Assalamualaikum semua. Saya tak ada nak confess apa-apa cuma terpanggil untuk tulis tentang indahnya jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Saya belum berkahwin dan masih belajar. Cuma nak berkongsi pendapat saya dengan semua orang.
Baru-baru ini kita dapat tengok pernikahan Tasha Manshahar dan Raqib penyampai radio Zayyan. Apa yang suka tentang mereka berdua adalah kerana pernikahan dihebohkan dan pertunangan tak menjadi buah mulut ramai. Sebab mereka berdua tidak hebohkan hubungan mereka kepada orang ramai.
Sebagai orang yang dah lama meminati Tasha Manshahar, saya tabik dengan dia. Bukan kerana apa, tapi kerana perubahan dia ke arah kebaikan. Sebagaimana yang kita dapat tengok sebelum ini, Tasha selalu bersama dengan Syed Shamim sebagai pasangan duet. Saya tidak cakap yang Syed Shamim jahat dan tidak baik. Tapi apa yang saya nak bagi tau adalah jika kita ubah diri menjadi baik, insyaAllah ada yang lebih baik akan menanti kita.
Orang selalu cakap kalau 100 orang amin kan doa kita mungkin akan betul. Sebab dulu ramai yang akan cakap yang Tasha dengan Syed Shamim couple. Tapi siapa kita untuk halang kuasa Allah.
Bila Tasha berubah dia mendapat suami yang pandai mengaji dan baik. Alhamdulillah. Macam itu juga apa yang saya harapkan. Kita semua doakan agar perkahwinan mereka berdua sentiasa di bawah lindungan Allah dan kekal ke Jannah.
Perubahan bukannya senang. Sebab hidayah bukan datang dalam sekelip mata. Dan untuk ubah diri sendiri tersangat la susah. Sebab kalau bergaduh dengan orang kita boleh lawan balik. Tapi kalau nak ubah diri sendiri kita kena lawan perasaan dalam diri.
Kesimpulan yang saya dapat buat adalah betulkan diri kita sendiri sebelum betulkan orang lain. Sebab ramai yang berdoa nak suami atau isteri soleh dan solehah. Tapi kenapa kita sendiri tak cuba untuk jadi yang sedemikian? Apa salahnya kalau kita cuba daripada tak cukup solat lima waktu dengan cukupkannya walaupun rasa malas itu ada. Semoga kita semua akan diberi hidayah untuk berubah menjadi lebih baik. Dengan izin Allah apa yang kita harapkan akan jadi kenyataan.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit