Sebenarnya lama dah aku berkira-kira nak coret tentang aku di sini. Cuma baru sekarang ada keberanian untuk meneruskan. Terima kasih kepada admin yang membaca dan memilih cerita aku untuk diketengahkan. Suka cita untuk aku meminta semua mengambil pengajaran dan bacalah dari sudut yang positif.
Aku Inamie (bukan nama sebenar) dibesarkan tanpa mengenali siapa ibu bapa kandung aku. Dari umur sehari, aku sudah dibela oleh parents angkat yang sangat sayangkan aku.
Sebabkan parents angkat aku tu tak ada anak, jadi aku ditatang bagai minyak yang penuh. Minta apa sahaja, mereka akan tunaikan dan sebab itu aku terlalu manja dan sedikit ego.
Dari kecil aku dibawa ke sana ke sini oleh parents angkat aku. Jadi aku sangat dikenali oleh kenalan mereka. Parents aku berniaga, jadi aku terdedah dengan orang ramai sejak kecil lagi.
Dari kecil aku stress sebab ramai orang yang bertanya sapa aku kepada parents aku. Wajah kami jelas tak sama tapi disebabkan ada nama bapak angkat aku dibelakang nama aku dalam surat beranak dan ic. Aku pekakkan telinga bila dengar sindiran yang aku ni anak pungut.
Disebabkan aku masa tu masih kecil, aku tak pandai melawan dan menidakkan apa orang kata. Tapi atas sebab-sebab inilah membentuk aku jadi kasar, out spoken dan memberontak. Aku beruntung kedua-dua belah keluarga parents angkat aku menerima aku sebaiknya. Tak pernah ada sapa pun mencuba mendedahkan identiti aku. Tapi kadang-kadang aku dapat rasa ada ketidak samaan layanan sedara mara terhadap aku dan sepupu-sepupu yang lain. Aku saja buat-buat tak nampak. Acah-acah cool tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Bila dah menginjak dewasa, aku suka buat hal sendiri. Parents aku memang sayangkan aku tapi ada perkara-perkara personal aku tak suka kongsi dengan mereka. Mereka busy meniaga, cukup nampak aku depan mata, itu sudah memadai.
Menjadi dewasa tidak seindah mana. Aku makin ingin tahu siapa aku, lagi-lagi bila ada orang-orang luar yang sibuk nak membuka cerita sapa aku sebenarnya. Aku tanya ummi, ummi jawab dengan air mata. Bila aku sebut soal kahwin, baru ummi mula bercerita.
Apa aku rasa masa tu? Terbuang, sedih tapi hidup kena terus. Aku bertanya itu ini pada ummi dan dari ummi tahulah aku serba sedikit tentang keluarga kandung aku. Aku bertuah kerana ibu kandung ku masih hidup. Hubungan kami cukup baik pada awalnya. Tapi guys, panas tu tak sampai ke petang.
Aku ibarat punya tiga isteri. Bila aku call ummi, bapak merajuk sebab aku tak call dia. Dan mereka akan tanya ada call ibu atau tak. Borak apa dengan ibu? Begitulah kitaran hidup aku hari-hari. Bila aku spend masa dengan ibu, ummi terasa. Ummi pula suka bertanya ibu kenapa aku macam ni dan macam tu.
Semua orang tak sempurna. Ya aku membesar tak seperti apa yang mereka mahu. Aku cuba untuk memuaskan hati mereka walau hati aku hancur berkecai. Bila aku tanya sapa bapa kandung aku, ibu tak nak jawab. Katanya jangan buka cerita lama. Aku faham mungkin susah untuk cerita kebenaran. Tapi sampai bila nak sembunyikan sesuatu dari aku?
Ibu cepat sentap. Aku ni memang suka menulis. Macam-macam lah aku tulis kat fb, puisilah, cerita pendeklah. Quote motivasi la, tapi the end of the day ibu terasa dengan tulisan aku. Siap menyindir aku lagi.
Stress aku berganda. Sudahla ummi dan bapak pun banyak menidakkan kebenaran. Hari-hari bercakaran sebabkan perkara remeh temeh. Disebabkan aku tinggal berdekatan dengan ibu, cara ummi dan bapak tanya aku ke mana waktu cuti. Tak nak balik rumah mereka ke buat aku betul-betul stress.
Bila aku ajak ibu jumpa ummi dan bapak dia persoalkan aku kenapa? Susahkah ibu nak berterima kasih pada orang yang membesarkan aku dengan sihat dan kuat? Serius aku serabut. Hari-hari aku nangis.
Last-last aku dengan ibu bertengkar. Aku jarang wassap ibu sampai sekarang. Sekarang ni kalau aku wassap ibu pun ibu tak layan aku. Aku minta maaf macam mana pun ibu tak layan aku. Hubungan aku dengan ummi dan bapak macam biasa. Apa yang aku nampak mereka lebih menghargai aku. Bukan aku salahkan ibu. Mana mungkin aku memusuhi orang yang sanggup tumpangkan aku dalam perutnya. Ibu tak buang aku pun walau pada hakikatnya ibu tak inginkan aku dalam kandungannya. (ibu yang mengaku ini)
Aku berharap sangat, satu hari nanti aku kenal ayah dan tahu cerita sebenar. Aku tak kisah macam mana kisahnya janji aku tahu siapa ayah. Aku berharap ibu menerima aku kembali. Paling aku mengharapkan dapat melepak bersama ummi, bapak, ayah dan ibu. Boleh borak tanpa ada cemburu dan dendam sesama sendiri. Doakan aku guys dan semoga Allah makbulkan. Amin.
– Inamie
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit