Tips Untuk Mertua dan Ipar Duai

Hello semua. Di sini saya nak bagi tips asas untuk bakal or para mertua dan ipar sekalian alam. Sememangnya kita akan menjadi apa yang telah aku sebutkan tadi setelah kita berkahwin dan berkeluarga. Maybe ada yang akan kecam tapi ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai seorang ipar dan menantu.

Lebih hiba lagi aku masih tinggal bersama mertua bukan atas kemahuan aku tapi cuba untuk merelakan diri, di mana aku percaya tinggal bersama mertua atau keluarga sendiri lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Tapi sekarang aku dan suami dah on the way kumpul duit deposit untuk sewa rumah.

1. Galakkan anak-anak untuk tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin

Aku faham sebagai seorang ibu bapa, kita tak nak anak kita dalam kesusahan. Daripada kesusahan lah juga kita boleh belajar dan memperbaiki kekurangan yang ada. But then, bila anak nak pindah pun dilarang and ada yang nak ikut pindah sekali sambil membawa ipar duai yang belum berkahwin sedangkan rumah sendiri pun sudah ada.

Siap push anak cari rumah sebab nak pindah ke rumah yang lebih besar kononnya. Rumah besar tapi sekiranya penghuninya pun ramai, susah untuk menjadikan rumah tu tempat yang selesa bagi semua orang. Tapi kebanyakan orang muda sekarang hanya mampu membeli rumah tiga bilik. Kalau anak mereka dah besar nanti, takkan anak nak tidur sebilik dengan ibu bapa mereka lagi kan.

Lagipun tinggal jauh daripada keluarga sendiri takkan menyebabkan kita putus hubungan dengan mereka, malahan akan menyebabkan kita menjadi lebih rapat sebab kita akan ternanti-nanti masa terluang agar boleh berjumpa bersama semula. Bagaimana pula dengan pasangan korang yg terpaksa tinggal bersama mertua?

Mestilah hati dia pun teringin bebas untuk menjemput sesiapapun datang ke rumah terutamanya keluarganya sendiri. Janganlah menjadikan anak kita macam anak derhaka sekiranya dia ingin tinggal sendiri dan berdikari demi keselesaan mereka sekeluarga. But then bila parent-in-law atau parent sendiri yang tinggal keseorangan dan perlukan penjagaan sepenuhnya, memang patut kita ajak mereka untuk tinggal bersama.

2.Jangan bagi tekanan kepada anak dan menantu dalam perihal menjaga anak mereka

Mak-mak kita ni kan selalu bagi cadangan macam mana nak jaga anak kita terutamanya jika kita menjadi ibu buat kali pertama. Memang tak salah sekiranya mereka memberi cadangan sebab kita tahu mereka pun sayang cucu-cucu mereka, tapi kalau anak dan menantu tak nak ikut oleh sebab-sebab yang tertentu janganlah memaksa mereka lagi asalkan perbuatan mereka itu tidak akan memudaratkan nyawa anak mereka.

Ia akan memberi tekanan kepada hubungan suami isteri terutamanya kepada menantu perempuan. Contoh perkara yang sering timbul mengenai penjagaan anak ini ialah memberi bayi makan atau susu dicampur dengan nestum sebelum umur bayi mencecah 6 bulan. Sekarang sudah banyak kajian dilakukan dan turut dikongsikan di laman sosial.

Nurse pun sudah nasihat dan bagi panduan dalam penjagaan bayi. Bayi menangis bukan sebab lapar je kan. Apa gunanya kalau tak ikut cakap doktor/nurse, tapi bila sakit mereka juga yang akan dicari bukan? Aku dengan suami pun hampir berbalah mengenai ini sebab MIL suruh kami bagi bayi nestum masa umur dia baru sebulan lebih. Aku tukar puting tiruan baru anak kami pun turut dipersoalkan oleh MIL aku. Huhu…

3.Ipar duai haruslah rajin di rumah sendiri

Aku selalu baca confession mengenai adik-beradik perempuan yang komplen mengenai kakak/adik ipar mereka. Adakah korang pun rajin di rumah sendiri? Takkan lah dah ada kakak/adik ipar, mereka seharusnya melakukan semua kerja di rumah. Biarlah kita yang melakukan kerja-kerja rumah sekiranya mereka ada. Macam aku pun tak kisah kalau kakak ipar aku tak tolong buat kerja rumah sebab rumah tu rumah ibu bapa kami.

Kalau mereka membantu, anggaplah itu suatu bonus tapi seorang menantu yang baik memang akan menolong melakukan kerja rumah tapi janganlah membuatkan mereka seperti kuli batak. At least pinggan mangkuk selepas makan tu haruslah cuci sendiri. Jangalan malas sangat sampaikan nak minum nanti ambil cawan baru then yang dalam singki bertimbun lagi cawan yang belum dicuci. Tak rasa bersalah or malu ke kalau tengok orang lain yang bersusah-payah buat kerja dekat rumah ibu bapa korang?

Kesimpulannya, ibu bapa boleh memberi cadangan tapi anak-anak juga berhak untuk menolak cadangan tersebut asalkan tidak memudaratkan mereka. Ajarlah juga anak-anak untuk melakukan kerja rumah sedari kecil. Tapi kalau dah tua, haruslah ada common sense untuk membantu orang lain melakukan kerja rumah yeee. Sesiapa yang ada tips lagi boleh share juga, sebab aku pun nak baca. Peace yo..

– Jane Doe

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *