Pengguna Portal Cari Jodoh Tegar

Assalamualaikum kalian..buat mak angkat saya,puan noriza dan semua pembaca iiumc..saya terpanggil untuk ceritakan pengalaman saya sebagai pengguna tegar portal cari jodoh.sudah lama terdetik untuk berkongsi sedikit coretan hati dan naa semenjak dua menjak ni menjadi topik hangat,maka sudi2 kan lah. Sebut sahaja portal cari jodoh online mana..till heaven,baitul heaven,rumah muslim..semua pasti akan wujudnya profile ku.

Saya mula berjinak2 dengan “rumah muslim”.masa tu dalam tahun 2014 macam tu..time tu terdetik untuk mencari seseorang untuk berkenalan dengan serius selepas sudah cuba di alam nyata namun gagal.masa tu telah diberikan diskaun separuh harga.saya cukup puji pada admin portal ini kerana bertolak ansur bagi sesiapa yang kurang mampu.maka langgan dalam setahun atau dua tahun tak ingat.nak diringkas lan cerita..oleh kerana badan ku besar ketika itu maka tidak ada pun yang ingin serius.pada mula ingatkan tidak akan dipandang dari segi fizikal tapi apakan daya.

Saya tak salahkan pihak tersebut.masing2 ada hak.ttapi yang sedihnya yang berbadan lebih kurang saya bahkan ada yang lebih besar lagi secara terang2 an menulis jijik dan tidak mahu langsung gadis berbadan besar dan ditambah pula dengan ciri2 bagaikan ratu.awak saya nak bagitahu ni jika awak baca ni.jika awak gagak janganlah mimpikan merak ya.walaupun cubaan saya gagal tetapi saya tidak berputus asa dan sentiasa positif.

Berbekal kan semangat tidak berputus asa,saya daftar di portal “baitul heaven”.tapi kali ni saya tidak melanggan kerana pengalaman yang lalu.penggunaan nya sangat terhad dan memerlukan dibelanja rubi untuk membaca mesage dan hnya dibolehkan mesage seramai 3 orang.jika nasib baik,dapat orang yang dihantar mesage itu pengguna akaun berbayar kita x perlu la belanja dia rubi untuk dia baca dan kita perlu penuhkn meter untuk bertaaruf di luar.begitulah penggunaanya secara ringkas.oh ya saya masih berbadan berisi.sebab saya ingin lihat ada tak yang sanggup terima.dalam masa yang sama saya berusaha juga untuk kurus.di sini lagi banyak pahitnya.seorang demi seorang saya kenal…

rancak berbual pada awalnya dan ada yang dah beri harapan dan ada juga yang bertujuan suka2 sebab isi masa lapang.dan wujud juga yang mention awal2 saya nak yang kurus sahaja,saya nak yang gebu sahaja,nak yang putih dan sebagainya tetapi tidak cermin dirinya yang hanya gagak di rimba.kiriman salam saya hanya dipandang sepi..krik krik krik..saya dapat akal saya buat akaun baru tapi saya guna gambar di google.contoh gambar artis bertudung indonesia (tolong jangan tiru sebab saya pun dah hentikan).yang cantik gebu.saya cuba hantar kiriman salam kepada orang yang sama..naaa dia jawab siap nak taaruf lagi..siap belanja rubi..sanggup dia kan..so dari situ saya dah belajar sesuatu..

Jika ingin cuba guna portal cari jodoh boleh..silakan..dan sebelum tu kena rapikan diri kita,bagi sedap mata memandang,labuhkan tudung,tidak senyum dan make up tebal untuk menggoda.dan untuk lelaki juga kena rapikan juga diri sebab baru adil kan korang nak yang manis dipandang begitu juga kami.tak perlu kacak tetapi kemas.dan jangan lah permainkan hati orang lain.kini saya masih lagi di baitul heaven..dan masih tidak berputus asa untuk gunakan portal cari jodoh ini kerana bagi saya masih ada sinar dan harapan dan saya yakin insyaAllah pasti ada seseorang yang sudi terima saya.

– gadis bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *