak bersungguh sungguh. Pernah tak kau doa nak 9A SPM, nak dean list, nak pakai motor kereta, nak kerja, nak menang pertandingan apa apa dengan doa yang sungguh sungguh pastu Allah bagi. Mesti pernah kan? Macamtu jugak la bila kita buat bisnes.
Bila mana Allah dengar rintihan doa kau waktu kau dalam keadaan macamtu, siap sedia lah wahai dunia, dunia akan jadi milik kau & ianya berada dalam genggaman kau. Kau dah tak perlu risau pasal dunia. Nak berapa angka? 5 angka? 6 angka setahun? Nak beli rumah? Itu semua kecik je bagi Allah. Allah tak heran langsung sebab dia yang gerakkan setiap zarah untuk bagi doa kau makbul. Kita minta sungguh sungguh dan usaha sungguh sungguh.
Ada satu lagi syarat iaitu kita buat dulu apa yang Allah suruh & tinggalkan apa yang Allah larang. Buat dulu. Jangan tanya perlu ke? Wajib ke? Jangan percaya, buat jer. Nanti kau akan nampak sikit sikit jalan terbuka dalam bisnes. Idea pula berputik. Semangat semakin membara dan Allahuakbar kau akan jadi somebody one day dalam bisnes!
Formula ni simple je. Tak perlu guna formula ciptaan Barat yang sengaja nak memeningkan kepala kita pun sehingga kita lupa yang dunia ini ada “boss” yang kita kena jaga & “punch card” setiap hari. It is kind of personal bagi aku untuk cerita kat sini tapi sebab aku dah kena dugaan hidup atas batang hidung aku sendiri dan aku rasa kau pun akan lalui jugak dugaan hidup yang perit tu. Bila kita jatuh seteruknya dalam hidup, pasti ia memaksa kita untuk menyediakan sekeping hati yang kental untuk bangkit balik dengan pertolongan Allah. Kita tiada pilihan lain kecuali hanya Allah. Kau mesti buat benda yang sama jugak iaitu BACK TO BASICS.
Nak mengadu kat manusia takut kita pulak yang kena marah, nak mengadu kat best friend setakat sabar sabar gitu jerlah paling banyak dia akan cakap kat kita haha.. lebih baik kita “bercakap” dengan Allah dengan bermonolog sorang diri & baca al-quran. Siap Dia boleh balas balik apa yang kita rasa dalam setiap makna-makna ayat al quran yang kita baca. Baca terjemahan dia selepas bacaan al-quran, Allah akan jawab mungkin on the spot mungkin melalui manusia, mungkin melalui benda lain, sebab dia tahu apa yang kita sedang fikir walaupun kita tak sempat nak luah pun. Contoh aku selalu jugak down bila stokis agent lari, then bila baca terjemahan Allah kata “beruntunglah orang yang bersabar & xxx” so sabar lah kuncinya bila buat bisnes.
Contoh lain, aku rasa sale drop, dulu nak dekat ratus ribu dah, lepas tu jadi puluh ribu balik, pastu aku tanya kenapa ye Allah? Pastu aku terbaca terjemahan pasal sedekah & zakat hahah and I was like ohh ok fine aku buat sekarang jugakk hihihi. Lagi satu yang terbaru hehe.. aku baca al quran, dalam kepala dah lama fikir kenapa aku tak jadi jutawan lagi hehe pastu kau tahu Allah jawab macam mana kat aku? Dia bagi cerita Qarun kat aku hahah.. sentap giler.. nak tahu cerita dia? Meh aku kongsikan.
Qarun ni dulu pengikut setia Nabi Musa dan qarun ni asal tak kaya pun tapi satu ketika Allah bagi dia kaya sampaikan anak kunci gedung dia pun dah berat orang nak pikul dan Qarun tu kata yang kekayaan itu datangnya disebabkan pengetahuan dan kepandaiannya. Ramai orang kata, “untung la Qarun” tapi at last Allah timbus dia.
Orang yang kata untung tu pun tarik balik kata kata dia lebih kurang macam “nasib baik tak jadi macam Qarun”. Pertama, pointnya adalah zaman sekarang ramai yang kaya raya tapi hati hati jangan admire orang bisnes yang cabar kuasa Allah. Kedua, kaya harta itu bukan tujuan hidup kita. Meh aku nak share input masa aku attended training ESQ. Apa sahaja yang kita buat tak kisahlah makan gaji atau buat bisnes adalah berpaksikan visi dan misi yang sama. Visi kita adalah perjalanan menuju kepada Tuhan kita dan misi kita semua sama iaitu lailahaillallah muhammadarasullullah.
Kita punyai misi dan visi yang sama kan? Cuma manusia je takut dengan dunia. Takut tak kahwin lagi, takut tak kerja lagi, takut bisnes tak jadi, takut tak dapat pointer tinggi, takut orang tak suka kita, takut loan rumah loan kereta tak terbayar dan macam macam lagi kita takut kepada dunia ni. Agenda siapa ni yang memisahkan dunia dan akhirat & suruh kita takut lebih pada dunia, bukan takut pada Allah?
Apa yang aku perasan, orang yang aku segani semua jaga betul betul benda ni dan hidup dieorang ok je. Walaupun ada banglo mewah, ok je. Walaupun naik kanc pun happy je. Walaupun tak dapat kerja lagi, Allah lorongkan bisnes untuk dia dan dia boleh jer survive. Walaupun pointer 2.0 tapi dia ok je sebab rezeki dia Allah bagi dalam bisnes. Walaupun tak ada bag berjenama, kawan kawan aku ok je cool je.
Selesai bab tu. Ni bab lain pulak bila orang yang downgrade diri kita dan hembur ayat ayat menikam kalbu macam macam, kat sini lah sebenarnya kita di latih oleh Allah untuk jadi sabar. Kita kena anggap buat bisnes ni macam jalan tarbiyyah untuk kita & perjalanan menuju ke Tuhan. Wahh jadi PU jap hihihi. Tapi betul tau, bila kau dah faham, kau hadam dan terus buat tau. Buat, buat dan terus buat tanpa henti.
Bila bisnes stuck kau cari ilmu & adjust balik. Paling senang nak cari ilmu dengan “free”, kau tanya je orang yang dah buat bisnes directly supaya kau tak perlu buang masa langgar dinding banyak kali. Contoh kalau dulu aku dah buat silap daftar PLT dan burn duit rm500, kau jangan lah daftar PLT. Daftar jer enterprise dulu, bila bisnes dah meletops terus je daftar Sdn Bhd jangan buat “pit stop” dengan daftar PLT dulu.
Selain tu, contoh cara nak daftar trademark dan patenkan logo bisnes kau kat MyIpo, tanya je orang yang dah buat benda tu macam aku hehe. Boleh google untuk benda benda simple tapi untuk benda complicated lebih baik tanya orang. Seriously, aku suka gila jumpa budak muda baya baya aku 20-an yang serious berniaga sebab aku yakin dieorang ni lah yang akan menjadi pembangkit kuasa ekonomi Melayu Islam dalam Malaysia ni.
Memang la sekarang tak ada result lagi, tunggu la 10 tahun 20 tahun lagi, inshaallah boleh pergi jauh. Start 20-an, akhir 40-an kau dah ada syarikat kukuh yang berjaya hire beratus beratus pekerja melayu islam. Best ke best? Ni la fungsi kita sebagai usahawan dan kena tanam mindset ni dalam otak kita supaya kita tak buat bisnes untuk suap mulut sendiri je tapi untuk jadi asbab rezeki anak bini orang lain jugak. Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat. Kita boleh jadi manusia tu dalam konteks bisnes bila kita buat macamtu. Inshaallah.
Pernah dengar formula 9 daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan? Sebab 9 tu adalah kita (ahli perniagaan). Kita kena agih rezeki tu kepada pekerja pekerja kita jugak sebab tu kena 9 hehe.
Semoga bermanfat. Banyak lagi sebenarnya aku nak share tapi takut panjang sangat. Jika ada permintaan lagi, aku share lagi. Hadam dulu yang ni. Cara nak start bisnes bermula rm0, nak daftar ssm, current account kat maybank, sistem stokis agent jika korang pemilik jenama, buka kedai perlu ke tidak? Allahu.. banyak lagi.
– Ameer Al Manna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit