Parents Bukan Bank

Terima kasih admin kerana siarkan confession aku. Aku Opi, 27 tahun, pekerja sektor swasta. Kali ni aku nak confess tentang spesis yg dah 25++ dah ada kerja tetap but still mintak duit parents utk topup belanja harian (makan, minyak, tol, bla2) mmg aku tak boleh hadam.

Kalau kau lelaki, baik kau pupus jelah. Nampak sangat kau tak mampu nak manage kewangan kau lagi. Itu baru hidup single, kalau dah kahwin?

Same goes to woman. Apa kau ada jaminan ke kau akan kahwin lelaki kaya, anak datuk? Sekali dapat lelaki yg kerja biasa2 dan tak berkemampuan, kau kena kerja untuk tolong laki kau. Tapi kalau single sekarang pun sentiasa parents yg kena topupkan perbelanjaan kau, macam mana?

Baik lelaki ke perempuan, belajar la berdikari weh. Malu lah sikit. Letaklah diri tu tinggi sikit, buktikan dan tunjuk kat parents yg korang tu dah mampu utk tanggung diri sendiri. At least diorang boleh tutup mata dengan aman bila anak2 boleh survive tanpa duit dia.

Dan kepada parents yang spoilkan anak2, kesian anda. Memilih untuk menjadi bank anak2 anda sehingga anda mati nanti. Sepatutnya apabila anak2 dah besar, anda tak perlu lagi fikir pasal duit belanja anak2, tapi apa kan daya. Hujung bulan nak kena hulur duit kereta along, duit minyak angah, duit makan alang. Kesian anda kerana sehingga tua masih lagi jadi tempat bergantung anak2.

Terima kasih mama abah sebab tak manjakan kami adik beradik. Terima kasih mengajar kami menghargai duit. Terima kasih ajar kami berdikari. Aku doakan kepada mereka yang dah tua tapi masih depends duit parents tu supaya menjadi matang. Semoga murah rezeki korang. Amin.

– Opi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *