Bayaran Bagi Menyertai Talent Agency

Salam. Pengenalan ringkas, saya Zee (nama samaran), berumur awal 20-an. Masih belajar.. Tujuan posting ini untuk mendapatkan kepastian, sebabnya saya malu untuk bertanya kepada sesiapa, dalam masa yang sama untuk elak ditipu untuk kesekian kali.. Sebelum ni pernah ditipu pasal beli barang online.. Harapnya admin approve lah ya confession ni.. Mungkin boleh jadi rujukan kepada orang ramai juga..

Minggu lepas saya ada dapat iklan daripada group WhatsApp tentang pencarian bakat (modelling Dan sebagainya yang berkenaan dengan tugasan depan kamera) Saya pun WhatsApp nama yang tertekan situ Puan XXXX. Mengikut jadual dalam tu, tarikh appointment sepatutnya bermula

3-7 September 2018 (Hari bekerja) Memandangkan saya tengah praktikal, takkan lah saya nak ambil cuti semata-mata kan.. Jadi, saya tanya lah Puan X tu hari yang sesuai.. Dia pun kata akan arrange jadual untuk saya..

(4.15 pagi)

Saya terjaga dari tidur, tengok Ada WhatsApp daripada Puan X, dia kata ada set jadual untuk appointment pada hari Ahad tu start pukul 11pagi-5petang.. Saya pun sambung tidur dan lepas subuh terus bersiap..

Pendidikan cerita, saya ambil KTM dari TBS untuk ke destinasi. Waktu perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam jugak lah. Sebab tunggu KTM lama, tambah dengan transit dekat KL Sentral lagi..

Sesampainya di destinasi, saya WhatsApp Puan X tu tapi tak berbalas. Tapi mesej sebelum tu dia memberitahu pintu studio dia semua. Dia suruh saya ke block A, sebab dia ada kerja Di block B dengan training. Jadi, agakmudah untuk saya temukan studio tu.

Dah ada depan pintu, saya pun masuk la. Dari luar dah kedengaran dengan muzik yang agak kuat. Kebetulan ada seorang lelaki duduk depan pintu tu, saya pun cakap nak jumpa Puan X. Dia suruh saya masuk je tunggu..

Lepas dah masuk, ada 2 orang gadis agak-agak sebaya dengan saya, mereka bermake-up. Mereka sedang duduk si atas sofa. Depan tu ada lah kamera semua, lain putih, lampu bagai.. Rasa rendah diri pun ada, sebabnya make-up saya macam dah cair. Setelah berbual-bual dengan mereka, barulah dapat tahu, yang mereka datang untuk sesi photoshoot..

Kira-kira sejam menunggu, barulah ada seorang lelaki keluar daripada sebuah, d bilik depan ruangan menunggu tu. Belakang lelaki tu ada lah 5-6 orang perempuan, termasuk ada seorang tu gaya macam mak cik-2 sikit dan seorang lelaki.. Lelaki pertama yang keluar tu lah PIC untuk dorang tu.. Dia bertanya saya siapa, setelah baru perasan akan kewujudan saya di sebelah gadis2 tadi. Kemudian, dia mengarahkan kami untuk menunggu di bilik dari mereka keluar tadi. Sebabnya, ruangdDi situ agak sempit, sofa pun ada 1 je..

Dari dalam bilik menunggu tu, saya dengar lelaki tadi memberi arahan kesemua yang tadi.. Kemudian, mereka yang tadi mula beraksi depan kamera, bergambar dan membuat video tentang pengenalan diri.. Setelah itu, mereka pun pulang.. Kemudian, 2 orang gadis tadi mulakan sesi shooting mereka. Oh lupa, itu untuk COMCARD ya..

Setelah beberapa lama, ada seorang perempuan (Kak Ila) berusia awal 30-an.. Tak lama lepas tu, 2 orang lelaki, juga baya-baya saya.. Maka, kami berempat diarahkan untuk tunggu sebentar sementara lelaki tadi menguruskan sesi photoshoot dengan 2 orang gadis tadi.. Kami diberikan borang untuk diisikan maklumat diri termasuk ukuran dari hujung rambut sehingga saiz kaki..

Kira-kira sejam lepas tu, barulah lelaki tadi masuk dan duduk berhadapan kami (bayangkan situasi interview kerja). Kemudian, dia bertanyakan kami deal dengan siapa untuk datang ke sana. Saya daripada Puan X. Kak Ila dari Puan Y, dan 2 orang lelaki tadi daripada Puan W. Lelaki tu meneramgkan bahawa (Puan-puan) tu merupakan bos dia. Tugas mereka untuk marketing sekian2..

Pendekkan cerita lagi, dia menerangkan servis2 yang ada di situ. Mereka merekrut ‘talent’ unuk industri berkenaan lah kan.. Setelah panjang lebar bercerita, dia ada mengatakan untuk meyakinkan klien mereka, setiap talent perlu disediakan sijil selain Comcard (gambar dan video).. Di mana untuk mendapatkan sijil itu, perlu ditandatangani mana2 artis (asalkan pelakon/penyanyi) untuk mengesahkan talent2 tersebut telah menghadiri kelas depan kamera (lupa nama kelas apa).. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rm4k++ untuk membayar artis tersebut. Kelas diadakan selama 3 jam. Talent yang terlibat adalah terhad, hanya 8 orang sahaja terlibat.. Daripada jumlah yuran itu, 60% ditanggung oleh studio dan balancenya daripada talent sendiri.. Jadi, kosnya Rm2** seorang untuk 1 kelas..

Selepas tu, kami diarahkan untuk bergambar dan membuat video pengenalan diri. Ini bertujuan untuk ditapis oleh studio mereka, sebelum yang benar2 layak terpilih..

Sebelum pulang, dia memesan kepada kami bahawa keesokkan harinya kami akan dihubungi untuk memaklumkan diterima atau tidak, supaya calon tidak ternanti-nanti..

SELINGAN : (S ebelum terlupa, 2 gadis yang saya maksudkan tadi, hadir untuk Comcard, setelah 2 bulan membuat bayaran..)

Petang tadi, saya mendapat panggilan telefon. Hasil daripada meeting, lelaki PIC semalam mengatakan bahawa saya terpilih antara 8 orang tu. Saya dikehendaki untuk menghadiri diri esok, dengan membawa photostat IC dan payment Rm2** tersebut.. Lalu, saya menghubungi Kak Ila, dan mendapat tahu yang dia juga dapat tawaran tersebut..

Soalan saya sekarang, betul atau ini satu penipuan? Maaf lah, saya ni student lagi, tak nak lah niat nak cari duit, alih2 ditipu pulak..

Terima kasih..

– zee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *