Dilema Seorang Anak

Thanks for publish my story. Panggil aku A. Aku berasal dari utara. Lepas habis belajar, aku dapat kerja di ibu kota. So, aku menyewa dekat kl and dilantik sebagai ketua rumah since aku yang banyak deal dengan owner. So, housemates aku semua rapat lepas menyewa sekali dan alhamdulillah semua okay.

Since aku jadi ketua rumah, peraturan rumah aku strict sikit la especially bawak masuk lelaki unless family yang datang melawat. So, nak dijadikan cerita, parents aku selalu datang kl sebab aku ada adik belajar kl. So diorang akan datang hantar barang setiap awal sem.

Dilema aku start bila abah aku selalu bergurau which kadang kadang aku rasa macam dia tak bergurau iaitu nak tidur rumah aku sebab diorang selalunya datang kejap sangat dan bazir kalau nak stay hotel. Sekali dua bila abah cakao macam tu, aku anggap gurau. Tapi bila selalu abah gurau macamtu aku rasa macam serius and aku ni lurus, aku cakap the fact. Aku cakaplah tak boleh sebab housemate aku ada, aku kena jaga privasi diorang semua and aku pelawa nak bayar hotel semua. Tapi kalau nak berehat sekejap aku tak kisah pun sebab housemate aku semua buat benda yang sama.

End up, abah macam terasa. End of our topic pasal benda ni, aku mesti akan menangis serba salah sebab abah akan cakap aku macam malu dia dengan mak datang rumah aku sebab dia orang kampung. And benda paling sedih sekali bila mak aku diam. Macam mengiyakan apa abah aku cakap. Jujur, hati aku sedih. Aku nak jaga hati parents aku tapi aku kena fikir amanah aku as ketua rumah.

And baru baru ni abah dengan mak nak datang kl sebab nak hantar adik. Aku memang happylah and aku suruh datang awal sikit sebab boleh makan tengahari rumah aku since aku memang jenis masak. And what broke my heart is abah taknak naik makan and aku sure sebab kes aku gaduh dengan dia haritu. Aku memang tidur berlinang air mata la malam tu. Aku rasa macam aku anak derhaka buat parents aku macam ni tapi aku tak tahu macam mana nak cakap supaya parents aku tak terasa.

Mungkin cara aku cakap salah. Tapi aku nak parents aku tau, aku tak pernah rasa diorang memalukan aku. Akak mintak maaf kalau tak pandai jaga hati abah dan mak. Akak janji akak kerja sungguh sungguh sampai mampu beli rumah sendiri untuk abah dan mak. Akak tahu abah gurau, cuma maafkan akak sebab tak pandai balas gurauan abah dengan elok. Akak sayang abahdan mak.

Yang ikhlas,

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *