EKSTREMIS POLITIK : TAMADUN PENGUNDI
Kepada sahabat-sahabatku yang rancak jari jemarinya berbicara politik di media sosial, tak kira la kau di pihak Kerajaan atau Pembangkang. Ada sedikit pendapat peribadi aku nak kongsikan. Benda ni kan, dia lebih pada adab, dan dalam masa yang sama, untuk jaga aib korang sendiri la. Tapi ni pendapat aku, kalau tak setuju pun bukan masalah aku. Aku ceritakan pengisiannya berdasarkan topik situasi.
KAU TAK SOKONG
Macam ni lah, kalau kau tak suka, tak sokong, tak perlu cemarkan diri sendiri dengan mengata, memerli, dan yang lebih tak elok, mengeluarkan kata kesat. Maksud aku mencemarkan diri sendiri ialah bila kau mula membuat posting/perkongsian yang diiringi dengan kata makian, perlian, dan kata kesat, apa persepsi orang kat kau? Buruk benor perangai. Ye aku tahu kau geram dan tak setuju dengan pihak lawan, tapi perlu ke kau menunjukkan side buruk kau kat user socmed yang lain?
Cadangan, kalau kau tak suka, bagi pendapat bernas, cadangan membina, kau hujah la macam mana pun tentang apa yang kau tak setuju. Kau nak bagi penekanan, kau bagi la teori kau dari sudut implikasi, kos apa benda semua tu. Asalkan takde kata cacian, makian, perli dan kata kesat. Biar nampak kau tu matang sikit, jadi rakyat Malaysia yang komen kepimpinan atssu pembangkang dengan berhemah dan berbudi bahasa dalam masa yang sama, tegas. Aku faham kau marah tentang sesuatu yang kau tak sukau, kau mesti rasa sakit-sakit badan sehari kalau tak mencarot, mengutuk, pihak lawan. Kau nak buat macam tu kau pergi la lepak dengan member sekepala kat kedai mamak ke. Sekurang-kurangnya user socmed lain tak jelik dengan perangai dan mulut memondan korang tu.
KAU SOKONG
Ni satu masalah lagi, bagus kau sokong. Tapi cukup lah sekadar kau nyatakan sokongan kau, dan tak perlu menghina pihak lawan, setiap hari ada je mesej memondan, perli memerli, kiasan yang kau nak share dalam socmed platform.
Satu lagi, dia punya JILAT. Kemain melekat lekat, basah, melekit. Kadang-kadang ada benda dah terbukti salah, still kongsi info palsu nak menang jugak. Kalau sekali sekala takpe, tapi sampai tiap-tiap hari, jelik weh orang macam ni. Dia ingat kita suka info-info berbaur penjilatan ni. Info acik dia bejambol.
HAK KITA
Yang kau pengundi Pembangkang, kau nak hina, kecam, perli pengundi Kerajaan kenapa? Yang pengundi Kerajaan pun nak hina kecam perli pengundi Pembangkang dah kenapa? Duduk diam-diam, analisa diam-diam secara tertutup tak boleh?
Dalam keadaan sekarang, PRU telah berlalu, tanggungjawab pengundi telah berlalu. Sekarang tanggungjawab pemimpin yang telah dipilih untuk mentadbir, dan tanggungjawab pembangkang yang akan menambah perisa dalam pentadbiran supaya masing-masing berlumba-lumba menjaga kebajikan rakyat. Peh, dah macam dalam Parlimen ayat aku ni bhai.
So, what the fish yang kau nak meroyan hina menghina antara satu sama lain, sesama pengundi ni? Tanggungjawab korang dah lepas, kau ingat mengutuk sesama sendiri masalah rakyat boleh setel? Bodoh. Ha, alamak maaf lah.. Terlepas pulak ayat bodoh. Nak buat macam mana, dah terbodoh ye dak. Ruang masih ada untuk kita semua keluar dari belenggu kebodohan politik yang bodoh ini. Ayuh.
SEBARAN BERITA
Ini pun bikin panas gak, bukan panas dengan berita. Tapi panas dengan orang-orang yang tak reti periksa kesahihan berita tu dan terus kongsi, buat statement macam-macam. Seriously, orang macam ni nampak macam takde tamadun and stupid gila, dah tahun 2018 kot, fitnah dimana-mana, takkan tak boleh check dulu kesahihan berita tu, pastu kau nak sebar ke, tebar ke, ikut suke kau. Sebar satu hal, mulut memondan satu hal lagi, combo package dosa kau dapat kalau benda tu fitnah.
AKU PUN PENGUNDI
Aku juga telah mengundi pada PRU lepas. Walau apa pilihan kita, dan walau apa berita baik dan tak baik datang seterusnya, tak perlulah kita yang di pihak gomen dan opposition ni pungpang sana sini. Daripada duk pungpang pungpang politik kecam sana kecam sini 24/7 baik kita buat kerja cari duit untuk sara diri dan family, majukan diri sndri. Sebab tanggungjawab kita sebagai PENGUNDI dah lepas. Padia? Suara rakyat terhadap kepimpinan yang tak menyebelahi rakyat? Ya betul tu, memang suara itu dari kita. Tapi tak perlu kata kesat dan mencemar diri sendiri, cukup buat aduan. Itulah gunanya pembangkang, suara mereka boleh sampai ke parlimen, suara kau? Dalam FB, Twitter, Wassap je lah, macam suara ayam dalam reban berkokok pagi-pagi subuh, tuan ayam tido lagi.
Kenapa aku confess benda ni? Sebab aku dah semakin jelik tengok perangai Politics Extremist rakyat Malaysia yang tak matang dan macam takde tamadun terutamanya orang melayu kita ni. Sebab apa aku kata macam tu? Kau boleh tengok yang sesetengah orang melayu yang duk claim diri depa ISLAM ni, dia buat parti tu dah macam AGAMA dia. Kau balik kampung, kau tengok je lah sendiri, Surau/Masjid yang ni orang PH je pegi, yang satu lagi geng pembangkang je pegi. Buat majlis kenduri2 kadang2 jemput geng2 dia saja. Seriously what the ****? Dan banyak lagi lah keburukan ekstremis politik level rakyat biasa ni kalau nak diceritakan berbanding kebaikan.
Kesimpulannya, jika menyokong cukuplah sekadar menyokong, tak perlu menjilat. Jika tak sokong, tak perlu mengata mencaci menghina, cukuplah sekadar memberi hujah yang bernas dan berhemah, kalau mampu diam lagi baik, sebab lidah kita ni bukan tentu, kadang tajamnya kita memang tak rasa, orang lain yang rasa…
Kau boleh ubah pentadbiran negara, tapi bukan di socmed dengan kata kesat, kau as rakyat, tunggu next PRU. Yang akan memperbaiki dan balancekan pentadbiran, itu kerja pemimpin dan pembangkang yang kita semua dah pilih. Kalau kau nak hina pengundi lain, better kau check dulu siapa diri kau dalam kisah ni. Kau nak marah2, nak sembang lebat, kau ajak member kau lepak mamak, open table untuk member2, baru bergaya sikit nak sembang kencang.
Aku mungkin antara segelintir rakyat yang menginginkan satu suasana politik Malaysia yang mungkin mustahil untuk kita semua ikut (seperti yang panjang lebar aku cerita di atas) tapi sekali lagi aku nyatakan kat sini. Ini pendapat aku, kau nak ikut, tak ikut, itu kau punya pasal, dan kau punya pasal bukan masalah aku. Kalau rasa apa yang aku cakap ni betul, boleh la share. Kalau rasa tak betul, boleh la kecam as usual. Rakyat Malaysia dan Kecam Mengecam Berpisah Tiada, huhuhu.
Sekian, terima kasih..
– Rakyat Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit