Assalamualaikum. Alhamdulillah, ada yang request. Jadi aku nak sambung part 2 untuk confession aku sebelum ini iaitu ‘Cahaya yang Berteraburan’.
Bila masuk U, aku tak tahu lah. Aku jadi seram. Well, dengan pakaian yang ‘nampak alim’, orang pandang aku ni sebagai orang yang sangat banyak pengetahuan agamanya. Padahal, aku ni.. Surah lazim pun banyak tak hafal. Benda-benda asas pun aku banyak tak tahu. Banyak benda aku masih jahil.
Dekat tempat aku tak banyak sangat orang pakai tudung labuh (macam hampir tak ada). Bila dekat U, dekat mana-mana je aku jumpa orang yang bertudung labuh.Aku rasa macam tak layak nak hidup dalam dunia ni. Aku orang yang sangat jahil, sangat banyak buat dosa. Tapi kerana pakaian ni, orang nampak aku baik. Aku rasa macam munafik!
Aku mula pakai t shirt. Pakai tudung masuk biasa. Sebab aku tak nak orang cakap aku alim. Tapi aku rasa tak selesa, aku pakai je lah macam biasa. Ditakdirkan, ada sesuatu yang berlaku di kolej. Yang benar-benar mengubah aku menjadi seorang yang lain.
Sahabat yang aku sayang, tiba-tiba menjadi musuh. Alasannya, dia rimas sebab aku terlalu menjaganya. Dia kata, dia boleh jaga diri sendiri. Aku dan dia buat hal sendiri. Aku diam, tapi dia yang asyik buat aku. Siap hasut orang lain untuk tak berkawan dengan aku. Macam-macam, kalau nak senaraikan sampai esok tak habis. Mula mula aku balas sebab geram, lama-lama aku malas. Lantak lah.
Apa yang aku boleh katakan, aku sangat tertekan duduk dekat situ dengan perangai housemate dan roomate yang macam hantu. Sakit sangat. Sangat sangat. Sampai diserang tanpa aku dapat menjelaskan apa-apa untuk mereka terima. Kena tengking kena tujal kepala. Dan dia juga pernah buat status tentang pakaian, aku agak dia merujuk kepada aku. Aku down sangat.
Aku buntu nak buat apa. Aku tak pernah diuji macamni teruk. Apa yang dia buat tu aku tak dapat lupa. Fobia. Aku mengadu dekat family, aku tanya nak buat macam mana. Dan family aku support suruh aku banyakkan sabar, buat solat hajat, banyakkan berdoa untuk dia.
Aku ambik wuduk, aku pakai telekung, bentang sejadah. Ya Allah, rasa apa yang datang ni. Pertama kali, aku benar-benar terasa sangat tenang bila solat dan mengaji. Pertama kali, aku serahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Pertama kali, aku mampu redha dengan takdir yang telah ditentukan. Bila bersujud, aku tak tahu bahasa apa yang aku patut guna untuk gambarkan ketenangan aku waktu tu. Indah! Tenang! Dan aku tersenyum, aku tahu Allah sedang bantu. Dipendekkan cerita, result exam aku okay. Dalam keadaan yang macamtu, Allah masih permudahkan jalan untuk aku belajar. Dua sem yang sangat ‘neraka’. Tapi Allah mudahkan jalan.
Sem tiga, aku dah start tak duduk kolej. Aku bebas dari siput-siput sedut tu. Dan masa ni aku terjumpa lagi seorang sahabat yang baik. Sebab dia, aku terasa nak pakai purdah. Dia tiba-tiba datang, tanya kepada aku macam-macam hal agama. Aku banyak belajar, terima kasih kepada dia. Dan aku ada ajar dia satu benda yang sangat hebat untuk aku kongsikan.
Untuk dapat hati tenang, dan dipermudahkan segala urusan, banyakkan lah berdoa untuk orang. Kadang-kadang, kita ni banyak berdoa untuk diri sendiri je kan? Try doa untuk orang, apa yang datang dekat korang lepas tu adalah sesuatu yang korang tak pernah jangka. Contoh, nampak makcik cleaner tengah mop.. Korang doa lah, “Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada makcik tu untuk laksankan tugasnya. Murahkan rezekinya, mudahan bos makcik tu baik hati nak upkan gaji dia nanti”. Tak payah ambik wuduk bentang sejadah semua, cukup berdoa masa berjalan pun tak apa.
Pastu nampak kucing tepi jalan.. Korang doa lah, “ya Allah. Tadi aku nampak ada kucing kat tepi jalan. Kurus, kotor. Aku nak tolong pun aku takut dengan kucing. Maafkan aku ya Allah. Tapi aku mohon kepadaMu, Kau berikanlah rezeki kepada kucing tu banyak-banyak biar dia gemuk sikit. Kasihanilah dia ya Allah. Harap harap ada orang ambik dia untuk bela.”
Doa je apa-apa. Bercerita dengan Allah. Setiap masa, doa je. Kalau taknak doa buka mulut, doa dalam hati. Doa masa tengah tengok tv ke. Buat lah apa-apa pun. Bercerita betul-betul dengan Allah. Dan keajaiban doa tu akan datang pada korang satu persatu. Korang akan nampak betapa Allah akan mudahkan jalan korang, apa yang korang doa dekat orang, korang yang akan dapat dulu. Jangan lupa, kalau kita doa dekat orang, malaikat akan doa dekat Allah untuk makbulkan doa tu pada kita dulu. So, banyakkan berdoa ye.
Berbalik kepada cerita, sem 5 aku rasa aku dah jadi teruk. Bila kawan dengan dia, sayang aku pada dia tu bukan-bukan. Aku jadi sayang sangat dekat orang yang namanya kawan. Sebab aku jarang berkawan, bila ada orang yang sudi nak berkawan dengan aku, aku rasa excited. Aku rasa bahagia sangat. Sampai ibadat aku habis tunggang langgang. Hubungan dengan keluarga pun dah renggang. Bukan salah kawan aku tu, tapi salah aku tak pandai jaga diri. Jangan kutuk dia. Dia baik orangnya. Lepastu aku solat, tetap 5 waktu, tapi tidak sesemangat dulu.
Padan muka, sem 6 gaduh teruk. Lupa peringatan Allah dalam Al Quran bila Allah kata “tunggulah” (azab yang akan datang) bila kita sayang sesuatu melebihi sayang pada Allah dan RasulNya. Padan muka sayang dia sangat. Last last kena. Berapa kali aku nak bunuh diri sebab gaduh dengan kawan masa sem 6 tu. Aku hilang aku yang dulu. Hilang iman. Aku rasa Allah tak sayang aku dah. Aku macam nak gila. Tak tahu arah mana nak tuju. Aku nangis menjerit sorang-sorang. Hiris tangan nak terjun bangunan semua. Aku taknak kawan semua orang. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Kosong lah. Macam dah tak ada apa-apa dalam hati ni.
Habis pengajian, aku balik ke kampung. Serta merta stress tu hilang. Aku cuba eratkan lebih lagi hubungan baik dengan keluarga,tolong mak buat kerja-kerja rumah, pakaikan stoking untuk dia, macam-macam lah. Dulu aku tak buat benda tu. Kembali dekatkan diri pada Tuhan. Kena paksa benda tu. Hidayah perlu dicari, bukan tunggu dia datang tanpa usaha. Bila aku paksa untuk ubah diri sendiri, sekali lagi Allah hadirkan rasa bahagia dalan hidup aku. Bahagia yang sangat bahagia daripada bahagia yang aku pernah rasa sebelum ni.
Aku percaya, Allah sayang aku. Allah sayang kita semua. Allah bagi kita hujan sebab nak tunjukkan kita betapa indahnya pelangi. Jadi kenapa nak stress? Sakit yang kita rasa di dunia ni sebab Allah nak kurangkan kesakitan kita dekat akhirat nanti. Bila Allah timpakan ujian, Allah tak suruh kita buat benda lain selain sabar dan solat. Percaya, ada hikmah yang Allah nak bagi. Jangan cepat sangat nak stress tau. Tarik nafas dalam dalam. Tersenyum lah. Depakan tangan dan rasakan lah bayu yang menghembus lembut. Jangan mudah salahkan Tuhan. Doa aku untuk kalian, moga syurga milik semua yang membaca ni. Salam sayang dari jauh.
-The End.-
– Sya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit