Salam IIUM,
Bila baca pengalaman adik2 yang mula bekerja atau yang baru start kerja. Aku teringat cerita aku mula2 kerja dulu. Abis degree law kat uia aku terus cari tempat chambering. Aku bukan org KL pun tapi saja nak cuba kerja kat sini. Kira gamble la. Dapat la satu firm ni, dekat Ampang dekat la dgn LRT. Senang nak ulang alik. Mula2 interview dah rasa lain macam, tapi aku teruskan juga chambering kat situ. Cuba positif kan diri. 9 bulan okeh. Elaun 800 je sebulan, cukuplah bayar PTPTN, duit transport, LRT and bas, duit makan, dan bayar bil utility dekat abang aku dalam 50 hinggit sebulan sebab tumpang rumah dia.
Orang kata join la firm kecik baru dapat belajar banyak. Aku pun percayalah. Berbesar hati je masuk firm orang dgn berlapang dada sbb nak tuntut ilmu. Tapi hmmm… bacalah sedikit kisah aku ni. Kita fresh grade ni mmg naif, dah la grade UIA. Kat UIA tu geng aku bukanlah jenis yang pakai tudung labuh, tapi jenis baik2 jugak la, kawan2 aku pun jenis cakap lemah lembut je. Tapi itulah comfort zone kita. Bila start kerja Ya Allah kena hadap realiti. Hari2 aku menangis. Kan kita mula2 kerja banyak buat silap, mmg asyik kena marah je, kena sound kena jerit. Dengan lawyer pun ye, dgn kerani pun ye, tapi kami budak chambering byk kena maki dgn kerani la. Kerani2 ni makcik2 40s yang semua macam kena period hari2 dan yang kononnya boleh di gelar ‘senior clerk’.
Sedih kena buli dgn diorang. Lambat angkat phone pun diorang jerit dari jauh ‘woi, pekak ke tak dengar talifon tu berbunyi’ Pernah tak kena maki macam tu. Seumur hidup aku mmg tak pernah walau dgn mak ayah aku. Mmg trauma weh. Then, kalau kita senyap2 duduk berbual sesame budak chambering, diorang cakap ‘hmmm mengumpat kita la tu’ sambil menjeling. Kerja diorang kami budak chambering yang kena kena buat ok, fotostat, filing, follow-up kes diorang, belikan makanan utk diorang, kemas office, angkat2 barang, dah jadi macam babu dah. Kadang tu bagi file pun hempas2.
Kena jerit lagi. Pernah kena marah sbb aku tak nak turun bawah beli roti canai kat bos. Kena maki like “apa masalah awak?” Kawan aku plak budak lelaki kena tolong hantar baju diorang kat kedai, sbb budak laki kan ada motor. Lawyer dgn kerani sama geng. Sama je membuli. Pernah aku tgh makan tengah hari , aku berhenti makan sbb clerk suruh turun bawah ambik file dgn lawyer, dan angkat bag lawyer tu. Tgh makan weh. Pegi la aku turun naik office, walhal diorang sibuk bergossip.
Selain tu, kami ni mmg kena naik turun pejabat tanah, ambik dokumen, pergi court buat sebutan. Dengan dokumen tak lengkapnya, kena marah dgn kerani mahkamah lagi aduhai. Bila tanya file ni ok ke? Ada apa2 yang dokumen tak cukup, lawyer cakap tanya clerk, pegi tanya clerk kena hamun ‘check la sendiri tu pun tak reti, semua nak kena spoon feed.’
Kalau tak tanya then salah kena maki lagi, di kata suka hati buat kerja sendiri. Ada yang cakap ‘ macam tu ke nak jadi lawyer’. Sinis sgt. Mulut makcik2 ni mmg laser weh. Sampai aku kesian tgk gambar anak2 diorang , kesian sbb diorang dapat mak2 macam tu. Ada tu court petang start pukul 2, lawyer bagi file pukul 1 utk sebutan (mention). Itupun dia just letak atas meja. Aku terperasan.
Nasib baik aku perasan, kalau tak sure berbakul kena maki. Tapi sebenarnya lawyer tu dia malas pergi mahkamah. Dahlah aku waktu tu belum boleh buat sebutan lagi sbb less than 3 months (lepas 3 months, ada short call lepas tu baru boleh appear depan majistret-session court judge and above still tak boleh). Maksudnya dia suruh aku mintak mana2 lawyer kat court tu tolong buat. Aku berlari cari teksi, dahlah mahkamah jalan duta tu banyak courtroom, kena cari mana satu yang ada kes kau. Then kena cari lagi lawyer yang sukarela nak mention untuk kau. Nak pitam aku haritu. Mmg selfish betul perangai lawyer opis aku tu, masya Allah.
Apapun aku terima je, walau balik kerja aku menangis. Nak tukar firm time chambering susah juga. Banyak procedure. Aku tahan je dgn kehidupan dekat opis yg macam neraka tu, hari-hari aku tgk tarikh bila nak habis chambering. Sakit dan peritnya hidup di layan seperti kelas kedua. Tapi, kalau kat luar aku jumpa org baik2.
Ada seorang auntie tu jumpa aku kat mahkamah terkial2 cari bas dia offer antar, aku pernah kongsi teksi dengan lawyer india perempuan, pergi mahkamah shah alam, dia tak bagi aku bayar, kadang kat court ada lawyer belanja makan, dan ada juga lawyer chinese yang tolong file aku, diorang tolong buat sebutan, check2 file aku, baiknya. So aku conclude kerani2 dan lawyer2 kat opis tu adalah golongan manusia yang hidup dia tak bernasib baik, rutin diorang sama setiap hari, dan aku tau gaji diorang kecik.
Aku tahu sbb aku pernah buka personal file diorang. Dan mereka memilih untuk jadi watak jahat dalam dunia ni. Diorang sesama diorang pun main tikam belakang. Mengumpat la, main group2 wassap kutuk orang tu, tapi depan orang tu berlagak baik.Igt kitaorang bodoh tak bleh baca permainan depan mata kami? Pernah aku terlintas, kakak2 clerk, dgn lawyer ni solat la, puasa sunat la, tapi sedih je perangai tak seindah solat yang dikerjakan. Pathetic!
Aku? Aku pilih untuk follow org2 baik yang aku jumpa sepanjang aku chambering tu. Abis chambering fuhh aku tak jejak kaki dah kat situ. Yang aku tau firm tu mengecil sbb job takde sgt, baguslah aku sumpah firm tu tutup. Haha. Aku jawatan apa sekarang? Legal Manager kat satu syarikat ni, boleh je nak bagi file kat firm tu kan, sbb diorang panel syarikat aku ni tapi jangan harap. Malu weh diorang dgn aku. Tak berani call tanya apa2 pun. Lawyer situ pun pernah jumpa aku kat luar sengih2 aku buat tak kenal jerk. Hehehe.
Adik2 yang baru nak kerja akak nasihatkan, kuatkan hati, kalau down tu normal tapi kita selalu tahu target hidup kita. Persetankan manusia hati jahat kat dunia pekerjaan ni. Ingat Allah, Dia selalu bersama dgn orang yang baik. Jangan jadi mcm depa tu.. Lepas di layan mcam babu tu my self-esteem mmg jatuh low sgt, bila masuk company baru, terharunya orang layan kita baik2.
For now, adik2 yang intern ke pratical ke, slim ke, if you are under me, mmg you akan buat my job, which is review documents, drafting legal opinion etc. Aku mmg tak bagi kerja2 admin, adalah sikit2 tu haha kena juga belajar basic jugak kan, but I will help you to become a good legal counsel, bukan macam lawyer and clerk yang pernah buat kat aku dulu. I believe dgn buat macam ni, Allah akan buka lagi rezeki kita in future. Insha-Allah.
– Syuhada
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit