Bapakku Bukan Bapakmu

Hi, salam korang. Terima kasih admin siarkan cerita ni. Maaflah, ayat aku ni kurang gramatis, hehehe.

Aku ada sesuatu nak luahkan kat korang. Please, judge laa aku. Sebab aku nak tahu kejam ke hati aku bila hati aku berkata aku benci bapak aku. Hmm, begini ceritanya. Aku seorang anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku perempuan dan ada sorang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Bapak aku seorang pesara tentera kini. Masa kecil ku adalah kenangan yang paling aku taknak ingat. Sebab aku selalu diterajang, disepak, dihamun, dimaki, ditumbuk hanya kerana hal yang kecil. Ya Allah… Kadang² aku tengok hubungan kawan kawan aku begitu erat dengan bapak mereka. Kadang kadang aku berasa malang dapat hidup dalam keluarga ni. Bukan aku tak pernah nak fikir positif.

Dah banyak kali dah aku cuba tapi yelah, still sama je perangai dia. Pernah satu hari, aku balik sekolah terjumpa anak. Kucing dalam longkang. Nampak kesian sgt lalu aku pun bawa balik anak kucing tu sebab nak mandikan dia pastu nak bagi makan. Tapi sampai je rumah, bila bapak aku nampak aku bawak balik kucing tu dia terus sepak dan terajang aku sampai aku terduduk. Hmm aku pun tak faham apa salah aku sampai dia buat aku macam tu. Pernah juga mak aku cerita kat aku masa aku kecil dulu aku penah kena terajang dengan bapak aku sampai aku tak boleh bangun dan pengsan hanya sebab aku tertumpahkan air tebu yang dia beli kat pasar malam.

Dan aku ingat masa aku baru pulih dari eksiden motor masa nak pegi sekolah dulu bapak aku ni teringin nak makan bubur kacang hijau. Pastu dia suruh la aku gi beli kacang hijau, santan dan lain². Dah abes beli barang kat pasar aku pun balik lah rumah .sampai rumah dia tanya kat aku, aku beli santan kotak atau santan yang perah. Aku pun tunjuklah santan kotak kat dia. Dia mengamuk lalu baling kulit durian kat kaki aku yang ada luka eksiden. Hmm, sebenarnya banyak lagi aku nak luahkan kat sini pasal bapak aku tu. Ye banyakkk. Tapi tak terluah.

Aku rasa free bila aku dapat sambung belajar jauh dari family aku sebab aku tak suka bapak aku. Hmm bapak aku pun pernah pukul mak aku sampai lebam lebam tapi mak aku ni jenis sabar. Aku tengok pun sedih. Ye, bapak aku ni jenis panas baran.. Kengkadang aku rimas dengan dia. Cakap je apa lagi yang aku tak pernah kena? Sepak terajang tampar maki hamun semua aku dah rasa. Pernah jugak dulu dia kata dia benci aku sebab aku bodoh lepas dia tengok result UPSR aku dulu. Padahal aku ni takde gagal pun. Orang lain ada lagi yang bawah aku. Aku sedih min. Aku sedih. Kenapa hidup aku malang. Pernah jugak min bapak aku maki maki aku,terajang aku, tumbuk perut aku, Baling beg sekolah aku depankengkawan aku kat sekolah.

Terkebil kebil kawan aku min tengok bapak aku macam tu. Pernah jugak min masa pergi pasar malam dia sepak perut aku pastu bagi penumbuk kat perut aku sebab aku sebok nak tengok ikan masa dia tengah pilih ikan. Pitam aku tengah ramai ramai orang aku terduduk takleh bangun. Orang yang nampak tu pun tengok je bukan nak tolong. Aku malu dia buat aku macam tu.dah la ramai orang tengok time tu, min.

Sampai sekarang aku dah besar ni pun dia duk maki2 akuu. Ya Allah apa salah aku dapat bapak macam ni. Aku tengok orang lain boleh rapat dengan bapak dia. Tapi aku tak. Aku tak boleh. Sampai sekarang aku rasa aku benci dia. Yang gilanya, aku ada simpan cita2 nak balas dendam balik kat bapak aku nanti dia tua*ish jahat gila aku. Hm dia pun pernah intai aku mandi min masa aku sekolah menengah dulu. Nasib baik aku nampak dia terus aku menjerit dan rak jadi dia nak intai aku. Aku bagitahu mak aku dan mak aku marah dia. Padam muka dia.

Walau bapak aku perangai macam tu tapi sejujurnya aku tahu dia tak abaikan pelajaran aku ngan adik adik aku. Aku tahu walau dia macam tu ada juga kebaikan dia buat kat aku ngan adik adik aku. Tapi aku susah nak Maafkan dia dengan apa yang dia dah buat kat aku min. Bapak aku dia tak macam bapak orang lain. Ada sesiapa ada bapak macam aku? Hmm aku harap lelaki² yang baca cerita aku ni, please jangan pukul perempuan sesuka hati. Tinggikan kesabaran walau nak marah sekalipun. Cakap je elok2 tak perlu nak maki maki. Nanti dah ada anak buat macam bapak aku buat tu, jangan marahlah kalau anak kau buat balik macam tu kat kau. Karma tu ada. Hmmmm.

– Syaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *