Assalamualaikum..
Thanks admin approve cerita aku. Namaku Anne. Ceritaku ini, mungkin korang pernah alami & hadapi. Maaf jika tulisanku tak sempurna.
Aku ada adik. Adik kandungku sendiri. Aku namakan dia Kay. Aku dan Kay hanya beza setahun. Kadang-kadang rapat, kadang-kadang gaduh. Tu biasa bagiku. Gaduh-gaduh manja adik beradik. Kay seorang anggota polis di Selangor.
Pada tahun 2011,aku berkahwin dengan pilihan hatiku. Masa ni, adalah senyuman terakhir Kay yg sempat aku rakam selepas dari tahun ini, tiada lg senyuman yg dirakam mahupun senyuman dibibirnya.
Sepanjang tahun 2011 ni, macam-macam cabaran kami sekeluarga lalui.Ayah mendapat panggilan dari balai tempat Kay bertugas.mengatakan Kay dimasukkan ke Hospital Putrajaya.katanya Kay mengadu sakit kepala.
Sebelum kejadian Kay dimasukkan ke ward ni, kawan perempuan Kay ada menghantar mesej kepadaku. ‘Kak Anne, Yoi ada benda nk bagitau.tapi Kak Anne jangan bagitau pakcik dan makcik yea.nanti Kay marah.’ Yoi pesan siap-siap padaku.’telinga Kay ada keluar darah ni..’ aku terkedu. Serba salah untuk bagitau mak dan ayah atau diamkan sahaja.Aku pilih untuk diam sebab takut Kay marah
Kay pernah tidur 2-3hari x bangun-bangun.Ini rakan serumah Kay yang bagitau. Sering mengadu sakit kepala. Aku dan suami pernah melawat Kay di Hospital. Aku lihat sendiri macam mana Kay menderita sakit. Katanya, dia x boleh dengar suara orang gelak-gelak dan bercakap. Bingit kata dia.berdesing.dia marah pada sepupu kami yg datang melawat. Masa tu sepupu kami ketawa tapi x kuat mana pun.
Bermula dari itu, Kay kerap keluar masuk hospital. Doktor pelik sebab bila tengok ujian darah semua normal. Doktor syorkan ujian MRI dilakukan. Kami setuju tetapi perlu menunggu tarikh yang sesuai.Kay diberikan cuti sakit. Ayah bawa Kay pulang ke kampung. Usaha cara kampung dan hospital. Ada satu haritu, Kay jadi macam tarik. Tangan dan kaki kejang.Pertuturan pun xjelas. Ayah bawa ke hospital dan Kay diberikan rawatan. Selepas rawatan dikecemasan, Kay pulih semula dan dibenarkan pulang ke rumah.
Pada tahun 2012, Tahun yg sangat-sangat mencabar bagi kami semua. Bila diingatkan semula, betapa kami semua kuat menghadapi dugaan yg Allah berikan. Pada Januari 2012, aku kehilangan anak sulungku.Allah lebih sayangkan arwah. Di pinjamkan arwah selama 13 hari sahaja.Aku masih ingat lagi selepas aku keluar dari dewan bedah, wajah yang aku nampak selain suamiku, aku nampak muka mak dan Kay.Masa ni Kay masih sihat lagi.Selepas arwah anakku meninggal, aku pulang ke kampung untuk menghabiskan tempoh berpantangku. Perit sangat rasanya berpantang tanpa anak
Pada februari 2012,ketika ini aku didapur bersama Kay.Aku tengah makan dan Kay hanya berbaring ditilam sambil tengok tv. Tiba-tiba Kay macam terkejut.Dia jerit kepadaku ‘Kakak, panggil ayah!’ percakapan Kay tersekat-sekat. Aku terus hubungi ayah yang sedang bekerja. ‘Ayah! Cepat balik. Kay jadi balik macam haritu!’ selesai hubungi ayah aku jerit panggil mak.masa ni Kay bagitau mata dia dah x nampak apa-apa.Kaki dan tangan Kay kekuningan. Pucat lesi umpama tiada darah.Ayah dan adik bongsu tiba 10 minit kemudian.Kay lemah selemahnya.Setibanya di Hospital, Kay diberikan rawatan kecemasan. Kay muntah banyak sangat. Dan selepas itu, Kay koma
Kay dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh.Doktor memberitahu ayah, ada sesuatu dalam kepala Kay. Kata doktor, urat-urat dalam kepala Kay bersimpul dan menyebabkan sebahagian otak Kay rosak teruk.Ayah tiada pilihan. Melainkan membenarkan Kay dibedah.Keesokan harinya, aku dan suami ke hospital untuk melihat Kay. Aku sedih,melihat Kay terbaring.Tempurung kepala Kay dikeluarkan untuk beberapa tempoh tertentu.Bermula dari saat ini, mak berkampung di wad. Besar pengorbanan mak untuk menjaga anaknya.
Selepas Kay dibenarkan untuk pulang ke rumah,ayah cuba untuk dapatkan rawatan alternatif.Masa ni, Kay dah x macam dulu. Nak bercakap pun susah.Rata-rata perawat yang cuba mengubat Kay memberitahu Kay terkena buatan orang. Kami x percaya. Kami lebih percayakan kata-kata doktor. Doktor kata urat dalam kepala Kay bersimpul disebabkan stress kerja atau terjadi semasa kecil.
Sekarang, 2018..keadaan Kay masih sama.Kay sudah pun pencen dari polis.Kay dah xnormal macam dulu.Tiada sebarang suara kedengaran.Kay memang x boleh bercakap selepas operation tu.Ada seorang perawat ni bagitau pada mak dan ayah,Kay memang dibuat sebegitu rupa untuk bagi Kay diam seribu bahasa.Sebabnya Kay tahu siapa yang buat dia . Sebenarnya ramai perawat yang bagitau benda yang sama. Kay terkena buatan rakan sekerja Kay yang menaruh hati pada Kay.Perempuan itu lebih berumur dari Kay. Masa tu Kay sedang berkawan dengan Yoi.Mungkin perempuan ini terasa Kay mempermaikan perasaan dia. Sedangkan Kay xberniat apa-apa.Sekarang,rakan sekerja Kay dah pun berkahwin dan ada anak seorang. Yang menjadi kami sekeluarga terkilan, rakan Kay masih menyimpan barang kepunyaan Kay utk terus jadikan Kay seperti sekarang.x normal macam dulu. Berdendam sungguh kamu wahai perempuan.
Untuk kamu perempuan yg hatinya terluka. Maafkanlah adik kami sekiranya dia pernah melukakan hati anda. Cukuplah kamu seksa dia dari tahun 2011 hingga sekarang 2018. Belum puaskah hatimu melihat adikku menderita sedangkan kamu sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Jika perlu kami berjumpa dengan kamu untuk minta maaf, kami sanggup turun ke balai asalkan kamu kembalikan barang kepunyaan adik kami.cukup-cukuplah mensyirikkan Allah. Bina la keluarga yang bahagia demi suami dan anakmu.
Aku mohon kepada pembaca semua, sama-sama doakan adikku pulih semula. Ye, mungkin mustahil sebab sebahagian otak Kay rosak. Memori banyak hilang. Sekurang-kurangnya, biarlah Kay dapat uruskan diri sendiri tanpa bantuan mak dan ayah. Doakan juga agar rakan sekerja Kay ini lembut hatinya untuk kembalikan Kay seperti dahulu. Sempena hari jumaat yang mulia ini, mohon doakan perempuan ini lembut hati untuk memaafkan Kay.
– Anne
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit